Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.war.me.na.war] | تاور - مناور

Definisi : saling meminta dikurangkan harganya (sewanya, tuntutan, dll): dgn tiada bertangguh dan tiada ~ lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; kuasa ~ mereka lebih kuat lagi drpd seluruh kekuatan negara masing-masing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tawar-menawar

Puisi
 

Kalau datang kapal serati,
     Sungguh Jawa tawar-menawar;
Kalau datang si jantung hati,
     Racun diminum jadi penawar.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tawar IIbp = menawar; bidan ~ bidan yg diundang (ditempah) terlebih dahulu, lwn bidan terjun; adat dagang, tahan ~ barang dagangan sudah semestinya boleh dikurangkan harganya; bertawar-tawaran tawar-menawar; menawar 1. menyebut harga (sewa dll) yg berani dibayar, minta membeli (menyewa sesuatu): sehelai kain panjang perkalungan, sudah ditawarnya lapan rupiah; 2. meminta dikurangkan harga dll yg ditetapkan oleh penjual: Pak Dolah tidak ~ lagi, dia menge­luarkan duit dr dlm dompetnya dan mem­bayar; 3. menyebutkan berapa “kurangnya” drpd harga yg diletakkan oleh penjual dll: boleh ~ sedikit; tawar-menawar saling meminta dikurangkan harganya (sewanya, tuntutan, dll): dgn tiada bertangguh dan tiada ~ lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; kuasa ~ mereka lebih kuat lagi drpd seluruh kekuatan negara masing-masing; menawari ark mengunjuk seseorang supaya dibeli (disewa, dipakai, dll): seorang pemuda yg sedang duduk telah bangun dan ~ gadis itu tempat duduknya; menawarkan mengunjukkan (menge­mukakan dsb) sesuatu supaya dibeli (dipakai, diterima, dll), menyatakan kesediaan memberikan dsb sesuatu (spt pertolongan, khidmat, dll): se-orang anak Cina mendekati dan ~ barang-barang jajaannya; kemudian dia sendiri duduk dan dgn santun ~ rokok kpd tamu-tamunya; dlm hal ini Persatuan ~ khidmat pd peringkat permukaan;tawaran 1. harga yg dikemukakan oleh pem-beli (penyewa dll): ~ dipelawa bagi men­yewa gerai menjual minuman; 2. sesuatu yg ditawarkan: mendengar ~ gaji tinggi yg dibuat melalui surat khabar mereka pun datang melamar; dia menolak ~ orang tua itu utk dijodohkan dgn seorang pemuda; 3. sebut harga (upah) utk membuat sesuatu: ~ drpd pemborong utk membina bangunan itu akan diterima mulai 11 Januari;penawaran perihal menawar(kan): kedua-dua ~ dan penerimaan ini mestilah diucapkan dlm satu perjumpaan; sebarang bencana alam atau kegagalan tanaman akan menye-babkan ~ beras dunia semakin ber­kurangan; penawar orang yg menawar, pemohon, pelamar.Kamus Dewan Edisi Keempat
tawar-menawarsaling meminta dikurangkan harganya (sewanya, tuntutan, dll): dgn tiada bertangguh dan tiada ~ lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; kuasa ~ mereka lebih kuat lagi drpd seluruh kekuatan negara masing-masing;Kamus Dewan Edisi Keempat
berpayutawar-menawar (harga sesuatu);Kamus Dewan Edisi Keempat
bertawar-tawarantawar-menawar;Kamus Dewan Edisi Keempat
tolak (menolak) raiha) beri-memberi serta ambil-mengambil; b) tawar-menawar (berjual beli);Kamus Dewan Edisi Keempat
payuJw 1. harga atau nilaian (sesuatu); 2. laku (barang jualan), laris; berpayu tawar-menawar (harga sesuatu); memayukan menentukan harga sesuatu, menawarkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
raihtarik, lwn tolak (dorong, sorong); tolak (menolak) ~ a) beri-memberi serta ambil-mengambil; b) tawar-menawar (berjual beli); meraih 1. menarik kpd diri sendiri: Sufian diraihnya ke dadanya; ia ~ anak itu ke dlm rangkulannya; ~ dayung; 2. ki menarik (hati), memikat (orang dll); ~ hati menarik hati; 3. memborong utk menjual lagi (barang dagangan): kerjanya ~ ikan utk dibawa ke kampung-kampung; 4. memperoleh, men­dapat­kan, mengumpulkan: memang benar kata-kata Joyah isterinya, apalagi mahu diraih rezeki di sungai itu; dia hanya berjaya ~ pingat perak dlm acara 200 meter; ~ pekung ke dada prb sengaja mencari malu atau bencana; ~ pangkur ke dada prb insaf akan diri sendiri; malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb segala-galanya terserah kpd untung (nasib); peraih 1. pedagang yg membeli barang dgn jumlah yg banyak dan kemudian menjualnya, pemborong, orang tengah; 2. sampan utk ber­dagang (memborong barang-barang dan menjualnya); berjagal ~ Mn berjual beli barang dlm jumlah yg banyak, memborong.Kamus Dewan Edisi Keempat
bertangguh1. minta tempoh, minta di­­un­dur­kan waktu: wang bakinya ia ~; 2. berlam­bat-lambat, berlengah-lengah, ayal: dgn tiada ~ dan tiada tawar-menawar lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; 3. tidak mahu, enggan: dia ~ menemui orang tua itu; 4. menunggu hingga ke masa lain, menanti: ayahanda ~lah dahulu tiga puluh dua hari menghimpunkan rakyat tentera ayahanda;Kamus Dewan Edisi Keempat
tangguh Itangguh I pengunduran waktu (utk mengerja­kan sesuatu, membayar hutang, dll), penun­daan waktu; tenggang-~ batasan waktu; bertangguh 1. minta tempoh, minta di­­un­dur­kan waktu: wang bakinya ia ~; 2. berlam­bat-lambat, berlengah-lengah, ayal: dgn tiada ~ dan tiada tawar-menawar lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; 3. tidak mahu, enggan: dia ~ menemui orang tua itu; 4. menunggu hingga ke masa lain, menanti: ayahanda ~lah dahulu tiga puluh dua hari menghimpunkan rakyat tentera ayahanda; bertangguh-tangguh selalu bertangguh, ber­lengah-lengah: dia juga sedar, waktu maghrib akan berakhir jika dia ~; agaknya sudah menjadi tabiatnya suka ~ apabila disuruh membuat sesuatu kerja; menangguhkan, mempertangguhkan 1. mengundurkan (waktu), menunda waktu (sampai, hingga): Dewan itu mempunyai peraturan-peraturan yg tertentu, peraturan ~ mesyuarat dan peraturan meluluskan undang-undang; 2. sengaja melambat-lambatkan, melengah-lengahkan (waktu dll), menghulur-hulur (waktu): perkara itu telah terlalu lama ditangguhkan; tertangguh tertunda, terhalang, terhenti, terlambat; pertangguhan janji (utk mengundurkan waktu), ~ waktu bayaran; penangguhan perihal menangguhkan (wak­tu dll): setiausaha pertubuhan itu menya­ta­kan rasa dukacitanya di atas ~ mesyuarat itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
tawar I1 tidak ada rasa (bkn makanan, minuman dsb); tidak cukup manis, masin dsb; hambar: air teh ~. 2 tidak masin (bkn air): Air sungai itu ~ sampai ke laut. 3 tidak dpt menyembuhkan penyakit; tidak mujarab (bkn ubat dsb); sudah hilang kekuatannya (bkn bisa atau racun): Semua jampinya ~ belaka. ~ hati tidak ada kemahuan; tidak bersemangat. ~-mawar (hambar) tawar sekali; sangat tawar. menawar 1 menghilangkan atau menghapuskan bisa atau kekuatan sesuatu dgn jampi dsb: Air kelapa hijau pernah juga digunakan orang utk ~ racun. 2 menjampi dll supaya hilang bisanya dsb; mengubati dgn air dsb yg sudah dijampi: Air yg ditawar itu diminumnya. menawarkan menyebabkan menjadi tawar. ~ hati menyebabkan tawar hati. penawaran perihal, perbuatan dsb menawar atau menawarkan. penawar 1 ubat dll utk menghilangkan bisa, sakit dll. 2 jampi atau mantera utk menawar bisa dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas