tampuk | 1 bahagian hujung tangkai yg melekat pd buah: ~ manggis. 2 bahagian drpd sesuatu utk dipegang; tangkai yg pendek; gagang: ~ pistol. 3 yg tertinggi (bkn kuasa dll); yg menjadi pokok pangkal; yg terutama: ~ pimpinan pemimpin yg tertinggi. bertampuk ada tampuknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tampuk | 1. bahagian hujung tangkai tempat buah melekat: ~ manggis; 2. perhiasan sbg penutup (di atas, di pangkal, di hujung sesuatu): ~ pending; 3. gagang atau pegangan sesuatu alat (cerek, pistol, dll), tangkai yg kecil dan pendek: ~ pistol; 4. ki yg tertinggi (pimpinan sesuatu dll), yg utama, yg pokok, pucuk: ia telah mengambil ~ pimpinan ASAS 50 sbg ketuanya yg pertama; ~ bantal seraga penutup di hujung dan di pangkal bantal seraga (dibuat drpd emas, perak, sulaman, dll); ~ caping penutup kemaluan anak perempuan berbentuk daun sirih (dibuat drpd emas atau perak); ~ cerek pegangan cerek; (memegang) ~ kuasa (memegang) kuasa yg tertinggi; ~ labu a) tampuk buah labu; b) ark kelentit; ~ lampu elektrik soket tempat melekatkan mentol lampu elektrik, piting; ~ manggis a) tampuk buah manggis; b) ki perhiasan yg menyerupai tampuk manggis; (memegang) ~ negeri (negara) (memegang) pemerintahan negeri (negara); ~ pemerintahan kuasa yg tertinggi dlm pemerintahan; ~ pimpinan pucuk pimpinan, pimpinan yg tertinggi; ~ pistol gagang pistol; ~ subang bahagian subang yg dimasukkan ke dlm lubang cuping telinga; ~ susu lingkaran hitam sekeliling puting susu; ~nya masih bergetah ki ada mata pencariannya; darah se~ pinang ki masih muda benar dan kurang berpengalaman; melanting menuju ~ prb tiap-tiap usaha tentu ada maksudnya; bertampuk ada tampuknya, memakai tampuk; ~ bertangkai prb ada bukti yg kuat; bertampukkan menggunakan sesuatu sbg tampuk: tiga lapis bantal susun, ~ emas berpermata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampuk | 1 bahagian hujung tangkai yg melekat pd buah: <i> ~ manggisi>. | Kamus Pelajar |
kabinet | /kabinét/ 1 kumpulan menteri yg diketuai oleh Perdana Menteri yg memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara: ~ bayangan kabinet yg dibentuk oleh pihak pembangkang dlm persediaannya utk mengambil alih kekuasaan jika menang dlm pilihan raya umum. 2 almari tempat menyimpan atau tempat mempamerkan barang-barang perhiasan dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyurutkan | 1. menjadikan surut, menarik kembali, memundurkan, mengembalikan, mengundurkan: pinang akan disurutkan ke tampuk, sirih akan dipulangkan ke gagang; 2. menjadikan berkurang, mengurangkan, menyusutkan: hendaklah disurutkan airnya dahulu barulah boleh dirapah; 3. mengurangkan (nyala api dll), meredakan (marah, nafsu, dll): air yg dijerangkannya tadi sudah menggelegak, lantas disurutkan apinya; ~ darah menenangkan fikiran (hati, perasaan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kabinet | /kabinét/ 1. kumpulan menteri yg diketuai oleh Perdana Menteri yg memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara: <i>~ bayangan kabinet yg dibentuk oleh pihak pembangkang dlm persediaannya utk mengambil alih kekuasaan jika menang dlm pilihan raya umum.i> 2. almari tempat menyimpan atau tempat mempamerkan barang-barang perhiasan dll. | Kamus Pelajar |
negarawan | 1. orang yg mahir benar dgn cara-cara pemerintahan negara, orang yg memegang atau pernah memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara, ahli negara: Churchill ialah seorang ~ Inggeris yg ulung; 2. pemimpin politik yg sangat dihormati kerana sifat-sifatnya (spt kebijaksanaannya, kejujurannya, dll) yg unggul; kenegarawanan sifat atau kebolehan sbg negarawan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangkai | 1 bahagian tempat melekatnya buah, bunga dll; gagang buah, bunga dll: Buah manggis ~nya pendek. 2 bahagian drpd sesuatu utk dipegang; gagang. 3 penjodoh bilangan utk bunga: se~ bunga mawar. ~ bedil gagang bedil. ~ cerek tampuk cerek. ~ dayung batang dayung. ~ embun ki sesuatu yg tidak kukuh. ~ hati ki orang yg dikasihi. ~ jering ki orang yg kedekut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menuju | 1. = ~ ke = ~ arah ke pergi ke, arah ke: maka kedua-dua hulubalang itu berjalanlah ~ gunung itu; 2. mengikut arah (hala), mengabah, mengarah, menghala: pembuluh ini masuk ~ ke hati; 3. membalingkan (melontarkan) kpd: melempar ~ tampuk; 4. menghendaki, memaksudkan: engkau yg ditujunya, tetapi yg lain yg didapatinya; 5. bermaksud utk mencapai, bertujuan utk menuntut sesuatu: segala perintah dan hukumnya itu ~ kpd suatu perkara yg besar, iaitu kesenangan hati bagi segala rakyatnya juga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangkai I | 1. gagang pd buah (bunga dll): buah itu mempunyai ~ yg pendek; ~ daun; 2. batang pokok tumbuhan yg kecil-kecil: ~ kecambah; 3. penjodoh bilangan utk bunga: se~ bunga; 4. tempat memegang sesuatu alat, batang (cangkul, tombak, dll), gagang, hulu (pisau dll): ~ cangkul; ~ bedil gagang bedil; ~ cerek tampuk cerek; ~ dayung batang dayung; ~ embun ki sesuatu yg tidak kukuh; ~ hati ki kekasih; ~ jering = ~ kering ki orang yg kedekut; ~ pena gagang pena; ~ timba pemegang timba; ~ tombak batang tombak; bertangkai mempunyai atau memakai tangkai: dia hanya sempat mengutip buah rambutan yg ~ sahaja; senduk kayu yg ~ panjang digunakan utk mengacau jem. | Kamus Dewan Edisi Keempat |