tampak-tampak | 1. tidak dapat dilihat (dgn nyata), sebentar kelihatan sebentar tidak; 2. sebentar-sebentar terbayang (dlm ingatan, fikiran, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampak I | 1. tidak terlindung, dapat dilihat, kelihatan: di sana sini ~ pula pohon kelapa; 2. memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul, timbul (bulan, matahari): lama benar ia tidak ~; pd bulan ~ Id pd satu hari bulan; 3. nyata kelihatan, ketara: ~ kasih sayangnya; ~ duri tak akan mengait = ~ ranggas tak akan meleting prb mengetahui seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut; tampaknya kelihatannya, pd zahirnya, rupanya: meletusnya perang dgn Jepun ~ tidak dapat dielakkan lagi; tampak-tampak 1. = ~ apung tidak dapat dilihat (dgn nyata), sebentar kelihatan sebentar tidak; tidak ~ tidak kelihatan-kelihatan (muncul-muncul); 2. sebentar-sebentar terbayang (dlm ingatan, fikiran, dll); menampak (dapat) melihat, nampak: kalau ia berjalan-jalan dlm kota dan ~ rumah yg besar-besar dan indah-indah, kerap kali ia tegak tercengang; menampakkan menjadikan dapat dilihat, melihatkan, memperlihatkan: kemudian perasaannya agak lega sedikit kerana orang itu tidak ~ tanda terperanjat;tertampak terlihat, kelihatan, ternampak; ketampakan keadaan sejauh mana atau sejelas mana sesuatu objek dapat dilihat dlm keadaan cahaya atau cuaca tertentu: istilah ini ditakrifkan sbg kekaburan yg ~nya kurang drpd satu kilometer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berandang | nyata (tampak), mudah tampak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berimbang | 1. sepadan, sebanding, setimbang, sama (banyak, berat, kuat, dll): tokong simbang tampak beratur, tampak dr Tanjung Jati, laksana ~ buah catur, raja mati, menterinya mati; 2. = berimbangan berbandingan (dgn), berpadanan (dgn), berpatutan (dgn): dia berusaha lebih giat lagi supaya pendapatannya ~ dgn perbelanjaannya; upah yg diberikan itu adalah ~ dgn kerja yg dibuatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencucuk mata | a) mencolok mata; b) ki sangat nyata, tampak benar, mudah tampak; c) ki menyakiti hati, memberi malu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampak | 1 tidak terlindung; kelihatan: Di sana sini ~ pohon kelapa. 2 menunjukkan diri di khalayak ramai; muncul: Sudah seminggu dia tidak ~. ketampakan ist keadaan setakat mana atau sejelas mana sesuatu dpt dilihat dlm keadaan tertentu: ~ yg kurang drpd satu kilometer. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tampak II | sakit ~ sakit campak; tampek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampak apung | tidak dapat dilihat (dgn nyata), sebentar kelihatan sebentar tidak; 2. sebentar-sebentar terbayang (dlm ingatan, fikiran, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampak | 2 menunjukkan diri di khalayak ramai; muncul: Sudah seminggu dia tidak ~. | Kamus Pelajar |
tampak | 1 tidak terlindung; kelihatan: Di sana sini ~ pohon kelapa. | Kamus Pelajar |