tampan-tampan orang | a) rupa-rupanya spt orang; b) ki orang yg tidak boleh dipercayai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampan-tampan | rupanya, gayanya, gelagatnya, nampaknya: ~ akan binasa | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampan I | 1. elok (rupa, sikap, dll), cantik, kacak, segak: dlm pakaian hitam sepasang itu dia sungguh-sungguh kelihatan ~; potongan badannya cukup ~; 2. cakap, cocok, layak, pantas, patut: beliau ~ menjadi tentera; 3. = ~ rupa sikap badan, tokoh (perawakan): pegawai tentera itu tidak mempunyai ~ seorang perwira; 4. = ~ muka air muka, roman muka, rupa: bagaimanakah rupanya dan ~nya dan tinggi besarnya dan pakaiannya? 5. sesuai benar, kena benar, padan: tiada ~ ia berlakon sbg ibu; 6. corak, jenis, tokoh (utk menghina): bukan ~ dia yg berhak mengaku ibu dr seorang peguam; 7. = tampannya, tampan-tampannya rupanya, gayanya, gelagatnya, nampaknya: ~ akan binasa; ~ sudah, langgam terbawa prb tiada bercela sedikit pun (orang, binatang, barang); tampan-tampan; ~ orang a) rupa-rupanya spt orang; b) ki orang yg tidak boleh dipercayai; menampan 1. mengambil sikap yg dibuat-buat, bersikap yg dibuat-buat; 2. mencuba-cuba (pakaian dll); 3. mengelokkan diri (rumah dll), mengatur diri; ketampanan perihal tampan, kecantikan, keelokan, kegagahan: ~nya menarik hati gadis itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
segak | (ségak) 1. bergaya, gagah, kacak, tampan: Latif yg ~ tampan sedang menukar bajunya; 2. sembuh drpd sakit, segar, sihat; menyegakkan menyihatkan (menyegar-kan) badan; ~ diri menggayakan (menggagahkan) diri; kesegakan perihal (sifat, keadaan) segak, kekacakan, ketampanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampan II | ; menampan menahan pergerakan atau aliran sesuatu; menyekat; menghalang. tertampan tertahan atau tersekat pergerakannya; terhalang. penampan sesuatu yg menampan; penahan; penyekat; penghalang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tampan | I 1 elok rupanya atau elok sikapnya; kacak; segak: Potongan badannya cukup ~. 2 sesuai benar; layak; cocok: Beliau ~ menjadi tentera. Tiada ~ dia berlakon sbg ibu. menampan 1 mencuba-cuba pakaian dll. 2 menghias diri, rumah dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tampan III | ® tetampan I, penampan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampan II | menampan menahan (perjalanan, aliran, pergerakan sesuatu), menghalang, menyekat; tertampan tertahan, tersekat, terhalang; penampan sesuatu yg menampan, penahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampan muka | air muka, roman muka, rupa: bagaimanakah rupanya dan ~nya dan tinggi besarnya dan pakaiannya? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampan rupa | sikap badan, tokoh (perawakan): pegawai tentera itu tidak mempunyai ~ seorang perwira; | Kamus Dewan Edisi Keempat |