Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tebasan 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tebas IIJw; menebas memborong hasil tanaman (buah-buahan, padi, dll) sebelum dipetik atau dituai: dia ~ padinya; menebaskan memborongkan hasil tanaman sebelum dipetik: semua buah-buahan disusun-nya sudah ditebaskan kpd tauke itu; tebasan 1. perihal menebas, pembelian hasil tanaman (sebelum dipetik); 2. hasil drpd menebas.Kamus Dewan Edisi Keempat
tebasan1. perihal menebas, pembelian hasil tanaman (sebelum dipetik); 2. hasil drpd menebas.Kamus Dewan Edisi Keempat
tebas Ibertebas sudah dipotong atau dirambah (pokok-pokok kecil): semak-semak itu sudah ~; menebas memotong atau merambah pokok-pokok kecil: ia disuruh ~ semak; ~ hutan menebang pokok-pokok dlm hutan, mem-buka hutan utk bercucuk tanam dll; ~ jalan merintis (membuat) jalan di hutan; ~ mene-bang = menebang ~ menebang segala pokok (besar kecil), membersihkan drpd pokok-pokok: setelah habis ~ menebang mereka menunggu utk membakar pula; menebaskan 1. sl membersihkan drpd pokok yg kecil-kecil: tebaskanlah segala semak ini; 2. menebas utk; 3. memarangkan, menetakkan: ia ~ pedangnya ke leher askar itu sehingga putus; tertebas dapat ditebas: aku yakin hutan itu akan ~; tebasan kawasan yg sudah ditebas, cerang, ladang: sebelum membakar ~ itu, ia melapor­­-kannya dahulu kpd polis;penebasan perihal (perbuatan, kerja dsb) menebas atau menebaskan: ~ semak di bela-kang rumahnya itu masih belum selesai walaupun upahnya sudah lama dibayar.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas