meramas-ramas | memicit, memeras, merenyukkan dsb berulang kali dgn jari-jari tangan: bunga itu diramas-ramasnya dgn sebelah tangannya; tangannya ~ tangan ibunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggenggamkan tangan | menjadikan tangannya berkepal; mengepalkan tangannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menggenggamkan | ; ~ tangan menjadikan tangannya berkepal; mengepalkan tangannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menggenggamkan | ~ tangan menjadikan tangannya berkepal; mengepalkan tangannya. | Kamus Pelajar |
menggelangi | 1 memasang gelang atau sesuatu spt gelang pd; memberi bergelang: Ani ~ tangannya dgn getah. 2 melekat atau berupa spt gelang pd: Sebuah jam tangan emas ~ tangannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ramas I | ; meramas 1. menggumpal-gumpal dan memeras-meras (adunan, kelapa, nasi, dll): tepung gandum digaul dan diramas dgn lemak; ~ kelapa; 2. memegang-megang dan memicit-micit, memijit-mijit, mengurut: lapan orang yg ~ kaki Yang Dipertuan; 3. memulas dan memeras (kain basah), memerah: dia ~ kain yg baru dibasuhnya itu; perut ~ perut memulas; 4. merenyukkan, mengumalkan: dia ~ surat layang yg baru diterimanya; meramas-ramas memicit, memeras, merenyukkan dsb berulang kali dgn jari-jari tangan: bunga itu diramas-ramasnya dgn sebelah tangannya; tangannya ~ tangan ibunya; ramasan pegangan atau picitan utk meramas: ia berasa satu ~ yg mesra di bahunya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggelangi | 1. memasang gelang atau sesuatu spt gelang pd; memberi bergelang: Ani ~ tangannya dgn getah. 2. melekat atau berupa spt gelang pd: Sebuah jam tangan emas ~ tangannya. | Kamus Pelajar |
depang | ; mendepang 1. merentang (menghulurkan lurus-lurus) kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri: kedua-dua belah tangannya ~ dr tiang ke tiang pintu; 2. = berdepang terentang atau terhulur lurus (kedua-dua belah tangan) ke kiri dan ke kanan: dia dipaksa berdiri di tengah panas dgn tangannya ~; mendepangkan merentangkan kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri: dia ~ kedua-dua belah tangannya sambil melonjak dgn sekuat-kuat hatinya; terdepang terentang (tangan) ke kanan dan ke kiri, berdepang; depangan hasil mendepang atau mendepangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pegang; berpegang | 1 membuat tangannya memaut sesuatu; berpaut: Sambil berjalan itu ia ~ pd tangan ibunya. 2 tetap mengambil sesuatu sbg pedoman atau petunjuk: Mereka kuat ~ pd agama dan adat. memegang 1 menggenggam atau memaut dgn tangan; menjadikan tangannya menggenggam sesuatu: Sambil bersalam itu tangan kirinya ~ bahuku. 2 mengurus atau memimpin sesuatu perusahaan dll; menjabat atau memangku sesuatu pekerjaan: Beliau telah ~ jawatan pengurus di firma itu selama dua tahun. 3 tetap berpegang teguh pd sesuatu sbg pedoman: Mereka masih ~ adat yg lama-lama. ~ amanah menunaikan sesuatu amanah. ~ buku mengurus buku akaun dlm soal kewangan. ~ janji berpegang teguh pd segala janji yg telah dibuat. ~ peranan menjalankan peranan atau tanggungjawab. pegangan 1 tempat berpegang: Kalau tongkatnya hilang tentulah orang buta itu meraba-raba mencari ~. 2 sesuatu yg dijadikan dasar (prinsip); pedoman. pemegang 1 alat utk memegang sesuatu. 2 bahagian drpd sesuatu benda utk dipegang. 3 orang yg memegang sesuatu jawatan atau yg mengendalikan sesuatu urusan: ~ buku orang yg mengurus buku akaun. | Kamus Pelajar |
genggam | , = genggaman tangan yg dikepalkan spt ketika orang bertumbuk: Pak Belalang telah disuruh meneka benda yg di dlm ~ raja itu. menggenggam 1 memegang sesuatu di dlm tangan yg dikepalkan; memegang di dlm genggam: ~ padi. 2 ki menguasai sepenuhnya; memegang kuasa; memerintah. menggenggamkan; ~ tangan menjadikan tangannya berkepal; mengepalkan tangannya. genggaman 1 tangan yg dikepalkan; kepalan tangan. 2 benda yg digenggam. dlm ~ ki di bawah perintah atau kuasa. segenggam banyak yg dpt dipegang dlm tangan yg dikepalkan: Tiap-tiap pagi dan petang, Limah memberi ayam didiknya ~ padi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |