dulang I | 1. sj talam drpd kayu (kadang-kadang berkaki): pd dicecah dgn kuku, biar terletak di atas ~; 2. talam; ~ alas talam utk pengalas makanan dll; ~ pelanda talam pelimbang emas (bijih dll); bagai ~ dgn tudung saji prb sesuatu yg berpadanan (spt suami isteri yg sama elok parasnya dll); lain ~ lain kaki, lain orang lain hati prb tiap-tiap orang berbeza kesukaannya; mengata ~ paku serpih, mengata orang awak (aku) yg lebih prb mencela orang tetapi diri sendiri lebih buruk drpd yg dicela; berdulang mempunyai (beralaskan) dulang, bertalam: hidangan itu dibawa ke dlm tanpa ~; berdulang-dulang beberapa banyak dulang (berserta lauk-pauk di dalamnya): sekawah nasi dan ~ lauk musnah dlm banjir kilat itu; mendulang melanda (melimbang) emas atau bijih dgn dulang: banyak orang yg didapati ~ bijih di anak-anak sungai dlm kawasan hutan simpan; pendulangan perbuatan mendulang, pelimbangan; pendulang 1. dulang utk melanda (melimbang); 2. orang yg kerjanya mendulang (emas, bijih, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dulang | 1 talam drpd kayu yg kadang-kadang diberi berkaki. 2 talam drpd logam, plastik dll utk menyajikan atau utk mengangkat makanan. ~ alas talam utk mengalas makanan dll. ~ pelanda talam yg dibuat drpd kayu dsb dan digunakan utk melimbang bijih (emas dll). berdulang 1 mempunyai atau ada dulang. 2 mempunyai dulang sbg alas; beralaskan dulang; bertalam: Hidangan itu tidak ~. mendulang melimbang bijih (emas dll): Masih ada lagi perempuan-perempuan Cina yg ~ bijih di tepi-tepi Sungai Kinta. pendulangan perbuatan mendulang. pendulang 1 orang yg kerjanya mendulang (melimbang) bijih dsb. 2 dulang utk melimbang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dulang | 1. talam drpd kayu yg kadang-kadang diberi berkaki. 2. talam drpd logam, plastik dll utk menyajikan atau utk mengangkat makanan. ~ alas talam utk mengalas makanan dll. ~ pelanda talam yg dibuat drpd kayu dsb dan digunakan utk melimbang bijih (emas dll). berdulang 1 mempunyai atau ada dulang. 2. mempunyai dulang sbg alas; beralaskan dulang; bertalam: Hidangan itu tidak ~. mendulang melimbang bijih (emas dll): Masih ada lagi perempuan-perempuan Cina yg ~ bijih di tepi-tepi Sungai Kinta. pendulangan perbuatan mendulang. pendulang 1. orang yg kerjanya mendulang (melimbang) bijih dsb. 2. dulang utk melimbang. | Kamus Pelajar |
talam | dulang tidak berkaki tempat menyajikan makanan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
talam | sj dulang yg tidak berkaki (tempat menyajikan makanan, minuman, dll): dia keluar membawa sebuah ~ yg berisi secawan kopi; kuih ~ = tepung ~ sj kuih yg lapisan bawahnya dibuat drpd campuran tepung beras atau tepung gandum dan gula melaka, manakala lapisan atasnya (kepalanya) drpd santan kelapa; spt ~ dua muka prb perihal orang yg berbuat baik kpd dua orang yg berseteru (utk keuntungan diri sendiri); spt air dlm ~ prb dlm keadaan sentosa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
talam | dulang tidak berkaki tempat menyajikan makanan. | Kamus Pelajar |
talam disket(diskette tray) | Bekas berbentuk talam untuk menyimpan atau memegang cakera komputer. | Kamus Komputer |
tepung talam | kuih yg dibuat drpd tepung gandum serta gula melaka dan dimasak di dlm bokor. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tepung talam | sj kuih yg dibuat drpd tepung gandum serta gula melaka dan santan (dimasak di dlm bokor); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tepung talam | sj kuih yg lapisan bawahnya dibuat drpd campuran tepung beras atau tepung gandum dan gula melaka, manakala lapisan atasnya (kepalanya) drpd santan kelapa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |