Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tawan
Kata Terbitan : menawan, tertawan, tawanan, penawanan, penawan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tawan; menawan 1 menangkap atau menahan musuh dlm peperangan dsb: Akhirnya mereka dpt juga ~ pihak musuh. 2 merampas harta benda dll yg dimiliki oleh musuh; menjarah: Dlm masa beberapa hari saja, tentera Jerman telah berjaya ~ negeri Belanda. 3 = ~ hati ki memikat hati; menarik hati: Perangainya yg lemah lembut dan tutur katanya yg manis itu telah ~ hatiku. tertawan 1 sudah atau telah ditawan (bkn musuh dll); tertangkap: Puteri Raja Pahang yg bernama Puteri Wanang Sari itu telah turut ~. 2 telah dpt dirampas atau ditakluk: Melaka telah ~ oleh Feringgi dlm tahun 1511. 3 ki terpikat; tertambat: Hatinya sudah ~ oleh senyuman gadis itu. tawanan 1 orang yg ditawan (dlm peperangan dll): Kelima-lima orang ~ itu melarikan diri dgn menunggang kuda. 2 sesuatu yg ditawan oleh musuh; rampasan; jarahan: barang- barang ~. penawanan perbuatan atau hal menawan. penawan 1 orang yg menawan. 2 alat utk menawan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tawan Imenawan 1. menangkap atau me-nahan musuh dll (dlm peperangan dll): bapa-nya tidak dapat ditawan, akhirnya Jepun menangkap dia; 2. merampas dll harta musuh, menjarah, merebut: tentera payung terjun dgn serta-merta telah ~ lapangan terbang itu dr tangan musuh; 3. = ~ hati ki menambat (memikat, mempengaruhi, me­narik) hati: wajah yg menarik dan budi bahasa yg ~ membuat Badrul ingin mene­ruskan per-sahabatan; banyak dia berkorban utk ~ hati gadis itu; 4. menguasai: mereka sentiasa berusaha utk ~ perhatian negara jiran; tertawan 1. dapat ditawan (musuh, penjahat, dll), tertangkap: anak raja Kelantan yg perem-puan itu ketiga-tiganya ~ oleh Raja Melaka; 2. dapat dirampas (dikuasai), ditakluki: dgn ~nya pulau-pulau Maranas, pihak Amerika makin bertambah dekat dgn Filipina; 3. = ~ hati ki terpikat, terpedaya: telah ia me-mandang harta banyak itu, maka ~lah hatinya; tawanan 1. orang yg ditawan: ia telah men-jadi ~ musuh; 2. apa yg ditawan (drpd musuh), rampasan, jarahan: barang ~; ~ karang sl barang-barang (kapal dll) yg dirampas kerana terkandas di pantai; penawanan perihal (perbuatan dsb) menawan; penawan 1. orang yg menawan; 2. alat utk menawan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tawanan1 orang yg ditawan (dlm peperangan dll): Kelima-lima orang ~ itu melarikan diri dgn menunggang kuda. 2 sesuatu yg ditawan oleh musuh; rampasan; jarahan: barang- barang ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tawanan1. orang yg ditawan: ia telah menjadi ~ musuh; 2. apa yg ditawan (drpd musuh), rampasan, jarahan: barang ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
tawanan1 orang yg ditawan (dlm peperangan dll): Kelima-lima orang ~ itu melarikan diri dgn menunggang kuda.Kamus Pelajar
menebus1. membayar wang utk mendapat­kan kembali barang-barang yg tergadai: barang-barang yg digadai dahulu sudah ditebus; 2. membeli kembali barang-barang (harta dll) yg telah dijual: kau mesti mengum­pulkan wang utk ~ kembali segala harta ibu bapamu yg kaujual dahulu itu; 3. membayar wang dll utk membebaskan (hamba, sandera, orang tawanan, dll): orang Quraisy ~ orang tawanan dgn harta benda yg dibayar kpd orang Islam; 4. menukarkan cek dll dgn wang di bank: hendaklah sekolah membuat per­hubungan dgn bank supaya bank bersedia menerima cek-cek ini drpd guru-guru yg ~nya; 5. Id mengambil barang catuan dll dgn menyerahkan kupon dll; 6. berbuat jasa (ke-baikan dll) utk menghapuskan sesuatu ke-salahan (dosa dll): dia kurang berani, kurang insaf, dia harus ~ dosanya; 7. mem­bela kekalahan (kegagalan dll), memulihkan kehormatan (nama baik dll), menutup malu: dgn jalan ini Singapura berjaya ~ kerugian yg telah dialaminya dlm bulan September yg lalu; 8. membalas jasa (budi, kebaikan, dll) yg diterima: tiap-tiap kebaikan itu akan ditebus kelak; 9. menepati janji dll yg telah dibuat, menunaikan (janji dll); 10. menye­lamat­kan (jiwa, nyawa, dll) orang dlm bahaya; 11. mengorbankan (jiwa, harta benda, dll) utk mendapatkan sesuatu: kejayaan beliau sekarang ini ditebus dgn pengalaman dan penderitaan hidup yg pahit; 12. mengikat jamin (orang yg ditahan polis dll): ayah telah mengambil wang dan segera pergi ke mah­kamah utk ~ Mak Jah;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengabdikan1. menjadikan abdi, mengham¬bakan, memperhamba: abdi tawanan perang; abdi diri kepada negara; 2. menggunakan sepenuh¬nya: tenaganya diabdikannya kepada negaraKamus Dewan Edisi Keempat
cabul1 keji lagi kotor; tidak senonoh; tidak sopan (ttg kata-kata yg dituturkan): kata-kata yg ~. 2 melanggar adat kebiasaan (ttg kelakuan); buruk lagi tidak sopan: Tentera-tentera Israel telah melakukan perkara yg ~ kpd orang-orang tawanan mereka. mencabul 1 merosak­kan kehormatan orang perempuan; memperkosa; menodai. 2 melanggar hak orang lain (kedaulatan negara orang dsb). pencabulan perbuatan atau hal mencabul.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memulangkan1. membawa pulang, mengi­rimkan (ke tempat asalnya, ke rumahnya, dll), mengembalikan: ~ motokar itu kpd tuannya; semua tawanan perang dipulangkan ke negeri masing-masing; ~ kata membalas (menjawab); 2. menyusun (me­ngatur) semula, memulihkan: susunan pegawai dan kakitangan pejabat ini dipulangkan spt susunan yg dahulu; Raja Sulaiman hendak dipulangkan jadi bendahara semula; ~ nafas beristirahat; 3. merujukkan (kpd), menyerah­kan (kpd): semua pihak bersetuju soal perbalahan itu dipulangkan kpd pucuk pimpinan bagi menyelesaikannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
sewenang-wenang1 dgn sekehendak hati (membuat sesuatu): Ia bertindak ~ saja. 2 dgn kejam atau dgn zalim (melakukan sesuatu): Jangan menyeksa tawanan perang ~nya. 3 tidak dgn usul periksa lagi (melakukan sesuatu).Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas