kejur | keras dan kaku (bkn mayat, tubuh dll); tegak dan keras (rambut). terkejur terlunjur dlm keadaan yg kejang (spt mayat yg terbaring). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kejur | keras dan kaku (bkn mayat, tubuh dll); tegak dan keras (rambut). terkejur terlunjur dlm keadaan yg kejang (spt mayat yg terbaring). | Kamus Pelajar |
kejur I | keras kaku, kejang (tubuh), tegak dan keras (rambut); terkejur terlunjur dlm keadaan kejang atau kaku (spt mayat yg terbaring): Pinang Peribut pun balik ke hujung balai ~ tiga hari tiga malam tidak bangun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membina | 1 membuat sesuatu bangunan, spt rumah supaya tegak berdiri: Siapakah yg ~ masjid yg seindah ini? 2 mengusahakan supaya maju dan lebih baik; membaiki: Kita mesti bekerja keras utk menyusun dan ~ suatu masyarakat yg adil dan makmur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bina | ; membina 1 membuat sesuatu bangunan, spt rumah supaya tegak berdiri: Siapakah yg ~ masjid yg seindah ini? 2 mengusahakan supaya maju dan lebih baik; membaiki: Kita mesti bekerja keras utk menyusun dan ~ suatu masyarakat yg adil dan makmur. binaan sesuatu yg dibina; hasil drpd membina: Taj Mahal merupakan ~ yg terindah di dunia. pembinaan perbuatan atau hal membina; pembangunan: ~ masjid itu memakan masa lebih kurang dua tahun. pembina orang yg membina; pembangun: Siapakah ~ bangunan Taj Mahal yg masyhur itu? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membina | 1. membuat sesuatu bangunan spt rumah dsb supaya tegak berdiri: Siapakah yg ~ masjid yg seindah ini? 2. mengusahakan supaya maju dan lebih baik; membaiki: Kita mesti bekerja keras utk menyusun dan ~ suatu masyarakat yg adil dan makmur. | Kamus Pelajar |
bina | membina 1. membuat sesuatu bangunan spt rumah dsb supaya tegak berdiri: Siapakah yg ~ masjid yg seindah ini? 2. mengusahakan supaya maju dan lebih baik; membaiki: Kita mesti bekerja keras utk menyusun dan ~ suatu masyarakat yg adil dan makmur. binaan sesuatu yg dibina; hasil drpd membina: Taj Mahal merupakan ~ yg terindah di dunia. pembinaan perbuatan atau hal membina; pembangunan: ~ masjid itu memakan masa lebih kurang dua tahun. pembina orang yg membina; pembangun: Siapakah ~ bangunan Taj Mahal yg masyhur itu? | Kamus Pelajar |
tanduk I | 1. dua benda keras yg tumbuh di kepala binatang (spt kerbau, lembu, dll), sj cula: ~ lembu; ~ rusa; 2. drpd bahan tanduk (alat perkakas dll): sikat ~; 3. sesuatu yg berbentuk (berupa) tanduk: pisang ~; ~ badur = ~ koyok tanduk yg melengkung ke bawah; ~ cakah = ~ empang tanduk yg lurus mendatar; ~ capah tanduk lurus yg tumbuh mengangkang; ~ julang = ~ tegak tanduk yg lurus tegak tumbuhnya; ~ kangkum tanduk yg melengkung; ~ ragum tanduk yg pendek dan hujungnya hampir bertemu; ~ tendang tanduk yg satu tumbuh ke atas dan satu lagi melengkung ke bawah; ~ di kepala tak dapat digelengkan prb seseorang itu tidak dapat melepaskan diri drpd kewajiban sendiri; bagai ~ bersendi gading prb jodoh yg tidak sepadan; bagai ~ diberkas prb amat sukar menyatukan (orang yg berlainan fikiran dll); bagai kerbau runcing ~ = runcing ~ prb orang yg terkenal jahatnya sehingga jikalau orang lain yg membuat kejahatan orang menyangka dia juga; menghendaki (menghendakkan) ~ kuda = minta ~ kpd kuda prb menghendaki sesuatu yg tidak akan dapat; sedepa ~ yg datang, sejengkal ~ yg menanti, payah juga yg datang prb Mn perihal kesukaran berdagang ke negeri orang (tidak seberani anak negeri sendiri); tak (dapat) ~ telinga dipulas prb sanggup melakukan apa sahaja asal dapat membalas dendam; bertanduk mempunyai tanduk, ada tanduknya; (menantikan) kucing ~ prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin;menanduk 1. menyondol dgn tanduk (kerbau, lembu, dll); 2. menyondol sesuatu dgn kepalanya, memukul dgn kepala: pemain itu sedang ~ bola. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggang I | terbalik (kepala ke bawah dan kaki ke atas), terjungkir, tertelungkup, tertonggeng; ~-langgang = ~-tenggang a) berlari pontang-panting (lintang-pukang); b) = ~ balik jungkir balik, berguling-guling; ~-tunggit = ~-tonggek a) tidak rata (permukaan jalan dll), lekuk-lekak, berjendul-jendul; b) bergerak turun naik (orang berjalan); c) terumbang-ambing (perahu dimainkan gelombang dll); d) menundukkan kepala dan kemudian menegakkannya semula (spt orang sembahyang), tunduk dan tegak semula; ~ buyung pergerakan dlm gimnastik apabila belakang tengkuk berada di lantai, gulingan depan; kuat ~ kuat minum (minuman keras); bersetunggang berputar balik (kepala ke bawah kaki ke atas), berjungkir: tidur ~ kaki ke atas; ~ balik berputar-putar (kepala ke bawah kaki ke atas), berjungkir balik; menunggangkan 1. membalikkan (cawan, botol, dll) supaya tumpah isinya, menunggitkan supaya tumpah, menuangkan, menumpahkan: ia ~ air yg di dlm baldi itu ke dlm tempayan; 2. = mempertunggang, mempertunggangkan menjadikan bersetunggang, membalikkan (kepala ke bawah kaki ke atas), menjungkirkan: di situ diusahakannya mempertunggang supaya air keluar dr hidung dan mulutnya; budak itu ditung-gangkan ke atas asap sabut kering itu; tertunggang 1. terbalik (yg di bawah ke atas dan yg di atas ke bawah), terjungkir; 2. tertumpah atau tercurah (sesuatu dr bekasnya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bulu I | 1. rambut halus pd tubuh manusia dan binatang: ~ betis; ~ kucing; 2. rambut yg berkarang-karang (melekat-lekat) pd burung dll: ~ burung; 3. miang pd tumbuhan-tumbuhan (daun dll); ~ ayam a) bulu pd tubuh ayam; b) penyapu drpd bulu ayam (utk menyapu habuk); c) sj layar; d) sj jahitan; ~ babi a) bulu pd tubuh babi; b) sj teripang yg kulitnya berduri-duri, Echinus spp.; ~ balik bulu yg terbalik (pd ayam); ~ biri-biri bulu biri-biri utk dibuat kain dll; ~ kapas bulu yg halus-halus; ~ keluli besi yg halus-halus dan panjang; ~ kening alis; ~ keras (kasar) bulu pd binatang lunak yg digunakan utk berjalan; ~ kuduk a) bulu pd tengkuk; b) surai (pd kuda, singa); ~ lai daun bulu pd daun; ~ mata bulu pd tepi mata; ~ pahat bulu yg sangat halus pd burung; ~ peka bulu yg lekas merasai sesuatu (pd tumbuhan); ~ roma bulu yg halus pd tubuh manusia; ~ tangkis bola tangkis, badminton; ~ tengkuk bulu kuduk; berganti (bertukar) ~ ki berganti pendirian (sikap dll); memilih (memandang) ~ ki melihat kedudukan (keturunan) orang; memperlihatkan (menunjukkan) ~ ki memperlihatkan tabiat (maksud dll) yg sebenarnya; berdiri (meremang, tegak) ~ tengkuknya (kuduknya) ki berasa ngeri (seram); carik-carik ~ ayam, lama-lama bercantum pula prb orang yg bersaudara (sekaum) itu tidak akan bercerai kerana perselisihan; isi lemak dapat ke orang, tulang ~ pulang ke kita prb yg baik-baik dapat oleh orang, yg tidak berharga bagi kita; terlayang-layang bagai ~ sehelai prb ringan pd pandangan orang kerana hina (anak yatim atau orang dagang);sebulu 1. mempunyai bulu yg sama (serupa); 2. ki sehaluan, sepakat, setuju: ia tidak ~ dgn abangnya;kesebuluan perihal sebulu (sehaluan, setuju, dll): Sunarto bertanya dgn suaranya menampakkan tidak ~nya terhadap Abd. Fakar;berbulu mempunyai bulu; ~ hati tidak baik hati, dengki; ~ mata melihat benci (tidak suka) melihat; kepala sama ~, pendapat berlain-lain prb lain orang lain fikirannya; tiada ~ lagi prb tiada mempunyai apa-apa lagi (sudah miskin sekali). | Kamus Dewan Edisi Keempat |