ibu sawat (telekom) | pusat suis yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ibu sawat (telekom) | pusat suis atau pensuisan yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon: kegunaan telefon tanpa dail memerlukan sambungan oleh operator di ~ sawat telekom; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pusuan talian(line surge) | Voltan elektrik pada talian bekalan kuasa atau talian penghantaran yang naik dan turun secara mengejut dan boleh menyebabkan kesilapan logik, kehilangan data, atau kerosakan pada litar komputer. | Kamus Komputer |
talian hulur(drop line) | Talian yang menghubungkan pangkalan komputer yang jauh pada talian utama rangkaian komputer. | Kamus Komputer |
talian berbilang hujung(multidrop line) | Talian utama rangkaian komputer yang berpecah kepada talian yang banyak untuk menghubungkan terminal komputer yang jauh dengan rangkaian. | Kamus Komputer |
talian bendera(flag line) | Talian input ke cip mikropemproses yang dikawal oleh peranti input-ouput. Talian ini diuji oleh suruhan cabang untuk menentukan taraf peranti tersebut. | Kamus Komputer |
penumpu talian(line concentrator) | Peranti yang digunakan dalam sistem komunikasi komputer untuk membolehkan beberapa talian penghantaran berkelajuan rendah dan berkelajuan sederhana disalurkan ke talian penghantaran tunggal berkelajuan tinggi. | Kamus Komputer |
penumpu data(data concentrator) | 1. Peranti yang digunakan untuk mengumpulkan data dari talian penghantaran berkelajuan rendah dan berkelajuan sederhana untuk dihantar melalui talian penghantaran berkelajuan tinggi. 2. Peranti yang mengumpulkan butiran data untuk dijadikan kumpulan data yang besar. 3. Peranti yang digunakan untuk menyimpan data secara sementara di dalam cakera apabila talian penghantaran sedang sibuk dan kemudiannya menghantar semula data yang disimpan apabila talian penghantaran sudah bebas semula. | Kamus Komputer |
talian terus | perhubungan telefon yg tidak perlu melalui operator utk membuat panggilan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
talian | 1 wayar atau kabel elektrik. 2 perhubungan telefon: Terdapat lima ~ ke pejabat itu. ~ terus perhubungan telefon yg tidak perlu | Kamus Pelajar Edisi Kedua |