sapa | 1. tegur: “Duduklah nona,” ~nya lembut; 2. ramah: raja itu murah sekali serta dgn tegur ~nya kpd rakyatnya; bersapa keteguran (oleh hantu dll); bersapaan, bersapa-sapaan saling bertegur (bercakap-cakap), tegur-menegur; menyapa mengajak bercakap-cakap, menegur: seorang pun tidak ~ atau mengendah-kan dia; sapa-menyapa saling menyapa atau bertegur sapa, bersapa-sapaan: banyak teman mulai ~; mereka sudah lama tidak ~; tersapa 1. ark ditegur, diajak bercakap-cakap; 2. disapa, keteguran (oleh hantu, orang halus, dll); sapaan teguran, ajakan utk bercakap-cakap: tiba-tiba terdengar ~ di dapur rumah; ~ salam ucapan salam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegur; ~ sapa | 1 kata-kata utk menegur. | Kamus Pelajar |
tegur; ~ sapa | 1 =~ sapa mengajak orang lain berbual-bual atau bercakap-cakap; menyapa: Saya tidak tahu akan sebabnya yg dia tidak mahu ~ saya. | Kamus Pelajar |
tegur | 1. = ~ sapa kata-kata yg diucapkan utk menyapa (mengajak berbual-bual, beramah tamah, dll): terlalu baik budi bahasanya lagi dgn ~ sapanya; 2. = ~ ajar kritikan, nasihat, petunjuk, tunjuk ajar: barang ~ ajar mereka itu tidak dilalui baginda; bertegur = ~ sapa = berteguran saling menyapa, sapa-menyapa, berbual-bual: dua hari kami tidak ~; dia bangun dr kerusinya dan ~ sapa dgn teman-temannya; berteguran dahulu maka berkenalan, mendaki dahulu maka tahu lelah prb setelah dialami barulah diinsafi; menegur 1. = ~ sapa mengajak berbual-bual (bercakap-cakap, bertanya, dll), menyapa: maka Nenek Kebayan pun segeralah ~ tuanku Malim Deman; 2. mencela, mencerca, mengkritik: tidaklah pula menjadi salah kpd seseorang pengarang yg ~ langkah-langkah kerajaan dgn secara patut dan sederhana; 3. = menegurkan memberi nasihat, memper-ingatkan, menasihatkan, mengingatkan, menunjuk ajar: saudara hambalah akan kapit hamba dan bapa hamba akan ~ mengajar hamba orang muda bebal; 4. mengganggu (bkn syaitan, hantu, dll), merasuk: sakit ditegur hantu; meneguri menegur (seseorang), menyapa (seseorang); menegur-neguri Mn memeriksa orang sakit dgn menggunakan kunyit dll (utk mengetahui sebab-sebab penyakit); teguran 1. hasil perbuatan menegur, sapa; 2. celaan, ajaran, cerca, kritikan, petunjuk: rencana itu patut dianggap sbg ~ yg membina utk kebaikan gerakan kerjasama di seluruh negeri amnya; 3. amaran, peringatan; keteguran 1. = ~ hantu sakit kerana diganggu hantu, kerasukan (hati dll); 2. ark termenung-menung kerana bingung dll, terkasima. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teledor | (telédor) 1. tidak menjalankan tanggungjawab, lalai, lengah, malas-malas: ampuni cucumu ini jika dia salah, tegur jika dia ~; 2. tidak berapa tekun bekerja (belajar dll), agak mundur (dlm pelajaran): tolong nasihati budak ini jika dia ~ dlm pelajarannya; 3. suka berlengah-lengah atau bertangguh-tangguh (membayar hutang dll); 4. ark bodoh, bengal, degil (makian);meneledorkan tidak mempedulikan kewajib-an dll, mengalpakan, melalaikan, mencuaikan; keteledoran perihal teledor, kealpaan (dlm pekerjaan, kewajiban, dll), kecuaian, kelalaian, kelengahan: tidaklah dia sunyi drpd kesalahan, ~, kesilapan dan kegagalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegur | , = ~ sapa kata-kata yg diucapkan utk menyapa (mengajak berbual dsb): Orangnya lemah lembut dan baik ~ sapanya. menegur 1 = ~ sapa mengajak orang lain berbual-bual atau bercakap-cakap; menyapa: Saya tidak tahu akan sebabnya dia tidak mahu ~ saya. 2 memberikan nasihat; menasihati: Sesudah ditegur oleh ibu dan bapanya, barulah dia rajin belajar. teguran 1 kata-kata utk menegur. 2 amaran; peringatan; nasihat. keteguran jatuh sakit kerana kononnya diganggu oleh hantu; tersampuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cedera I | 1. cacat, cela (sedikit): tuan hamba, tegur oleh tuan hamba jika ~nya pakaian hamba ini; 2. luka (patah tulang dsb): tiga orang telah ~ dlm kemalangan itu; 3. menderita, merana, celaka, rugi: kena ~ Mn a) didatangi musuh dgn tiba-tiba, digeledah dgn tiba-tiba; b) dianiayai (dicelakakan) orang; c) menderita kerana pekerjaan berat dll; mencedera Mn mendatangi (menggeledah) dgn tiba-tiba; mencederakan menyebabkan cedera (luka, patah tulang, dsb): mereka telah ~ beberapa orang musuh; tercedera 1. mendapat cedera (luka, patah, dsb): ayah Hilmi ~ dlm satu serangan; 2. Mn merana; kecederaan keadaan cedera (luka, patah tulang, dsb): bermain-main semasa bekerja kerap kali menyebabkan orang lain mendapat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cumbu | 1. kata-kata manis yg dituturkan (sewaktu memujuk, berkasih-kasihan, dll), pujukan: tegur sapa dan bujuk ~ sekarang ini dilakukannya pula kpd isteri mudanya; 2. senda gurau, lawak jenaka, kelakar: ~ pelawak; bercumbu-cumbu, bercumbu-cumbuan 1. = bercumbuan saling berbalas kata-kata manis, pujuk-memujuk (sewaktu berkasih-kasihan dll), bercengkerama: ia berjumpa dgn sepasang merpati yg sedang asyik ~; 2. berjenaka, berkelakar, bersenda gurau: orang masih ~ juga di dekat puadai, terutama anak-anak gadis; mencumbu mengeluarkan kata-kata manis (sewaktu berkasih-kasihan dll), membujuk: Amiruddin ~ mesra, tangannya menyapu rambut Hawa; mencumbui mengeluarkan kata-kata manis (sewaktu berkasih-kasihan dll) kpd: Hitam ~ Mazni dgn hiburan-hiburan yg menggelikan hati Mazni; cumbuan 1. ucapan-ucapan manis, bujukan, pujukan: suami harus selalu memikat hati isteri dgn kata-kata merdu, dgn ~ atau ciuman-ciuman mesra; 2. senda gurau, kelakar; percumbuan perihal (perbuatan) bercumbu-cumbu(an). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senyum | 1. gerak bibir yg ternaik pd hujungnya yg membayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dsb) tanpa mengeluarkan suara: perempuan muda itu kelihatan memberikan ~ manisnya kpd laki-laki itu; 2. menggerakkan bibir hingga ternaik sedikit hujungnya bagi mem-bayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dsb) tanpa mengeluarkan suara: “~, ~,” kata ayah sebelum memetik kamera; ~(-senyum) kambing senyum yg dibuat-buat utk mengejek; ~ kanyur senyum yg dibuat-buat (ketika marah); ~ kucing Kl senyum yg mengandungi sesuatu muslihat; ~ manis senyum yg menarik sekali (menampakkan kejelitaan seseorang); ~ mesra a) senyum yg menunjukkan rasa mesra; b) sj kuih drpd tepung yg dicampur dgn berbagai-bagai ramuan; ~ raja senyum yg dibuat-buat (tidak mengan-dungi apa-apa makna); ~ serong-serong bahasa senyum sedikit sahaja; ~ simpul senyum yg menandakan gembira (geli hati, dll); ~ sinis senyum yg dibuat-buat kerana mengejek (me-nyindir); ~ sumbing senyum sedikit sahaja; ~ tawar senyum yg dibuat-buat ketika berduka-cita (dlm kecewa dll); senyum-menyenyum saling tersenyum: sudah luput segala tunduk-menunduk, ~ serta tegur-menegur; menyenyumi melahirkan senyuman kpd: dia ~ si pelacur tua secara sinis; tersenyum melahirkan senyum: Wan Intan ~ berkulum melihat temasya yg berlaku di hadapannya itu; tersenyum-senyum mengeluarkan senyum yg berulang-ulang dan agak berpanjangan, tersenyum berulang-ulang atau dgn agak ber-panjangan: beberapa orang mahasiswa ke-lihatan ~ memandang gelagat kami; dia ~ mendengar segala janjiku itu; senyuman hasil tersenyum: ~nya menyejuk-kan hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nasihat | ajaran, petunjuk yg baik, peringatan: tidak mahu mendengar ~ orang tua-tua; menasihati 1. memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kpd: ia sentiasa ~ anak-anaknya supaya tidak meninggalkan sembahyang; 2. mengesyorkan kpd, menganjurkan kpd, mengusulkan kpd: doktor ~nya supaya berhenti menghisap rokok dan meminum minuman keras;nasihat-menasihati saling memberi nasihat: ternyata Islam memelihara kebebasan berpendapat melalui konsep ~ sesama Muslim; tegur-menegur dan ~ adalah antara unsur pendidikan yg berkesan; menasihatkan memberikan sesuatu sbg nasihat atau sbg tunjuk ajar;penasihat orang yg memberi nasihat (tunjuk ajar dll); ~ ekonomi penasihat tentang pelbagai hal yg berkaitan dgn soal ekonomi; ~ kerjaya pe-nasihat tentang kerjaya; ~ pelaburan orang atau pihak yg memberikan nasihat profesional tentang hal-hal pelaburan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |