tata- | (dlm kata majmuk yg bererti) aturan atau peraturan; susunan; sistem: tatatertib; tatakerja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tata | aturan atau peraturan; susunan; sistem. menata mengatur, menyusun: Yg penting, bagaimana menguasai kunci kekuasaan negara, kemudian baru ~ kepentingan rakyat. tataan yg ditata; hasil menata: Mereka perlu menggunakan ~ muzik utk membantu menambah suasana realistik pd pelakon semasa berlakon. penataan perihal atau perbuatan menata. penata orang, pihak dsb yg menata: Kami menjadi ~ tarian dan penyumbang idea. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tata- | awalan asing peraturan, acara, kaedah, susunan, sistem, mis tataacara dan tataetika. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tata II | bp selamat tinggal atau selamat jalan (biasanya diucapkan oleh kanak-kanak sambil menggamit): Pak Man mendengar dua orang budak itu menyebut “~, ~” ketika motokar meninggalkan rumah itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tata I | peraturan, acara, kaedah, susunan, sistem; menata mengatur, menyusun; penataan penyusunan, pengaturan; penata orang yg menata sesuatu: kami bertindak sbg ~ tarian dan penyumbang idea. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tata negara | aturan dan susunan negara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tata hukum | Id aturan (peraturan, sistem, susunan) mengikut hukum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tata | (dlm kata majmuk bererti) aturan atau peraturan; susunan; cara susunan; sistem. | Kamus Pelajar |
penatausaha | orang yg mentadbirkan tatausaha. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketatanegaraan | hal yg berkaitan dgn tata-negara (spt politik dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |