gendala | halangan, rintangan, aral: sudah kami tating-tating dan sudah kami kaji buruk-baiknya, tidak ada apa-apa ~nya anakanda diperumahkan; menggendalakan menyebabkan ada gendala (halangan, rintangan, aral), menghalanghalangi, merintangi: kesukaran memperoleh bahan-bahan mungkin akan ~ pekerjaan; tergendala terhalang, tertahan (pekerjaan, perjalanan, dll): kalau anaknya yg kecil itu bangun kerjanya akan ~; kegendalaan 1. sesuatu yg menggendalakan (melambatkan atau menghalang kemajuan, perjalanan, dsb), halangan: mungkin ada sesuatu ~ di jalan; 2. keadaan tergendala (terhalang kemajuan dll): projek yg dirancang di Jalan Damansara sedang menghadapi ~ yg lama, terutamanya dr segi perolehan ta-pak bangunan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membolak-balikkan | 1. membalik-balikkan, mengolak-alikkan: sudah kami bolak-balikkan, sudah kami tating-tating, dan sudah kami kaji buruk baiknya; 2. memutarbelitkan: dicubanya ~ perkara itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bolak-balik | 1. ulang-alik, pergi balik: bas itu pergi ke Singapura ~; 2. tidak tetap atau berubah-ubah (percakapan atau perbuatan seseorang), berbalik-balik, berbelit-belit: cakapnya ~;berbolak-balik berbalik-balik, berulangulang: fikiran itu masih ~ dlm kepalanya; membolak-balikkan 1. membalik-balikkan, mengolak-alikkan: sudah kami bolak-balikkan, sudah kami tating-tating, dan sudah kami kaji buruk baiknya; 2. memutarbelitkan: dicubanya ~ perkara itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tating | ; menating membawa sesuatu di atas tapak tangan; menatang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tating II | 1. sj renda hiasan yg disirat drpd benang: benang itu disirat-siratnya menjadi ~; 2. proses membuat renda hiasan secara menyirat-nyirat benang dgn menggunakan cuban. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tating I | menating membawa (mengangkat) sesuatu di atas tapak tangan, menatang, menayang;menatingkan mengangkatkan sesuatu di atas tapak tangan, menatangkan: maka Poniemlah yg menyenduk, sedang yg ~ ke muka ialah Mariatun; ® tatang, tayang I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tating; menating | membawa sesuatu di atas tapak tangan; menatang. | Kamus Pelajar |
cuban | 1. sj jarum besar drpd buluh (tanduk dll) utk menyirat jala (jaring dll); 2. alat (drpd kayu atau buluh berbentuk palang atau kayu bercabang tiga) yg digunakan utk menggulung benang emas; 3. alat yg berbentuk spt buah kana tempat melilitkan benang utk membuat tating. | Kamus Dewan Edisi Keempat |