tembilang | alat bertangkai panjang yg digunakan utk menggali lubang; penggali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tembilang | sj alat menggali lubang yg bertangkai panjang, penggali;bagai ~ bagai penggali, begitu yg hilang begitu pengganti prb yg hilang sama dgn gantinya; di mana ~ terhentak, di situ cendawan tumbuh prb di mana perselisihan berlaku di situlah diselesaikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tembilang | alat bertangkai panjang yg digunakan utk menggali lubang; penggali. | Kamus Pelajar |
cerai tembilang | cerai kerana salah seorang pasangan suami isteri itu meninggal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cerai tembilang | cerai antara suami isteri kerana salah seorang meninggal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penggali | 1. orang yg menggali (membuat) lubang; 2. alat utk menggali (spt tembilang dll); diam ~ berkarat prb pengetahuan yg tidak dipakai akan hilang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penggali | 1 orang yg kerjanya menggali. 2 alat yg digunakan utk menggali lubang; tembilang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penggali | 1. orang yg kerjanya menggali. 2. alat yg digunakan utk menggali lubang; tembilang. | Kamus Pelajar |
cerai | 1 tidak bersatu; tidak melekat. 2 sudah putus hubungan sbg suami isteri; tidak sbg suami isteri lagi; talak: minta ~ minta supaya suami menjatuhkan talak kpdnya (ttg isteri). ~ taklik cerai yg berlaku antara suami dgn isteri kerana janji atau syarat. ~ tembilang cerai kerana salah seorang pasangan suami isteri itu meninggal. bercerai tidak bercampur atau tidak berhubungan lagi; berpisah: Malam ini kita berkampung, malam esok kita ~. 2 putus perhubungan sbg suami isteri: Ayah dan ibunya sudah lama ~. ~ susu berhenti menyusu; tidak lagi menyusu (ttg anak yg menyusu pd ibu). menceraikan 1 membuat supaya tidak berhubungan (bercampur, bersatu) lagi; memisahkan: Dia telah ~ lampiran A drpd karangan itu. 2 meleraikan orang berkelahi dsb. 3 memutuskan hubungan sbg suami isteri; menjatuhkan talak: Oleh sebab perkara yg kecil saja, ia telah ~ isterinya. ceraian bahagian atau fasal kecil dlm undang-undang (surat perjanjian dll). perceraian 1 hal tidak berhubungan lagi; perpisahan; perpecahan. 2 hal bercerai (antara suami isteri). penceraian perbuatan atau hal menceraikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cendawan | sj kulat yg pendek batangnya dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping (sesetengahnya boleh dimakan, sesetengahnya beracun), jamur; jenis-jenisnya: ~ batang, ~ bola, ~ busut, ~ racun; bagai ~ kememeh prb mudah sahaja menangis; bagai ~ disesah (dibasuh) prb pucat lesi rupanya; bagai ~ tumbuh prb terlalu banyak pd sesuatu masa; di mana ~ tumbuh, di situ tembilang terentak prb di mana perkara itu timbul, di situlah harus diselesaikan; bercendawan ditumbuhi cendawan, berkulat, berlapuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |