sahabat handai | teman-teman, kawan-kawan, rakan-rakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
handai | kawan, rakan, sahabat, teman: ~ taulan = sahabat ~ teman-teman, kawan-kawan, rakan-rakan; berhandai-handai berkawan-kawan, bergaul: Ali dan adiknya yg perempuan sudah dibiarkannya ~, bersenda-senda, dan bercengkerama; kalau sudah penat, barulah mereka duduk di pelantar sambil ~ dgn riang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kambrat | Jk teman, kawan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rakan | orang yg dikenal rapat; sahabat; teman; kawan. ~ kongsi orang yg menjadi ahli dlm sesuatu perkongsian (bkn perniagaan dsb). ~ muda program utk membentuk dan membimbing remaja agar mempunyai sifat terpuji spt berdisiplin, bertanggungjawab, amanah dan berdaya maju. ~ sekerja orang yg menjadi rakan kerja, terutamanya dlm sesuatu jabatan, profesion dsb. ~ sepermainan rakan yg sering bermain bersama-sama dlm sesuatu permainan (biasanya dlm permainan semasa zaman kanak-kanak). berakan bersahabat; berteman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rakan | orang yg dikenal rapat; sahabat; teman; kawan. berakan bersahabat; berteman. | Kamus Pelajar |
berbeka-beka | bercakap-cakap utk merundingkan sesuatu; berbual-bual: teman ~ kawan atau lawan bercakap-cakap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbeka | , berbeka-beka bercakap-cakap utk merundingkan sesuatu; berbual-bual: teman ~ kawan atau lawan bercakap-cakap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beka | /béka/; berbeka, berbeka-beka bercakap-cakap utk merundingkan sesuatu; berbual-bual: teman ~ kawan atau lawan bercakap-cakap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
makan kawan (teman) sendiri | menyusahkan (memfitnah, mencelakakan, dll) kawan sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekutu | 1 kawan(-kawan) yg turut serta dlm sesuatu pakatan; orang yg menjadi teman utk melakukan sesuatu: Dlm peperangan dunia kedua dahulu, Itali telah menjadi ~ Jerman. 2 ikut bersalah atau ikut melakukan sesuatu kejahatan: Mencuri itu ~ menyamun. bersekutu 1 berkongsi utk melakukan sesuatu: Dua buah syarikat telah ~ membina hotel itu. 2 bersatu antara satu dgn yg lain supaya menjadi lebih kuat; bergabung: Amerika Syarikat, Inggeris dan Perancis telah ~ menentang Jerman. Negeri-Negeri Melayu ~ negeri-negeri Melayu yg bersekutu pd zaman penjajahan Inggeris (Selangor, Perak, Negeri Sembilan, dan Pahang). menyekutukan menganggap ada sekutunya; menganggap sbg sekutu: Orang-orang Islam dilarang ~ Allah. mempersekutukan menjadikan bersekutu: Perjanjian itu bertujuan ~ keempat-empat buah negeri tsb. persekutuan 1 persatuan beberapa orang dll utk tujuan atau utk kepentingan yg sama. 2 pergabungan beberapa buah negeri dsb yg membentuk sebuah negara tetapi tiap-tiap negeri masih berkuasa dlm bidang-bidang tertentu: ~ Tanah Melayu. penyekutuan perbuatan atau hal menyekutukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |