tanah raya | benua; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sirah I | Mn merah: matanya itu ~ spt bunga raya; tanah ~ kubur yg baharu; tersirah; mendapat tanah ~ ki a) mati; b) menjumpai mayat yg telah ditanam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
genting I | 1. kecil (sempit) di tengah-tengah: pinggangnya ~; 2. = ~ tanah tanah yg sempit antara benua dan semenanjung dll; 3. = ~ bukit jalan di celah bukit: Kabul ada jalan raya melalui ~ Khyber yg menghubungkan bandar itu dgn Peshawar; 4. sudah halus hingga hampir putus (tali dll); 5. tegang, berbahaya (mungkin akan pecah perang dll), meruncing: perhubungan antara kedua-dua negara itu ~; ~ menanti putus, biang menanti tembuk prb, Mn perkara yg hampir selesai; ~ putus, biang tembuk prb, Mn perkara yg telah putus dan tidak dapat diubah lagi; menggenting 1. menjadi genting (kecil atau sempit di tengah-tengah); 2. menjadi genting (tegang), menegang: perhubungan mereka semakin ~; menggentingkan 1. menyebabkan genting (kecil atau sempit di tengah-tengah); 2. menyebabkan genting (tegang), menegangkan; kegentingan perihal atau keadaan genting, ketegangan; pergentingan tempat yg genting, genting; manahan jerat di ~ prb mencari keuntungan drpd kesukaran orang; penggentingan perihal atau perbuatan menggentingkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanah I | 1. lapisan bumi yg di atas sekali: ~ kaki tiang rumahnya pun digali, dibuangkan ke laut; 2. keadaan bumi di sesuatu tempat: daerah itu subur ~nya; 3. bahagian permukaan bumi yg diberi bersempadan: tiap-tiap seorang penduduk diberi ~ seluas lima ekar utk bercucuk tanam; 4. negeri, daerah, wilayah: T~ Melayu; T~ Lampung; 5. bahan-bahan bumi (pasir, batu, dll) sbg campuran dgn bahan yg lain: rumahnya tidak bertiang tinggi sbg rumah kita, ia cuma rumah ~ berdindingkan tanah liat atau tanah keras; 6. warna dasar (pd kain dll): warna ~ baju yg dipakainya itu hitam; ~ air a) negeri tempat seseorang dilahirkan; b) daerah yg di bawah sesuatu pemerintahan; ~ bendang tanah (utk) sawah; ~ beroya ark pasir yg hanyut; ~ besar tanah daratan yg luas sbg lawan pulau; ~ cempaka belerang kasar (ketul-ketul belerang yg diambil dr lombong); ~ dangkal tanah yg tidak subur; ~ datar = ~ pamah = ~ rata tanah yg rata (dataran); ~ daun = ~ labu ark tanah drpd daun-daun yg lama terpendam, humus; ~ dingin negeri yg berhawa dingin; ~ gambut = ~ hitam tanah yg bercampur dgn tumbuh-tumbuhan yg telah reput (banyak mengandungi karbon); ~ gembur tanah subur yg terdiri drpd campuran pasir dan tanah liat serta bahan-bahan organik lain; ~ goyang ark gempa bumi; ~ haram a) kawasan suci (Mekah, Madinah); b) tanah yg didiami tanpa kebenaran kerajaan; ~ hidup Id tanah yg diusahakan (ditanami); ~ jajahan negeri (daerah) yg dijajah oleh negara asing; ~ kampung perkarangan, kawasan rumah; ~ kebun tanah utk berkebun; ~ kerajaan a) tanah kepunyaan raja; b) tanah kepunyaan kerajaan; ~ kering a) tanah yg tidak diusahakan; b) huma, ladang; ~ kompeni tanah kerajaan di Negeri-Negeri Selat; ~ kongsi Id bahagian dr tanah persendirian yg tidak jadi tanah usaha; ~ kosong tanah yg tidak didiami atau diusahakan orang; ~ kuburan (mati, perkuburan) tanah tempat menanam orang mati (mayat); ~ kuripan ark tanah kepunyaan orang perseorangan; ~ kurus Id tanah yg tidak berapa subur; ~ lalang kawasan tanah tinggal yg dipenuhi lalang; ~ lanar (Geog) tanah dll yg dibawa oleh air; ~ lapang kawasan yg hanya ditumbuhi rumput, padang; ~ leluhur Id negeri asal orang-orang yg mendatang; ~ liat tanah yg terdiri drpd zarah-zarah halus batu-batan yg luluh hawa; ~ lombong kawasan tanah utk menambang (melombong); ~ mati a) tanah yg tidak diusahakan lagi; b) tanah kuburan (perkuburan); c) kawasan tanah tandus yg disebabkan hakisan di Amerika Utara; ~ menanjung (semenanjung) tanah yg menganjur ke laut, jazirah; T~ Mengandung Sri Menanti; ~ mentah Id tanah milik negara; ~ merah sj tanah liat berwarna merah yg mengandungi zat besi (biasanya digunakan utk membuat jalan); ~ milik tanah hak milik orang; ~ milik bebas tanah (ladang, estet) yg boleh dimiliki utk selama-lamanya; ~ nampal (napal) sj tanah liat yg boleh dimakan; ~ nap lumpur yg dibawa oleh air; ~ negara Id tanah kepunyaan kerajaan; ~ partikelir Id tanah milik tuan tanah (yg dibeli dr kompeni Belanda); ~ pegangan pajak tanah (ladang, estet) yg dipajakkan kpd seseorang (syarikat dsb) utk jangka masa tertentu; ~ penganjur tanah yg menganjur ke laut, tanjung; ~ pekat Id tanah liat; ~ pinggir tanah yg diberi kpd penduduk oleh kerajaan utk diusahakan (biasanya terletak di pinggir kampung); ~ pusaka tanah peninggalan nenek moyang, tanah yg diwarisi; ~ rap = ~ rat tanah yg telah siap utk ditanami; ~ raya benua; ~ sewa tanah yg disewakan (utk sewaan); ~ suci tanah atau negeri dianggap suci oleh penganut agama (spt Mekah bagi umat Islam dan Palestin bagi penganut agama Kristian dll); ~-tanih segala macam tanah; ~ tinggal tanah yg tidak ditanami atau didiami; ~ tol tanah yg diberi kebenaran duduk sementara; ~ tumpah darah tempat dilahirkan; ~ ulayah tanah hutan yg belum diusahakan tetapi sudah bertuan; ~ usaha Id tanah milik yg diusahakan orang lain; ~ wakaf tanah yg didermakan utk kegunaan umum; ~ lembah kandungan air, kayu bengkok titian kera prb tiap-tiap sesuatu sebab yg ada itu akan mendatangkan sebab yg lain; bagai ~ pelempar balam prb usaha yg tidak sungguh-sungguh jika berhasil syukur jika tidak, tidak mengapa; bukan ~ menjadi padi prb sia-sia sahaja berusaha meninggikan darjat sesuatu yg tidak berharga lagi; di mana ~ dipijak di situ langit dijunjung prb hendaklah sentiasa menurut adat negeri yg didiami; kalau digali ~ berbingkah, ~ berderai yg akan bertemu prb usahlah dicari sangat siapa yg salah siapa yg benar dlm perselisihan di kalangan keluarga, tetapi carilah jalan utk menyelesaikannya dgn baik; mendapati ~ tersirah prb mendapati mayat sudah dikuburkan; menimbun ~ yg tinggi, menggali ~ yg lekuk prb membantu orang kaya dan menganiayai orang miskin; bertanah 1. memiliki tanah, ada tanahnya: cara Melayu ~ ialah selagi petani-petani itu menunaikan syarat-syarat yg dikenakan kepadanya, ia tidak boleh diusir dr tanah itu; 2. dipenuhi tanah, diselaputi tanah: dia tidur dgn baju dan seluar yg ~; 3. ark berurat berakar, berakar berumbi; mengetanahkan 1. menurunkan ke tanah, membawa ke tanah; 2. ki menurunkan darjat (kehormatan dll); 3. mengebumikan (mayat), menguburkan: orang dr Pagai tidak akan melihat badan hamba diketanahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seberang | 1. sebelah sana sungai (jalan, laut, dll): kerana rumah ayahku di ~ jalan kereta api, maka kereta kami tidak sampai di hadapan rumah; ~ laut luar negara, negara asing: Razman akan melanjutkan pelajaran di ~ laut; tanah ~ a) tanah asing; b) Pulau Sumatera (bagi orang di Tanah Melayu); c) Semenanjung Tanah Melayu (bagi orang di Sumatera); 2. tempat yg bertentangan dgn, berhadapan dgn: rumahnya di ~ rumah saya; berseberangan, seberang-menyeberang 1. berhadapan letaknya (duduknya), ber-tentangan: sampailah aku ke suatu tempat yg bernama Pangkalan Tambang, iaitu ~ dgn Kampung Laut; 2. (terletak) di kiri kanan sungai (jalan raya dll) dan bertentang, (terletak) saling di seberang: maka seberang-menyeberang sungai itu kampung orang; menyeberang 1. pergi ke seberang sana (sungai, jalan, dll), melintas (jalan), mengharung: mari kita naik pelampung terap ini, kita ~ ke seberang sungai itu; 2. ki memihak kpd musuh (lawan dll), membelot: terdapat juga menteri-menteri kerajaan yg ~ ke pihak pembangkang; menyeberangi 1. pergi ke seberang sana sungai, jalan, dll, melintasi, mengharungi: dgn apa hendak diseberangi lautan? 2. ki me-nempuh (melalui, merasai) kesusahan dll: tiga kali kita ~ hidup, apabila ketiga kalinya telah diseberangi dgn selamat, bahagialah kita; menyeberangkan membawa ke seberang, membawa menyeberang; terseberang 1. sudah diseberangkan (diseberangi); 2. terlepas drpd, terhindar, terbias: tiga kali kita menyeberangi hidup, apabila ketiga kalinya telah kita ~ dgn selamat, bahagialah kita; keseberangan 1. sudah diseberangi; 2. ki telah diketahui (maksud, tujuan, dll); dalam sudah keajukan, lebar sudah ~ prb telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang; penyeberangan 1. perbuatan menyeberang (sungai, jalan raya, dll); 2. tempat menyeberang (di sungai, jalan raya, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelang-gelang | 1 = gegelang segala benda yg berupa gelang. 2 = gelang raya sj cacing yg hidup dlm perut manusia atau binatang. 3 = ~ tanah cacing tanah yg ada gelang-gelang putih pd lehernya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kereta api bawah tanah | (sistem rangkaian) kereta api elektrik yg beroperasi di bawah tanah, terutamanya dlm bandar raya yg besar dan sibuk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebun | tanah yg tidak berapa luas dan ditanami pokok buah-buahan atau sayur-sayuran dll, ladang kecil: ~ sayur; ~ buah-buahan; tuan ~ Id pengurus (pengusaha) ladang; tukang ~ orang yg mengerjakan (membersihkan) pekarangan rumah dan menjaga pokok-pokok yg ditanam; ~ binatang taman haiwan, zoo; ~ bunga taman bunga; ~ percubaan kebun tempat menguji berbagai-bagai tanaman; ~ raya Id kebun tempat ditanam berbagai-bagai tumbuhan (di Bogor); berkebun bercucuk tanam di kebun, bekerja mengurus kebun; memperkebuni mengusahakan tanah supaya menjadi kebun, mengerjakan tanah sbg kebun; perkebunan 1. perihal tanam-menanam di kebun; 2. perusahaan atau urusan kebun; 3. tanah-tanah kebun; 4. Id ladang (besar): Gampo menceritakan ia sekarang bekerja sbg pengarah ~ kina; pekebun orang yg memiliki atau yg mengurus kebun; ~ kecil pengusaha kebun yg tidak luas, pengusaha ladang kecil (getah, kelapa sawit, dll); pengebun orang yg kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karun | orang yg kaya raya pd zaman Nabi Musa dan kerana keangkuhannya, terbenam ke dlm tanah bersama harta bendanya; menjadi ~ menjadi kaya-raya; harta ~ a) harta yg terpendam (tidak diketahui tuannya); b) Mn harta yg diperoleh dgn jalan haram; dapat ~ timbul = dapat harta ~ prb mendapat keuntungan besar dgn tidak bekerja susah-susah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sagu hati | a) wang dll yg diberikan sbg ganti rugi: kerajaan telah membayar ~ hati kpd tuan-tuan tanah yg membenarkan kerajaan membina jalan raya di atas tanah mereka; b) ganjaran sbg penghargaan: selama Din bekerja ini, pernahkah menerima bonus atau ~ hati drpd syarikat?; hadiah ~ hati hadiah yg diberikan kpd orang yg tidak menang (sbg penghargaan dlm sukan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |