takut-takutan | 1. sangat mudah terkejut (terperanjat), sangat penakut; 2. berasa malu-malu (segan-segan, silu-silu); 3. berpura-pura takut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketakut-takutan | agak takut-takut: ia menuju ke situ dgn ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dahsyat | 1. menakutkan, mengerikan: mencapai sesuatu dgn membunuh orang ialah cara yg sangat ~ dan mengerikan; kemalangan jalan raya yg ~; 2. Kl takut (ketakutan), ngeri: takut dan ~lah ia; 3. hebat, amat sangat, terlampau (hebatnya, kuatnya, bisingnya, bodohnya, mahalnya, dll): ~ betul engkau ini, engkau lebih tolol drpd adikmu; letupan yg ~ kuatnya; ~ betul harga barang-barang di kedai itu; mendahsyat menghebat, menjadi-jadi: peperangan semakin ~; mendahsyatkan 1. menimbulkan rasa takut atau ngeri, menakutkan, mengerikan: keadaan yg sebenarnya sangat ~ hatinya; 2. menghebatkan, memburukkan, menerukkan: kejadian-kejadian demikian ~ lagi keadaan; memperdahsyat 1. menjadikan bertambah takut atau ngeri; 2. menjadikan lebih teruk atau hebat, memperhebat; kedahsyatan 1. ketakutan, kengerian; 2. kehebatan: ~ serangan yg dilancarkan; 3. kehairanan, keajaiban: mereka melihat keindahan dan ~ dunia di sekeliling mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |