taulan | kawan; sahabat; teman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
taulan | kawan, teman, sahabat, rakan, handai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taulan | kawan; sahabat; teman. | Kamus Pelajar |
handai taulan | sekalian sahabat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
handai | kawan; sahabat; rakan. ~ taulan sekalian sahabat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sahabat | 1. kawan, teman, taulan: drpd banyak seteru, lebih baik banyak ~; 2. pengikut, murid; ~ nabi pengikut nabi; ~ handai = ~ kenalan sahabat-sahabat; ~ karib sahabat yg rapat (baik); ~ kita (beta) bh tuan (dlm surat raja-raja dahulu); ~ pena sahabat menerusi surat sahaja; bersahabat berkenalan dan berbaik-baik, ber-kawan (dgn), berteman (dgn): kita ~ dgn orang yg baik-baik; Australia dan New Zealand merupakan negara-negara yg ~ baik dgn kita; bagai ~ dgn ular bisa prb kalau berkawan dgn orang yg jahat, lambat-laun dianiayanya juga kita; drpd ~ dgn orang yg bodoh, baik ber-seteru dgn orang berakal prb tidak berfaedah bersahabat dgn orang yg bodoh; bersahabatan berbaik-baik antara satu sama lain; mempersahabatkan memperkenalkan supaya bersahabat, menjadikan bersahabat (orang yg belum berkenalan); persahabatan perihal bersahabat: ~ kami sudah menjadi begitu erat sekali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teman | 1. kawan, handai, sahabat, taulan: mengapa sendirian pula, tiada ~, tiada rakan; 2. orang yg bersama-sama melakukan sesuatu, lawan bercakap-cakap (bermain dsb): ~ bercakap; 3. sesuatu sbg pelengkap, jodoh, kawan: buah pinang dimakan orang jadi ~ sirih; 4. Pr ganti diri yg pertama, saya, aku;~ hidup orang yg dijadikan pasangan hidup (isteri atau suami); ~ lelaki lelaki yg menjalin hubungan cinta dgn seseorang wanita; ~ sejawat kawan sekerja; ~ tetangga jiran; ~ tidur orang yg dijadikan kawan tidur; ~ wanita wanita yg menjalin hubungan cinta dgn seseorang lelaki; usahlah ~ dimandikan pagi prb janganlah terlalu memuji-muji; berteman 1. berkawan, bersahabat: sebenarnya kedua-dua orang itu ~ baik; 2. tidak se-orang diri, ada kawannya: ke mana pun pergi jarang-jarang aku ~; bertemankan mempunyai (seseorang, sesuatu) sbg teman; menemani 1. turut serta, mengawani, mengiringi, menyertai: dia senang melihat kawannya ~nya duduk di situ; malam itu Ramlan ~ Swee Meng pergi memanggil bidan; 2. ki menjadikan sbg pemakan (nasi dll), melawankan: sayur pucuk ubi ditemani oleh sambal belacan dan ikan goreng; peneman seseorang (sesuatu) yg menjadi teman kpd: hanya linangan air mata ~ duka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rakanan | rakanan 1. sahabat, handai, taulan, teman (sepermainan, sekerja, dll): kanak-kanak yg menjadi ~ sepermainan anaknya; 2. kawan dlm sebuah perkongsian (persatuan, persekutuan, jabatan, dll) atau sesuatu kegiatan: ~ sejawat; ~ niaga; ~ kongsi orang yg menjadi ahli dlm sesuatu perkongsian (bkn perniagaan dsb); ~ masjid program yg bertujuan utk melibatkan orang ramai dlm pelbagai aktiviti peribadatan dan pendidikan keagamaan yg dijalankan di masjid; ~ muda program utk membentuk dan membimbing remaja agar mempunyai sifat terpuji spt berdisplin, bertanggungjawab, amanah, bermotivasi dan berdaya maju; ~ sejawat = ~ sejawatan orang yg sejajar kedudukan, jawatan, fungsi, atau tugasnya dgn orang lain (di tempat kerja, antara kementerian, antara negara, dsb); ~ sekerja orang yg bekerja setempat dgn seseorang, spt dlm sesuatu bahagian, jabatan, dsb; ~ sepermainan rakan yg sering bermain bersama-sama dlm sesuatu permainan; ~ kongsi orang yg menjadi ahli dlm sesuatu perkongsian (bkn perniagaan dsb); ~ masjid program yg bertujuan utk melibatkan orang ramai dlm pelbagai aktiviti peribadatan dan pendidikan keagamaan yg dijalankan di masjid; ~ muda program utk membentuk dan membimbing remaja agar mempunyai sifat terpuji spt berdisplin, bertanggungjawab, amanah, bermotivasi dan berdaya maju; ~ sejawat = ~ sejawatan orang yg sejajar kedudukan, jawatan, fungsi, atau tugasnya dgn orang lain (di tempat kerja, antara kementerian, antara negara, dsb); ~ sekerja orang yg bekerja setempat dgn seseorang, spt dlm sesuatu bahagian, jabatan, dsb; ~ sepermainan rakan yg sering bermain bersama-sama dlm sesuatu permainan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rafik II | Ar kawan, sahabat, taulan (yg karib). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
handai | kawan, rakan, sahabat, teman: ~ taulan = sahabat ~ teman-teman, kawan-kawan, rakan-rakan; berhandai-handai berkawan-kawan, bergaul: Ali dan adiknya yg perempuan sudah dibiarkannya ~, bersenda-senda, dan bercengkerama; kalau sudah penat, barulah mereka duduk di pelantar sambil ~ dgn riang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |