Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : telur yg tidak dapat menetas dan menjadi busuk (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
telur (kata nama)
Kata Terbitan : menelurkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tembelang1. = telur ~ telur yg tidak dapat menetas dan menjadi busuk, telur bungkus, telur kemungkus; 2. ki keburukan (yg disem­bunyikan), kejahatan: mereka berjaya men­dedahkan ~ pihak musuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
telur tembelangtelur yg tidak dapat menetas dan menjadi busuk, telur bungkus, telur kemungkus;Kamus Dewan Edisi Keempat
telur bungkustelur yg tidak dapat menetas dan menjadi busukKamus Dewan Edisi Keempat
telur Ibenda yg mengandungi lembaga anak (bkn beberapa jenis binatang spt unggas, serang­ga, ikan, reptilia, dll) yg umumnya bersalutkan kulit yg keras: ~ ayam; ~ ikan; ~ katak;~ asin = ~ masin telur ayam (itik) yg diasin-kan; ~ belangkas sj kuih; ~ bungkus = ~ kemungkus = ~ tembelang telur yg tidak dapat menetas dan menjadi busuk; ~ busuk = ~ selasih sebarang telur yg busuk; ~ cacak = ~ joran = ~ merah bunga telur (dlm majlis perkahwinan); ~ dadar telur (ayam dll) yg diaduk lalu digoreng; ~ gabus a) telur ikan gabus; b) sj penganan yg dibuat drpd tepung beras (terigu) dan rupanya spt telur ikan gabus; ~ kubis (kol) bakal bunga yg ada dlm kubis; ~ kemeruk = ~ kemuruk = ~ sembohok telur yg menjadi busuk setelah lembaganya terjadi; ~ mata sapi = ~ mata lembu telur ayam yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan merahnya); ~ rebus telur yg direbus sehingga keras isinya; ~ separuh masak telur yg dimasak dgn cara merendamnya dlm air mendidih selama lebih kurang 7 minit (supaya tidak masak keras spt telur rebus); ~ terubuk telur ikan terubuk; masih dlm ~ a) masih dlm kandungan ibu; b) belum wujud lagi (masih dlm rancangan dll);ibarat ~ sesangkak, pecah satu pecah semua­nya = spt ~ dua sebandung, pecah satu pecah keduanya prb orang yg semuafakat itu sama hidup sama mati dan tidak berubah setianya; spt ~ di hujung tanduk prb orang yg dlm keadaan yg amat sulit (salah sedikit dapat bahaya); bertelur, menelur ark 1. mengeluarkan telur: sungguhpun katak hidup di darat, tetapi biasanya ia kembali ke air utk menga­wan dan ~; 2. bp buang air besar, berak; 3. ki meng­­­gugurkan bom (dr kapal terbang), menge­­­bom; 4. ki mendatangkan hasil (keuntungan); menelurkan 1. mengeluarkan telur, ber­telur; 2. ki bp menerbitkan, menciptakan, meng-hasilkan, mewujudkan: percubaannya itu tidak ~ hasil; perbincangan antara menteri-menteri luar tiga kuasa besar mungkin akan ~ suatu sidang kemuncak; 3. menggugurkan (menjatuhkan) bom, mengebom.Kamus Dewan Edisi Keempat
sarung I1. salut (tempat menyimpan keris, pedang, dll) yg dibuat drpd kayu dll: pedang yg sudah terhunus drpd ~nya; 2. sampul (bantal, surat, dll), bungkus; 3. = kain ~ kain yg hujung pangkalnya dijahit bersambung; ~ akar tisu yg menyalut hujung akar (supaya tidak rosak, patah, dll); ~ bantal kain pembungkus bantal (supaya bantal tidak kotor dll); ~ bidal = ~ jari sarung jari yg diperbuat drpd logam (utk orang menjahit), jidal, didal; ~ kepompong lapisan yg menyaluti telur (kepompong) serangga; ~ keris sarung tempat menyimpan keris; ~ surat sampul surat; ~ tangan kaus tangan; seberapa panjang ~, begitulah panjang matanya prb perangai (perkataan) yg baik atau jahat menunjukkan sedikit atau banyaknya ilmu seseorang; bersarung memakai sarung: dia bertopeng dan ~ tangan; bersarungkan menggunakan sesuatu sbg sarung: ia mengambil goloknya yg berhulu-kan buluh dan ~ upih itu; menyarung 1. memberi bersarung: ~ keris; 2. memakai atau mengenakan (pakaian dll): dia terus ~ pakaian; menyarungkan 1. memasukkan ke dlm sarung: kemudian Panglima Hitam pun ~ kerisnya kembali; 2. mengenakan atau me-masukkan (pakaian, cincin, dll): dia terpaksa menahan nafas ketika ~ baju sutera halus tanpa tangan itu; ~ baju di badan maka sesuai prb mengukur perbuatan orang dgn keadaan diri sendiri; tersarung 1. terletak dlm sarung (keris, pedang, dll), dlm keadaan bersarung; 2. terlekat atau terpakai (pakaian dll): cincin pertunangan ~ di jarinya; penyarung sl orang yg membuat sarung: maka oleh segala perawangan itu di­bawa-nya keris itu kpd segala ~ disuruh sarungkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kertas I1. sj bahan dlm bentuk helaian nipis yg dibuat drpd kayu dll yg padanya sesuatu ditulis, dicetak, dilukis, dll; 2. sl kad (utk berjudi); ~ akhbar kertas yg kasar dan berkualiti rendah, biasanya digunakan utk mencetak akhbar; ~ bunga sj kertas nipis dlm pelbagai warna yg permukaannya berkedut-kedut, biasanya digunakan utk membuat bunga dsb; ~ bungkus = ~ pembungkus; ~ dinding kertas (bercorak atau bergambar) yg dilekatkan pd dinding (utk menghiasi bilik dll); ~ emas kertas yg berwarna emas dlm kotak pembung­kus rokok dll; ~ embun (kembang, lap, pedap, penetap, sap, tekap) kertas utk mengeringkan tulisan dakwat; ~ empelas (kaca, pasir) kertas berlapis serbuk kaca atau pasir utk menggosok (melicinkan) kayu dll; ~ graf kertas yg bergaris berpetak-petak empat segi (digunakan utk melukis graf atau rajah); ~ jeluang kertas drpd kulit kayu; ~ karbon kertas nipis yg sebelah permukaannya disaluti bahan karbon dan digunakan utk membuat salinan tulisan atau taipan; ~ kerja makalah bertulis yg mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan-cadangan tertentu (dibentangkan utk perbahasan); ~ khabar ark surat khabar; ~ krep kertas bunga; ~ kulit kulit yg ditulisi; ~ lilin sj kertas yg dilapisi selaput lilin supaya kalis air, biasanya digunakan utk membungkus makanan; ~ litmus kertas yg digunakan utk menguji asid atau alkali; ~ lukis kertas utk dilukis; ~ minyak = ~ telur kertas yg nipis licin (tidak mudah diresap oleh air atau minyak; ~ pembungkus kertas yg diguna­kan utk membungkus barang; ~ pendua kertas utk dihasilkan beberapa banyak salinan sesuatu yg telah ditaip pd stensil; ~ peperiksaan a) kertas yg mengandungi soalan sesuatu mata pelajaran; b) kertas jawaban oleh calon pepe­riksaan dlm mata pelajaran tertentu; ~ positif kertas gambar foto; ~ putih naskhah (dike­luarkan oleh kerajaan) yg mengandungi maklumat (laporan dsb) bkn perkara tertentu (biasanya yg ada hubungannya dgn kepen­tingan orang ramai); ~ rokok kertas utk meng­gulung rokok; ~ saring = ~ turas kertas tapisan (utk menapis barang cair); ~ surih kertas yg nipis, licin, dan hening (digunakan utk menyalin peta dll); ~ taip kertas utk ditaip sesuatu padanya; ~ tisu kertas lembut dan nipis yg digunakan utk mengelap muka dll; ~ tulis kertas surat (kertas kosong utk ditulisi); ~ undi kertas yg disediakan utk seseorang me­ngundi dlm sesuatu pemilihan (pilihan raya dsb); bunga ~ a) bunga yg dibuat drpd kertas (utk perhiasan); b) sj pohon bunga; ibarat dakwat dgn ~, bila boleh renggang terlepas prb sangat sesuai (berkasih-kasihan) antara satu sama lain; mengertas; kertas-~ ark perca (cabikan, sobek-sobekan) kertas, berbagai-bagai kertas (yg tidak ada gunanya lagi).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas