taming | Jw perisai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perisai | 1. alat utk menangkis senjata (tikaman, pukulan, dll), taming: lembingnya ditimang-timangnya dgn ~ bergenta dikirap-kirapnya; 2. Id besi (keluli) tipis yg digunakan sbg pelindung (pd meriam dll); kereta ~ kereta tentera yg berdinding atau berlapis besi (utk melindungi drpd tembakan); 3. ki orang (benda dll) yg dijadikan pelindung diri (drpd bahaya, tuduhan, dll): abang akulah yg menjadi ~ku tiap-tiap kali aku bertengkar dgn kakakku; 4. barang drpd perak dll yg berupa perisai (taming) yg dijadikan hadiah kpd pemenang dlm pertandingan sukan dll: selesai pertandingan itu Abdul Hadi dijulang ke tepi padang membawa sebuah ~; ~ pusingan perisai yg dipertandingkan berulang-ulang (tidak terus menjadi hak pemenang pertama); berperisai memakai (mempunyai) perisai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bernama | 1 mempunyai atau memakai nama: Akulah yg ~ Taming Sari. 2 mendapat nama; terkenal; masyhur: Baginda telah memanggil seluruh tabib yg ~ utk mengubati puterinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bernama | 1 mempunyai atau memakai nama: Akulah yg ~ Taming Sari. 2 mendapat nama; terkenal; masyhur: Baginda telah memanggil seluruh tabib yg ~ utk mengubati puterinya. | Kamus Pelajar |
menyentak | menarik kuat-kuat dgn pantas; merenggut; menyentap: Hang Tuah telah ~ keris Taming Sari dr pinggang Hang Jebat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sentak | /séntak/; menyentak menarik kuat-kuat dgn pantas; merenggut; menyentap: Hang Tuah telah ~ keris Taming Sari dr pinggang Hang Jebat. tersentak 1 tertarik kuat-kuat; tercabut. 2 terjaga atau tersedar dgn tiba-tiba. sentakan hal atau hasil menyentak; tarikan keras; renggutan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sentak /séntak/ menyentak | menarik kuat-kuat dgn pantas; merenggut; menyentap: Hang Tuah telah ~ keris Taming Sari dr pinggang Hang Jebat. | Kamus Pelajar |
bertitar-titar | sl bergerak ke sana sini dgn pantas: maka Tun Tuah pun segera berbangkit lalu berdiri ~ di hadapan Taming Sari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
titar | bertitar-titar sl bergerak ke sana sini dgn pantas: maka Tun Tuah pun segera berbangkit lalu berdiri ~ di hadapan Taming Sari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bisa I | 1. bahan beracun yg terdapat pd sesetengah jenis binatang (spt ular, kala, labah-labah, dsb), yg dipindahkan kpd mangsanya dgn cara mematuk (menggigit, menyengat, dsb); 2. kesan yg menyebabkan kesakitan yg amat sangat (drpd senjata spt keris, tombak, peluru, dsb): ~ keris Taming Sari; 3. kesan yg menyakitkan atau membahayakan yg diakibatkan oleh benda-benda tajam (spt paku, kuku, taring, buluh, dsb): ~ paku berkarat; 4. terlalu sakit sehingga tidak tertahan (bkn sengatan, patukan, tikaman, penyakit, dsb): aduh, ~nya penyakitku ini! 5. ki menyakitkan hati atau perasaan (bkn kata-kata), pedas: mulutnya memang ~; ~ kawi kekuatan ghaib (spt tulah dsb) yg menimpa orang kerana melanggar adat dsb; adakah hilang ~ ular menyusup di bawah akar prb orang besar itu tidak hilang martabatnya kalau ia merendahkan diri; alah ~ tegal biasa prb bahaya hilang kerana kebiasaan; pisau senjata tiada ~, ~ lagi mulut manusia prb lebih sakit lagi dilukai dgn kata-kata drpd dgn senjata;berbisa mengandungi bisa;kebisaan kena bisa, menderita kerana kena bisa: Dang Suala pun sangatlah kesakitan ~ bedil itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |