terperinci | telah diperincikan; telah dihuraikan sepenuhnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tertawan | 1 sudah atau telah ditawan (bkn musuh dll); tertangkap: Puteri Raja Pahang yg bernama Puteri Wanang Sari itu telah turut ~. 2 telah dpt dirampas atau ditakluk: Melaka telah ~ oleh Feringgi dlm tahun 1511. 3 ki terpikat; tertambat: Hatinya sudah ~ oleh senyuman gadis itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sudah | 1 telah siap sedia; selesai; habis; tamat: Setelah ~ makan, mereka pun makan sirih sekapur seorang. 2 telah berlalu tempohnya; telah berlaku: Perkara yg ~ janganlah dikenang. 3 memang begitu keadaannya dll; sememang begitu: Kalau ~ nasib, apa yg hendak dikatakan. 4 = sudahlah cukuplah; berhentilah; padalah: ~, jangan menangis lagi. sudahnya, sudah-sudahnya akhirnya; kemudiannya: Sekalian yg hidup akan mati juga ~. sesudah setelah sudah melakukan sesuatu dll; sehabis: ~ bersembahyang, kami pun berwirid dan berdoa. menyudahi memberikan penutup kpd sesuatu (spt rundingan, ucapan dsb); mengakhiri: Beliau ~ ucapannya dgn serangkap pantun. menyudahkan membuat jadi sudah; menghabiskan; menyiapkan; menamatkan: Tunggu sebentar, saya hendak ~ kerja ini dahulu. kesudahan apa-apa yg berlaku sesudah sesuatu; penghabisan; akhir: Bagaimana ~ cerita itu? Mula-mula mereka bergurau-gurau, ~nya mereka berkelahi. penyudah apa-apa yg terakhir; penghabisan: Itulah kali ~ dia datang ke mari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
talkin | doa yg dibaca di kubur utk orang yg telah meninggal dunia setelah kuburnya ditimbus. bertalkin membaca talkin. mentalkinkan membaca talkin utk orang yg telah meninggal dan baru dikebumikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nama | 1 panggilan atau sebutan bagi orang, barang, tempat dll: ~ kakak saya Salmah. Apa ~ benda yg kaupegang itu? 2 maruah; kemasyhuran: ~nya telah rosak telah hilang maruahnya. ~ baik kehormatan; maruah. ~ batang tubuh nama diri yg sebenarnya (bukan nama samaran dll). ~ cembung (timangan) nama yg digunakan bagi diri seseorang utk menyatakan kekariban (sayang atau manja). ~ log masuk ist nama unik yg diberikan bagi setiap akaun komputer utk mengenali seseorang pengguna komputer semasa memulakan penggunaan sistem atau rangkaian komputer. ~ pena nama yg bukan nama sebenarnya yg digunakan oleh penulis (penyajak dsb) pd karyanya. ~ samaran nama utk menyembunyikan nama sebenar. bernama 1 mempunyai atau memakai nama: Akulah yg ~ Taming Sari. 2 mendapat nama; terkenal; masyhur: Baginda telah memanggil seluruh tabib yg ~ utk mengubati puterinya. menamai memberikan nama kpd; membubuh nama pd; menggelar seseorang: Dia ~ anaknya Adli. menamakan 1 memberikan sesuatu gelaran sbg nama; menjadikan sesuatu sbg nama: Dia ~ Adli kpd anaknya. Orang Melayu telah ~ tir bagi buah catur yg berbentuk spt kota. 2 mencalonkan seseorang (utk bertanding dlm pilihan raya dll); mencadangkan atau memberikan nama seseorang sbg wakil (calon dsb): Mereka ~ beberapa orang calon dlm pemilihan itu. ternama dikenali ramai; termasyhur; terkenal: Picasso ialah pelukis yg ~. kenamaan 1 dihormati dan disegani (kerana kepintaran, kepandaian dsb): ahli bahasa yg ~. 2 berpangkat tinggi; besar (bkn orang, pegawai dll): Mereka itu anak orang-orang besar dan ~. penamaan perbuatan (hal dsb) menamai atau menamakan. penama 1 orang yg membubuh nama atau yg mencalonkan; pencadang. 2 orang yg dinamakan sbg waris (pemegang kuasa dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terperinci | telah diperincikan atau telah dihuraikan sepenuh-penuhnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
takluk | 1 tunduk kpd sesuatu pemerintah, kuasa dll; mengaku taat: Telah kedengaran kpd Benua Siam bahawa Melaka tiada ~ kpdnya. 2 (kawasan, negara) yg telah ditundukkan; jajahan: negara ~ kerajaan Siam. menakluk menyerang dan mengalahkan; menundukkan: Askar-askar itu kemudian telah berjaya pula ~ beberapa buah negeri lain. tertakluk 1 telah dikalahkan dan dikuasai: Istanbul telah ~ oleh Turki sejak tahun 1453. 2 bergantung pd: Semua rancangan itu ~ pd pindaan. 3 wajib patuh atau wajib taat pd: Semua rakyat ~ pd undang-undang negara. taklukan orang atau sesuatu yg telah ditakluk. penaklukan hal (perbuatan dll) menakluk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
silam | 1 telah berlalu atau telah lampau waktunya: sepuluh tahun yg ~. 2 redup atau muram keadaannya: Hari pun ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tersebut | pernah disebut; telah disebut: Surat ~ telah saya terima. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mayat | tubuh badan orang yg telah mati: ~nya telah dijumpai tergantung pd pokok getah. ~ hidup orang yg terlibat dgn teruk dlm penagihan dadah sehingga badannya menjadi kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kpd keluarga dan masyarakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |