tanggung I | 1. = ditanggung dijamin (kebaikannya dll), sudah tentu: pekerjaannya ~ baik; 2. bp = menanggung; ~ badan Sr mas kahwin yg belum dijelaskan ketika akad nikah (tetapi mesti diselesaikan ketika bercerai); menanggung 1. membawa di atas bahu (barang yg berat-berat), memikul, menggalas: pelawat-pelawat penuh sesak, ada yg ~, ada yg berjunjung dan ada yg berkelek; 2. mengalami (kesusahan dll), menahan, menderita, tertimpa (oleh): perusahaan itu ~ kerugian besar; tuan pergi janganlah lama, tiada kuasa ~ rindu; 3. ki membawa, memegang, menaruh, menyimpan: dapatkah manda ~ rahsia hamba? 4. (sanggup) memikul biaya atau perbelanjaan (yg tertentu), mengurus, membiayai, menyelenggarakan: mereka sudah besar, tidak wajib lagi dia ~ nafkah begitu; aku telah ditanggungnya makan minum; 5. memikul, menghadapi, mempunyai: kita ~ hutang sampai anak dah beranak enam pun hutang belum lagi selesai; 6. menjaga (keselamatan dll), memberi jaminan (akan): kerajaan ~ keamanan dan ketenteraman rakyat; 7. memberi akuan tentang kebaikan (keaslian dll) sesuatu, menjamin: kalau hendak bekerja di sini kamu harus mempunyai dua orang yg ~; barang-barang ini ditanggung baik; 8. memberi akuan tentang kepastian sesuatu, memastikan bahawa ...: saya berani tanggung dia akan menang; 9. memberi perakuan akan memenuhi kewajiban orang lain jika orang itu enggan memenuhinya, menjamin: siapa yg ~ pinjamanmu tempoh hari? 10. memikul segala tanggungjawab, bertanggungjawab: berani buat tidak berani tanggung; ~ budi menaruh budi; ~ dendam menyimpan dendam; ~ kasih berasa wajib membalas kasih (orang); ~ malu merasai malu; ~ ragam Mn mengalami bermacam-macam percubaan; ~ rahsia menyimpan rahsia; ~ rindu menaruh rindu; tanggung-menanggung 1. saling menanggung (menjamin dll); 2. semua urusan menanggung; menanggungkan, mempertanggungkan 1. memikulkan sesuatu beban (tanggungjawab dll) kpd, membebankan kpd: kerja-kerja yg ditanggungkan kpd baginda itu tersangat berat; 2. menyerahkan barang dll sbg cagaran (jaminan), mencagarkan, menggadaikan: dia terpaksa ~ hartanya utk membayar hutang; tertanggung dapat ditanggung, terderita, terjamin, terpikul; tidak ~ a) tidak terderita; b) tidak dijamin dll; tanggungan 1. sesuatu yg mesti ditanggung, kewajiban, tanggungjawab: hak dan ~ ahli-ahli pertubuhan; 2. jaminan: dgn ~ siapakah engkau mendapat pinjaman itu? 3. barang dll yg digunakan sbg jaminan hutang dll, cagaran: apa ~mu utk berhutang itu? 4. penderitaan, beban: segala-galanya itu akan menambahkan lagi ~ rakyat; 5. orang yg mesti ditanggung (keselamatannya, nafkahnya, dll): cukai ini berbeza dr seorang keseorang mengikut banyak pendapatan orang itu dan ramai orang yg mesti menjadi ~nya; 6. akibat perbuatan yg mesti dipertanggungkan, risiko: kalau engkau kalah nanti, itu ~mu sendiri; ~ jiwa (kebakaran) Id insurans; 7. (Udg) kewajiban yg dikenakan terhadap seseorang di bawah undang-undang; ketanggungan sl apa yg ditanggung, tanggungjawab, tanggungan: jikalau kita kalah, bukanlah jadi ~ kpd kita semuanya;berketanggungan bertanggungjawab, berkewajiban: marilah kita menuntut kpd pihak-pihak yg ~ dlm agama Islam;pertanggungan 1. tanggungan, tanggungjawab; 2. jaminan; 3. insurans; penanggungan 1. apa yg ditanggung, penderitaan, kesengsaraan: dia sangat mengambil berat terhadap kehidupan rakyat jelata dan ~ mereka; 2. perihal menanggung: bagaimanakah ~ hati seorang perempuan yg hidup sebatang kara; penanggung 1. orang yg menanggung (menjamin), penjamin; 2. orang yg memegang polisi insurans; 3. orang yg menderita, penderita; 4. (Eko) organisasi atau orang yg dilantik utk menguruskan pembubaran sesebuah syarikat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanggung-menanggung | 1. saling menanggung (menjamin dll); 2. semua urusan menanggung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanggung; menanggung | 1 orang yg menderita sesuatu; penderita. | Kamus Pelajar |
tanggung; menanggung | 1 orang yg mesti ditanggung nafkahnya dll. | Kamus Pelajar |
tanggung; menanggung | 1 menyerahkan segala tanggungjawab kpd; membebankan sesuatu kpd: Perbelanjaan utk membina jambatan itu akan ditanggungkan kpd penduduk kampung itu sendiri. | Kamus Pelajar |
tanggung; menanggung | 1 membawa barang yg berat-berat di atas bahu; memikul: Aku tidak sanggup ~ beban seberat ini. | Kamus Pelajar |
tanggung | ; menanggung 1 membawa barang yg berat-berat di atas bahu; memikul: Aku tidak sanggup ~ beban seberat ini. 2 menderita kesusahan, kerugian dll; mengalami: Setelah permaisurinya mangkat, tinggallah Sultan Mahmud keseorangan ~ dukacita. Mereka telah ~ kerugian besar kerana harga getah jatuh. 3 memberikan belanja atau nafkah; menyara: Di samping ~ isteri dan empat orang anak, beliau terpaksa juga ~ dua orang adik. 4 memberi akuan atau jaminan ttg sesuatu: Saya berani ~ kebaikan radio jenis ini. 5 memikul segala tanggungjawab dll. menanggungkan 1 menyerahkan segala tanggungjawab kpd; membebankan sesuatu kpd: Perbelanjaan utk membina jambatan itu akan ditanggungkan kpd penduduk kampung itu sendiri. 2 meletakkan kesalahan dsb kpd: Kerugian yg dialami oleh perusahaan itu ditanggungkan kpd pengurusnya. 3 menyerahkan harta milik sbg sandaran hutang; menggadaikan: Dia terpaksa ~ tanah dan rumahnya kpd bank utk mendapatkan hutang. mempertanggungkan menjadikan sesuatu ditanggung oleh: Pengguna jalan raya dipertanggungkan atas kemalangan yg berlaku. tertanggung dpt ditanggung; terpikul. tanggungan 1 orang yg mesti ditanggung nafkahnya dll. 2 sesuatu yg (mesti) ditanggung; kewajipan; tugas. 3 sesuatu yg diderita; penderitaan. penanggungan 1 perihal (perbuatan dsb) menanggung. 2 yg ditanggung. sepenanggungan mempunyai penanggungan yg sama; senasib. penanggung 1 orang yg menderita sesuatu; penderita. 2 orang yg menjamin; penjamin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
derita I | kesusahan (kesakitan, keseksaan, dsb) yg dialami: sejak dia ditahan, keluarganya menanggung ~ kesengsaraan; menderita 1. menanggung kesusahan (kesakitan, keseksaan, dsb): dia hidup ~ sejak ditinggalkan kekasih; 2. = menderitai menanggung, mengalami: orang pelarian Kampuchea ~ kemiskinan yg teruk; kerugian yg mereka deritai amatlah banyak; menderitakan membuat seseorang mengalami derita; terderita, terderitakan dapat dideritai (ditanggung), tertanggung, tertahan: bukan main sedihnya, tidak ~ sesalnya; deritaan perkara yg diderita (spt kesakitan, kesusahan, dll): ~nya kali ini lebih berat drpd yg sudah-sudah; penderitaan 1. perihal menderita, penanggungan: ingin dia mengadukan ~ batinnya itu kpd kawannya; 2. deritaan; penderita 1. orang yg menderita; ~ cacat orang yg cacat; ~ sakit paru-paru orang yg menghidap sakit paru-paru; 2. Id pelengkap (benda) yg menjadi tujuan kata kerja (perbuatan) dlm ayat: dlm ayat ‘dia menyepak bola’, ‘bola’ ialah ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menanggung | 1. membawa di atas bahu (barang yg berat-berat), memikul, menggalas: pelawat-pelawat penuh sesak, ada yg ~, ada yg berjunjung dan ada yg berkelek; 2. mengalami (kesusahan dll), menahan, menderita, tertimpa (oleh): perusahaan itu ~ kerugian besar; tuan pergi janganlah lama, tiada kuasa ~ rindu; 3. ki membawa, memegang, menaruh, menyimpan: dapatkah manda ~ rahsia hamba? 4. (sanggup) memikul biaya atau perbelanjaan (yg tertentu), mengurus, membiayai, menyelenggarakan: mereka sudah besar, tidak wajib lagi dia ~ nafkah begitu; aku telah ditanggungnya makan minum; 5. memikul, menghadapi, mempunyai: kita ~ hutang sampai anak dah beranak enam pun hutang belum lagi selesai; 6. menjaga (keselamatan dll), memberi jaminan (akan): kerajaan ~ keamanan dan ketenteraman rakyat; 7. memberi akuan tentang kebaikan (keaslian dll) sesuatu, menjamin: kalau hendak bekerja di sini kamu harus mempunyai dua orang yg ~; barang-barang ini ditanggung baik; 8. memberi akuan tentang kepastian sesuatu, memastikan bahawa ...: saya berani tanggung dia akan menang; 9. memberi perakuan akan memenuhi kewajiban orang lain jika orang itu enggan memenuhinya, menjamin: siapa yg ~ pinjamanmu tempoh hari? 10. memikul segala tanggungjawab, bertanggungjawab: berani buat tidak berani tanggung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanggung II | 1. lebih drpd sedang tetapi belum cukup besarnya (tingginya dll); anak ~ anak yg hampir dewasa; ~ bulan sesudah pertengahan bulan (utk menyatakan ketiadaan wang); 2. = kepalang ~ = tangung-tanggung tidak mencukupi keperluan, kurang sempurna, setengah-setengah: bekerja jangan ~. tanggungjawab kewajiban yg dipikul oleh seseorang, segala yg wajib ditanggung: oleh sebab itu segala pegawai polis teramat berat ~nya; bertanggungjawab 1. = ~ atas (terhadap, tentang, dlm) mempunyai tanggungjawab terhadap, memikul tanggungjawab, berkewajiban: siapakah yg ~ atas kekalahan kita? 2. = ~ kpd menanggung segala-galanya, menanggung sesuatu kpd: kakitangan ~ kpd majikan mereka; kedua-dua pihak sama ~; mempertanggungjawabkan 1. memberikan jawaban dan menanggung segala akibatnya (sekiranya tidak beralasan, tidak munasabah, dsb): ia mengeluarkan kata-kata yg tidak dapat dipertanggungjawabkan; 2. = ~ kpd memikulkan tanggungjawab (kpd), membebankan tanggungjawab kpd: pendidikan kanak-kanak dipertanggungjawabkan kpd guru; 3. menjadikan bertanggungjawab (atas, terhadap, dll): mereka sama-sama dipertanggungjawabkan oleh agama utk melaksanakan segala perintah Tuhan; kebertanggungjawaban perihal (sifat) bertanggungjawab: ~ setiap individu dlm mem-buat kebajikan; pertanggungjawaban 1. perihal bertanggungjawab; 2. sesuatu yg dipertanggungjawabkan: kita telah sampai kpd ~ tentang pendapat kita; penanggungjawab orang yg bertanggungjawab. | Kamus Dewan Edisi Keempat |