datar | rata (bkn tanah, nada, sesuatu permukaan dll); tidak turun naik; tidak tinggi rendah: tanah ~ tanah yg rata (tidak berbukit-bukit). mendatar 1 bersifat datar (tidak turun naik); dlm keadaan datar; merata: Lebih mudah membajak di kawasan yg ~ drpd di kawasan yg berbukit-bukit. 2 selari dgn permukaan bumi; lw tegak: Lukis dua garisan ~ sepanjang 12 cm. mendatarkan menjadikan datar; meratakan: Ia ~ tapak rumahnya. dataran kawasan atau tanah yg datar: ~ tinggi Tibet. ~ hakis ist kawasan yg telah dihakis sehingga hampir-hampir menjadi dataran (dgn bukit-bukit rendah menandakan tapak bekas gunung). pendataran perihal atau perbuatan mendatarkan: ~ padang itu dibuat dgn traktor. sedatar sama rata: Kebanyakan sawah padi di kampung ini ~ saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkapur | ada kapur di dlmnya: tanah ~ tanah yg ada kapur di dlmnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rebak | runtuh (bkn tebing sungai dll): tanah ~ tanah runtuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ulayat | ark daerah, kawasan (yg sudah dimiliki); tanah ~ tanah yg sudah tentu pe-miliknya tetapi belum dikerjakan; ® wilayah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ulayah | , ulayat ark daerah, kawasan (yg sudah dimiliki); tanah ~ tanah yg sudah tentu pe-miliknya tetapi belum dikerjakan; ® wilayah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wakaf | diuntukkan bagi kegunaan umum (sbg derma atau sedekah): telaga ~ telaga yg dibuat utk orang ramai; tanah ~ tanah yg diuntukkan bagi keperluan agama (spt utk perkuburan, utk mendirikan masjid). mewakafkan memberikan harta benda atau tanah utk kegunaan orang ramai; memberikan sesuatu utk hal-hal yg berkaitan dgn agama: Raja Mokhtar telah ~ anjung rumahnya utk dijadikan surau. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
empang | 1 = empangan, pengempang tambak utk menahan air (supaya air dpt dialirkan ke tanah-tanah pertanian, dpt disimpan utk minuman atau utk mencegah banjir); bendung. 2 kolam tempat memelihara ikan; tebat. 3 ki penghalang sesuatu tujuan; perintang. mengempang 1 mendirikan (membuat) empang; membendung; menahan: ~ sungai. 2 terletak melintang sehingga mengganggu lalu lintas dll; menghalang: Pokok yg tumbang itu hampir-hampir ~ jalan. 3 ki menghalang sesuatu kemajuan; menghambat; merintang. terempang dpt diempang, sudah diempang; terbendung; tertahan: Tiada ~ peluru oleh lalang. pengempangan perbuatan mengempang; pembendungan; penahanan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sungkur II | alat utk menyodok atau utk menggali tanah; penyodok tanah dsb: kereta ~ jentera yg digunakan utk menyodok tanah (menumbangkan pohon dsb): sang ~ babi. menyungkur 1 menyodok atau menggali tanah dsb dgn sungkur atau dgn kereta sungkur. 2 menggali-gali tanah dgn muncung (bkn babi). sungkuran; nyiur ~ nyiur yg masih muda (isinya dpt disodok dgn sudu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
persada | 1 pancapersada. 2 taman tempat bersuka-suka atau berehat-rehat. 3 = ~ tanah air tanah tempat tumpah darah; tanah air sendiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tanah rizab | tanah simpanan atau tanah yg dikhaskan utk sesuatu tujuan atau utk sesuatu golongan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |