Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
telur (kata nama)
Kata Terbitan : menelurkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
butir I1. biji yg kecil-kecil: ~ padi; ~ beras; 2. benda yg kecil-kecil (spt intan dll); 3. penjodoh bilangan utk barang-barang kecil yg bulat: se~ telur; dua ~ peluru; 4. bahagian kecil-kecil drpd sesuatu (benda, perkara, dll): dia spt mata-mata gelap yg hendak mengetahui ~-~ keterangan tentang diri seseorang; ~ debit (Eko) perkara yg ditulis dlm ruang kiri kira-kira perniagaan; ~ kredit (Eko) perkara yg ditulis dlm ruang kanan kira-kira perniagaan; ~ tanah bongkah tanah yg kecil-kecil; berbutir berbentuk atau berupa butir (biji kecil-kecil): taburkan racun ~ itu sama rata ke atas pokok atau di sekeliling pangkal pokok; tiada ~ Kl tidak terang;berbutir-butir 1. berupa atau berbentuk banyak butir: sagu rendang yg ~; 2. beberapa banyak butir: dia memberikan ~ emas itu kpd orang lain;membutirkan 1. menyatakan dgn butir-butir, menceritakan dgn teliti: Encik Ramli ~ sebiji-sebiji pendapatnya; 2. ki menghasilkan: empat pemain wanita turut dipilih dgn harapan dapat ~ satu lagi pingat utk negara; ujian itu ~ pulangan yg agak lumayan;butiran huraian atau keterangan lengkap tentang sesuatu dgn menyatakan hal yg kecil, perincian: setiap aduan perlulah ada ~ fakta utk memudahkan kerja penyiasatan itu; mereka memberikan pelbagai ~ selain tayangan video tentangan perancangan projek berkenaan;pembutiran perihal memberi (menyebut) segala butir (tentang sesuatu keterangan).Kamus Dewan Edisi Keempat
butir1 benda yg kecil-kecil spt padi: ~ intan; ~ padi. 2 penjodoh bilangan utk benda yg kecil-kecil atau bulat: tiga ~ telur. 3 ki hal atau perkara yg kecil-kecil ttg sesuatu: Kami memerlukan ~-~ keterangan yg lebih lanjut ttg diri tuan. berbutir berbentuk atau berupa biji-biji kecil: Taburkan baja ~ itu di keliling pangkal pokok. berbutir-butir berbentuk atau berupa butir yg banyak: Sagu yg ~ itu dimakan dgn enak sekali. butiran huraian atau keterangan lengkap ttg sesuatu dgn menyatakan hal-hal yg kecil; perincian: Mereka memberikan pelbagai ~ ttg projek tsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
butir1 benda yg kecil-kecil spt padi dll: ~ intan; ~ padi. 2 penjodoh bilangan utk benda yg kecil-kecil atau bulat: tiga ~ telur. 3 ki hal atau perkara yg kecil-kecil ttg sesuatu: Kami memerlukan ~-~ keterangan yg lebih lanjut ttg diri tuan.Kamus Pelajar
kulit I1. tisu nipis yg membaluti tubuh (manusia atau binatang): ~nya hitam manis; binatang ini tidak mudah dilukai senjata tajam kerana tebal ~nya; bersalin ~ bertukar kulit (bkn ular dll); penyakit ~ penyakit pd kulit (spt kudis, kusta, dll); 2. bahagian luar yg membaluti isi buah (batang pokok, isi telur, dll): ~ bawang; ~ nangka; ~ kayu; 3. pembalut tubuh binatang yg telah ditanggalkan dan dikeringkan (utk dibuat beg, kasut, dll): kasut ini dibuat drpd ~ buaya; beg ~ beg yg dibuat drpd kulit binatang; 4. bahagian di sebelah luar buku dll (biasanya lebih tebal drpd kertas halamannya): gambar seorang bintang filem menghiasi ~ majalah itu; ~ keras kulit (buku) yg dibuat drpd kadbod atau kertas yg tebal; ~ lembut kulit (buku) yg dibuat drpd kertas yg tidak tebal dan tidak keras; 5. yg nampak dr luar, garis-garis kasar, butir-butir yg tidak mendalam: adat istiadat Belanda diajarkan juga, tetapi hanya ~nya, tiada mendalam; terjemahan ~ terjemahan erti perkataan-perkataannya (tidak berdasar­kan maksudnya); ~ adam bahagian pangkal kuku yg berwarna putih dan berbentuk bulan sabit (bunga kuku); ~ ari a) kulit atau selaput nipis (yg membaluti beras, isi kelapa, dll); b) kulit luar; ~ basah kulit binatang yg belum dikeringkan; ~ berwarna = ~ hitam (orang atau bangsa) yg bukan berkulit putih spt orang Eropah; ~ buatan (imitasi, tiruan) barang buatan yg nipis yg menyerupai kulit; ~ bumi lapisan sebelah luar bumi yg terdiri drpd batu habluran dll; ~ daging saudara-mara, kaum keluarga; ~ dalam lapisan kulit sebelah dalam di bawah lapisan kulit luar; ~ karah kulit kura-kura (labi-labi); ~ kayu manis sj kulit kayu yg dijadikan ramuan masakan; ~ kerang (siput dll) benda keras yg membungkus kerang dll (sbg tempat berlin­dung), rumah kerang (siput dll); ~ khatan kulit pd hujung kemaluan lelaki; ~ kuih lapisan (kepingan) nipis dibuat drpd adunan tepung (utk membungkus inti atau isi kuih); ~ langsat warna (kulit manusia) yg putih kekuning­kuningan; ~ luar lapisan kulit (pd daging atau tumbuhan yg di sebelah luar); ~ manis lapisan jaringan atau tisu pd pokok (di antara kulit kayu dan batangnya); ~ mati kulit yg tidak berasa; ~ perisai lapisan tipis di sebelah atas kulit luar tumbuhan (utk melindunginya drpd air dan gas); ~ putih (bangsa, orang) yg berke­turunan Eropah; ~ renang kulit yg menghu­bungkan jari-jari itik (katak dll); ~ sawo matang (coklat) (bangsa) yg kulitnya berwarna coklat; ~ babi yg tersungkup di kepala orang prb mendapat malu; buka ~ ambil isi prb perun­dingan secara terus terang (tidak berkias-kias lagi); kalau tak ~ leraklah (lerailah) tulang = tinggal tulang dgn ~ prb sangat kurus (tubuhnya); tebal ~ muka prb tidak malu; berkulit mempunyai kulit: pemuda itu berambut ikal dan ~ hitam manis; ~ badak bp tidak bermalu, tidak berperasaan; mengulit 1. mengganti kulit (bkn ular dll), bersalin kulit; 2. menjadi kulit, tumbuh kulit­nya; 3. Id mengupas kulit kepala; menguliti 1. memberi berkulit, membalut (bu­ku dll) dgn kulit; 2. menyiat atau mengupas kulit (lembu dll); kekulit bahan spt kulit; perkulitan tempat menyamak kulit; pengulitan (Hut) proses menanggalkan (membuang) kulit drpd batang pokok atau kayu balak (secara manual atau dgn mesin pengulit).Kamus Dewan Edisi Keempat
mata I1. alat utk melihat (pd manusia atau binatang), pancaindera utk melihat: ~nya hitam dan besar sedikit dan selalu pula ter-kejip-kejip; ~ hitam bahagian mata yg ber­warna (di tengah-tengah); 2. bahagian yg tajam pd alat pemotong (kapak, pisau, dll): pisau itu ~nya tumpul; ~ cangkul; ~ kapak; ~ tenggala (bajak); 3. sesuatu yg menyerupai mata (spt lubang kecil, lubang jala, dll): ~ jarum; 4. sela antara dua senggat (pd kayu pembaris dll), sela antara dua anak tangga: tempat betara itu dihadap orang tinggi, tiga ~ anak tangganya; 5. ki yg di tengah-tengah benar, pusat: ~ bisul; ~ alamat sasaran, tujuan; 6. tunas pd ubi (dahan dll); 7. punca, sumber (air, pencarian, dll); 8. markah yg diperoleh (dlm peperiksaan, pertandingan, dll): pasang-an dr Malaysia telah memenangi set pertama dgn ~ 15–10; 9. sl jenis-jenis (masakan, hi­dangan, dll); beratus-ratus ~ gulai beratus­ratus jenis gulai; ~ air a) tempat air terbit dr tanah; b) bp keka­sih; ~ anggaran Id bahagian (pos) anggaran belanja; ~ angin arah yg ditunjukkan oleh jarum kompas, arah angin datang (timur, ba­rat, dll); ~ batin perasaan dlm hati, rasa hati; ~ bedil butir-butir pembidik pd laras bedil; ~ belanak pusat pusingan (lingkaran); ~ benda barang(-barang) yg berharga (spt permata dll); ~ bisul lubang bisul; ~ buku buku jari dll; ~ bulan bentuk bulan yg tampak samar-samar; ~ cemperling mata yg merah warnanya; ~ cincin permata (intan, berlian, dll) pd cincin; ~ dabus besi tajam yg digunakan dlm permainan dabus; ~ dacing garis-garis pd dacing (utk menunjukkan berat); ~ dagangan barang-barang dagangan; ~ duitan tamak akan wang; ~ duli buku lali; ~ gaji tangga gaji; ~ gawai ark pembantu; ~ gelap mengamuk kerana marah dll; ~ gergaji a) bahagian yg tajam dan bergerigi pd gergaji; b) Kl orang yg bermuka-muka (dgn dua pihak); ~ gobek (gunting) bahagian yg tajam pd gobek (gunting); ~ hati a) perasaan hati; b) sl wakil peribadi, ganti diri; ~ hitam bahagian biji mata yg hitam; ~ huruf tiap-tiap satu huruf; ~ ikan sj kudis yg bernanah (pd kaki dll); ~ jahitan bahagian yg dijahit; ~ jala (jaring) lubang­lubang yg terdapat pd jala (jaring); ~ jalan penunjuk jalan, peninjau; ~ kail kawat yg bengkok dan tajam hujungnya pd kail; ~ kain corak kain; ~ kakap lubang kecil pd bahagian bawah perahu (digunakan utk mengeluarkan air); ~ kaki tulang yg membonggol pd pergelangan kaki (buku lali); ~ kasar mata sahaja (tidak menggunakan teropong dll); ~ kati (tahil) garis pd dacing yg menunjukkan kati (tahil); ~ kayu a) tanda bekas dahan yg telah dipotong pd kayu (berwarna hitam); b) tidak tahu menulis atau membaca (buta huruf); ~ kemung mata yg besar; ~ keranjang suka melihat perempuan; ~ kerek bulatan pd kerek; ~ ketam besi tajam pd ketam kayu; ~ kotak orang yg tidak tahu memilih mana yg baik dan mana yg buruk; ~ kucing a) sj batu permata; b) sj damar yg jernih warnanya; c) Id sj lampu berwarna pd peti radio; ~ kumpuan = ~ majmuk mata yg terdiri drpd beberapa mata yg kecil-kecil (spt mata lalat dll); ~ lembu = ~ sapi = ~ kerbau telur yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan bahagian merahnya); ~ lipas a) mata yg tidak berwarna (pd kuda); b) mata yg suram; ~ lolong Kl mata yg tersembul; ~ luka lubang atau liang luka; ~ pajak ark (Palembang) orang yg wajib membayar cukai; ~ panah bahagian hujung anak panah (yg tajam); ~ pedoman jarum pedoman yg menunjukkan mata angin, mata angin dlm pedoman; ~ pelajaran jenis ilmu pengetahuan yg diajarkan (di sekolah, maktab, dll); ~ pena bahagian hujung pena yg digunakan utk menulis; ~ pencarian (peng-hidupan) pekerjaan yg dilakukan utk men­dapatkan sara hidup; ~ perdagangan barang­barang dagangan; ~ petai ki mata yg tidak dapat melihat dgn betul; ~ petir pancaran kilat yg diikuti oleh petir; ~ piano bahagian piano yg diketuk-ketuk (utk mengeluarkan bunyi); ~ punai lubang yg bersegi enam (pd anyaman dll); ~ rantai gelang-gelang pd rantai; ~ ringkas mata serangga dsb yg mem­punyai satu kanta, mis labah-labah dan kala jengking; ~ sangkur benet, bayonet; ~ surat Id tulisan (huruf) pd surat; ~ susu puting susu; ~ tangga sela antara dua anak tangga; ~ telinga ganti diri sendiri, wakil peribadi; ~ tombak hujung tombak yg tajam; ~ tunas tunas yg baru bercambah; (di) ~ umum (pd) pandangan umum, di khalayak ramai; ~ wang a) wang yg bukan wang kertas, wang drpd logam (duit syiling); b) jenis atau unit wang yg digunakan di sesebuah negeri; ~ wang asing mata wang negara lain selain mata wang negara itu sendiri, mis mata wang asing bagi Malaysia ialah yen, dolar dan rupiah; dgn ~ kepala sendiri sendiri (melihat); ~ memandang apa hendak sakit, bahu memi-kul timpa perasaan = berapa berat ~ meman-dang, berat lagi bahu memikul prb walau bagaimana susah pun seseorang melihat kesu­sahan yg ditanggung orang lain, tetapi lebih susah orang yg menanggung kesusahan itu; ~ tidur bantal berjaga prb perihal perempuan yg melakukan kejahatan pd waktu suaminya percaya betul padanya; hilang di ~, di hati jangan prb walaupun telah jauh tetapi ja­nganlah melupakan orang yg ditinggalkan; jadi ~ telinga prb orang yg jadi harapan dan yg selalu memberi pertolongan; kerana ~ buta, kerana hati mati prb perihal orang yg menurutkan hawa nafsunya akhirnya men­dapat kesusahan; silap ~ pecah kepala prb kalau kurang hemat dlm sesuatu pekerjaan yg berbahaya tentu akan mendapat kesusah­an; tentang ~ dgn ~ prb berhadapan satu sama lain; mata-mata 1. polis; 2. Id penyuluh; ~ gelap polis rahsia, penyuluh; ~ khas polis yg mempunyai tugas-tugas tertentu (pd zaman darurat); ~ tentera polis tentera (utk meng­awasi tatatertib tentera); memata-matai 1. mengawasi secara diam­diam (gerak-geri seseorang dll), mengamat­ amati: mereka disuruh mencari rahsia kita, ~ segala sikap dan gerak-geri kita; 2. Br membaiki siratan jala (jaring dll); termata-mata jelas sekali kelihatan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas