tapis | ; menapis 1 membersihkan benda-benda cair dgn melalukannya pd alat yg berlubang kecil-kecil; menyaring; menuras: ~ air minum. 2 ki memeriksa sesuatu (spt filem, novel) dan menyekat penayangannya atau pengedarannya jika didapati tidak sesuai. tapisan 1 sesuatu yg sudah ditapis. 2 = penapis alat utk menapis atau utk menyaring sesuatu: ~ minyak. penapisan perbuatan, proses dsb menapis. penapis 1 alat yg digunakan utk menapis sesuatu: ~ minyak. 2 orang atau badan yg menapis (filem, novel dll): Lembaga ~ Filem. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tapis I | 1. alat utk menapis; 2. bp menapis; bertapis (telah) ditapis: air yg belum ~;menapis 1. menuras dgn saringan (barang yg cair spt minyak, air minum, dll), menyaring: air yg digunakan di situ telah dibersihkan dan ditapis sebelum dihantar ke rumah-rumah; 2. meneliti serta memilih-milih (utk mengasingkan yg dikehendaki drpd yg tidak dikehendaki), menyaring: ia perlu ~ maklumat yg berbagai-bagai itu sebelum membuat sesuatu pilihan yg dapat diterima; tapisan 1. sesuatu yg sudah ditapis, hasil drpd menapis; 2. = penapis alat utk menapis sesuatu: ~ minyak; penapisan 1. perbuatan menapis: ~ minyak; ~ kertas kerja dilakukan oleh ahli jawatankuasa; 2. (Udg) pemeriksaan yg dibuat terhadap bahan terbitan, filem dsb dgn tujuan utk menghalang penyebaran atau pengeluaran bahan yg boleh dikira sebagai tidak bermoral, lucah, cabul atau membahayakan keselamatan; penapis 1. alat utk menapis, penyaring: kaca atau filem yg berwarna itu dinamakan ~ warna atau ~ cahaya; 2. orang (badan dsb) yg menapis: dlm negeri kita ini, ada Lembaga P~ Filem, sebuah badan yg bertugas utk menapis filem yg hendak ditayangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tapisan | 1 sesuatu yg sudah ditapis. 2 = penapis alat utk menapis atau utk menyaring sesuatu: ~ minyak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tapisan | 1. sesuatu yg sudah ditapis, hasil drpd menapis; 2. = penapis alat utk menapis sesuatu: ~ minyak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tapisan | 1 sesuatu yg sudah ditapis. | Kamus Pelajar |
saringan | 1. = penyaring penapis, tapisan; 2. acara dsb utk memilih (yg baik, elok dll): drpd jumlah ini, seramai 16 orang akan dipilih utk menjalani ~ bagi memilih 6 orang peserta paling baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saring I | ; menyaring 1. membersihkan sesuatu (menerusi benda yg berlubang kecil-kecil), menapis: ~ minyak; 2. ki memilih (utk mencari yg baik, elok, dll): ~ pemohon-pemohon yg akan diambil bekerja; saringan 1. = penyaring penapis, tapisan; 2. acara dsb utk memilih (yg baik, elok dll): drpd jumlah ini, seramai 16 orang akan dipilih utk menjalani ~ bagi memilih 6 orang peserta paling baik; penyaringan 1. perihal (kerja, proses, dsb) menyaring, penapisan; 2. perbuatan atau proses memilih (yg baik, elok, dll); 3. yg telah disaring. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tinting | ; meninting 1 menjatuhkan duit syiling supaya berbunyi (utk menguji sama ada palsu atau tidak). 2 menggoncang-goncangkan nyiru utk memilih beras dll; mengetuk-ngetuk pengayak utk menapis tepung dsb. 3 ki menimbang-nimbang utk menentukan yg benar atau yg baik. tintingan tapisan; pengayak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tinting I | meninting 1. mengetuk (menghempaskan) wang logam hingga berbunyi (kerana hendak menguji palsu atau tidak); 2. menggoncang-goncang nyiru dll utk memilih beras dll, mengetuk-ngetuk ayakan dll utk menapis tepung; 3. ki meneliti (menapis, menimbang) salah benar atau buruk baik dll sesuatu: setelah ~ dan menimbang, ia rasa sudah sampai masanya ia menerangkan segala-galanya; tintingan tapisan, ayakan (pengayak). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kertas I | 1. sj bahan dlm bentuk helaian nipis yg dibuat drpd kayu dll yg padanya sesuatu ditulis, dicetak, dilukis, dll; 2. sl kad (utk berjudi); ~ akhbar kertas yg kasar dan berkualiti rendah, biasanya digunakan utk mencetak akhbar; ~ bunga sj kertas nipis dlm pelbagai warna yg permukaannya berkedut-kedut, biasanya digunakan utk membuat bunga dsb; ~ bungkus = ~ pembungkus; ~ dinding kertas (bercorak atau bergambar) yg dilekatkan pd dinding (utk menghiasi bilik dll); ~ emas kertas yg berwarna emas dlm kotak pembungkus rokok dll; ~ embun (kembang, lap, pedap, penetap, sap, tekap) kertas utk mengeringkan tulisan dakwat; ~ empelas (kaca, pasir) kertas berlapis serbuk kaca atau pasir utk menggosok (melicinkan) kayu dll; ~ graf kertas yg bergaris berpetak-petak empat segi (digunakan utk melukis graf atau rajah); ~ jeluang kertas drpd kulit kayu; ~ karbon kertas nipis yg sebelah permukaannya disaluti bahan karbon dan digunakan utk membuat salinan tulisan atau taipan; ~ kerja makalah bertulis yg mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan-cadangan tertentu (dibentangkan utk perbahasan); ~ khabar ark surat khabar; ~ krep kertas bunga; ~ kulit kulit yg ditulisi; ~ lilin sj kertas yg dilapisi selaput lilin supaya kalis air, biasanya digunakan utk membungkus makanan; ~ litmus kertas yg digunakan utk menguji asid atau alkali; ~ lukis kertas utk dilukis; ~ minyak = ~ telur kertas yg nipis licin (tidak mudah diresap oleh air atau minyak; ~ pembungkus kertas yg digunakan utk membungkus barang; ~ pendua kertas utk dihasilkan beberapa banyak salinan sesuatu yg telah ditaip pd stensil; ~ peperiksaan a) kertas yg mengandungi soalan sesuatu mata pelajaran; b) kertas jawaban oleh calon peperiksaan dlm mata pelajaran tertentu; ~ positif kertas gambar foto; ~ putih naskhah (dikeluarkan oleh kerajaan) yg mengandungi maklumat (laporan dsb) bkn perkara tertentu (biasanya yg ada hubungannya dgn kepentingan orang ramai); ~ rokok kertas utk menggulung rokok; ~ saring = ~ turas kertas tapisan (utk menapis barang cair); ~ surih kertas yg nipis, licin, dan hening (digunakan utk menyalin peta dll); ~ taip kertas utk ditaip sesuatu padanya; ~ tisu kertas lembut dan nipis yg digunakan utk mengelap muka dll; ~ tulis kertas surat (kertas kosong utk ditulisi); ~ undi kertas yg disediakan utk seseorang mengundi dlm sesuatu pemilihan (pilihan raya dsb); bunga ~ a) bunga yg dibuat drpd kertas (utk perhiasan); b) sj pohon bunga; ibarat dakwat dgn ~, bila boleh renggang terlepas prb sangat sesuai (berkasih-kasihan) antara satu sama lain; mengertas; kertas-~ ark perca (cabikan, sobek-sobekan) kertas, berbagai-bagai kertas (yg tidak ada gunanya lagi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |