tenang | 1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dll): ~ bagai air dlm kuali; laut yg biasanya bergelora telah bertukar menjadi ~; 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan): ~ fikirannya; ia duduk dgn ~; setelah keadaan menjadi ~, mereka pun kembali ke kota; ~-lenang tenang sekali;bertenang, bertenang-tenang mengerjakan sesuatu dgn tenang (tidak terburu-buru, tidak tergesa-gesa): dia harus ~ utk menghadapi peperiksaan; Aini yg sedang bertenang-tenang itu tidak menghiraukan apa yg dikatakan oleh ibunya;menenangkan menjadikan tenang, menenteramkan, meredakan: beliau mencuba ~ fikirannya; ~ fikiran (perasaan) a) menjadikan fikiran tenang, menenteramkan fikiran (perasaan) yg susah; b) mengheningkan cipta, bersemadi, bertafakur; ~ hati menenteramkan hati; ketenangan perihal tenang, keamanan, ketenteraman penenang (sesuatu) yg menenangkan: ubat ~ jiwa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karar | Ar 1. tenang, tenteram: negeri Melaka pun ~lah pd zaman Laksamana menjadi hulubalang itu; 2. tetap (berada di): maka ~lah Sang Sepurba menjadi raja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenang | 1 tidak berkocak atau tidak berombak (ttg air, laut dll); teduh (ttg angin, ribut dll): Air yg ~ jangan disangka tiada buaya. 2 ki tidak berasa gelisah (runsing dsb); aman dan tenteram (ttg keadaan dlm negeri dll): Beliau telah menjawab segala soalan itu dgn ~. Setelah anaknya kembali dgn selamat, barulah ~ fikirannya. ~-lenang sangat tenang. bertenang berbuat sesuatu dgn tenang (tidak terburu-buru). menenangkan menjadikan atau menyebabkan tenang; menenteramkan; meredakan: Dia bernyanyi-nyanyi utk ~ hatinya yg runsing. ketenangan keadaan atau hal tenang; ketenteraman; keamanan. penenang 1 sesuatu (ubat, kata-kata dsb) yg menenangkan. 2 orang yg menenangkan: Anak tunggalnyalah yg menjadi ~ hidupnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meriak | 1. bergerak-gerak mengombak (air, udara), berkocak-kocak (air): hatinya tidak berkocak sedikit pun menerima hukuman itu, ia tenang, setenang air danau yg tidak ~; udara yg tenang mulai bergetar-getar, beriak-riak, silau mata memandangnya; hanya sececah meriak, tatkala mendengar berita itu hanya sebentar geletar hatinya ketika mendengar berita itu; 2. ki ada gelagatnya (yg menunjukkan kandungan hatinya): perasaan benci ~ di mukanya; ~ tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh prb perihal orang yg sombong dan besar cakap itu biasanya kosong (kepalanya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beriak-riak | , meriak 1. bergerak-gerak mengombak (air, udara), berkocak-kocak (air): hatinya tidak berkocak sedikit pun menerima hukuman itu, ia tenang, setenang air danau yg tidak ~; udara yg tenang mulai bergetar-getar, beriak-riak, silau mata memandangnya; hanya sececah meriak, tatkala mendengar berita itu hanya sebentar geletar hatinya ketika mendengar berita itu; 2. ki ada gelagatnya (yg menunjukkan kandungan hatinya): perasaan benci ~ di mukanya; ~ tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh prb perihal orang yg sombong dan besar cakap itu biasanya kosong (kepalanya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beriak | , beriak-riak, meriak 1. bergerak-gerak mengombak (air, udara), berkocak-kocak (air): hatinya tidak berkocak sedikit pun menerima hukuman itu, ia tenang, setenang air danau yg tidak ~; udara yg tenang mulai bergetar-getar, beriak-riak, silau mata memandangnya; hanya sececah meriak, tatkala mendengar berita itu hanya sebentar geletar hatinya ketika mendengar berita itu; 2. ki ada gelagatnya (yg menunjukkan kandungan hatinya): perasaan benci ~ di mukanya; ~ tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh prb perihal orang yg sombong dan besar cakap itu biasanya kosong (kepalanya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rukun II | 1. tenang dan tenteram, aman (perhubungan, persahabatan, dll), tidak bertengkar dll: ia ingin kembali hidup ~ dgn isterinya; hidup ~ damai dlm masyarakat berbilang bangsa di Malaysia; 2. bersatu hati, bersepakat, berseia dan bersekata: ingin memberikan sumbangan kita supaya semua bangsa di dunia ini hidup ~; 3. persatuan yg bertujuan utk bantu-membantu; ~ kampung Id persatuan penduduk kampung; ~ tani Id persatuan kaum tani; ~ tetangga Id persatuan antara orang-orang yg berjiran (bahagian drpd rukun kampung); merukunkan 1. menyebabkan damai (aman dll), mendamaikan: siapa yg dapat ~ dua beradik yg berselisih itu? 2. menjadikan bersatu hati (bersepakat dll), menjadikan bersepakat: penduduk tempat itu tidak dapat dirukunkan dgn cakap-cakap biasa sahaja tetapi harus dgn usaha-usaha yg positif drpd kerajaan; kerukunan 1. perihal hidup rukun, kesepakatan: ~ hidup dlm masyarakat; 2. perasaan rukun (bersatu hati). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tentang | 1. = di tentang berhadapan dgn, betul-betul di depan (di muka), dekat di sebelah ..., berseberangan dgn: ~ sebuah potret yg tergantung di dinding ia berdiri diam-diam, memandang tenang-tenang; 2. lurus di atas, tepat di atas: surat drpd Khadijah, yg mengaku sahabat Hayati ini, laksana sebuah bom yg meletus di tentang kepalanya; 3. lebih kurang pd, kira-kira pd (di): maka Upu Daing Perani pun kenalah peluru meriam ~ dadanya; 4. = tentangan Mn terhadap, berkenaan: mereka memberikan perhatian ~ Bahasa Kebangsaan; 5. hal ..., perkara ...: kedua-dua syeikh itu berbahas ~ masalah akyan sabitah; 6. berkenaan dgn, berkaitan dgn, darihal, mengenai: Datuk Ujang sendiri masih samar-samar ~ apa yg dimaksudkan oleh kata-kata gadis itu; 7. akan ..., dlm hal: buku ini tidaklah lengkap, sama ada ~ isi baik pun ~ pen-jelasan isinya; di ~ langit, langit, di ~ bumi, bumi prb orang yg lemah sekali dan tiada tempat berharap;setentang berhadapan benar dgn, betul-betul di hadapan (di atas): rumah dia ~ benar dgn rumah saya; bersetentang, bersetentangan berada betul-betul berhadapan (di atas): beliau mengangkat mukanya dan memandang muka bapanya yg ~ di hadapannya; bertentang 1. berhadapan (dgn), bertemu hadap: dia berdiri tegak ~ dgn muka pintu yg terkatup rapat itu; 2. menghadap (ke), menghala (ke): buat jalan dr bawah tanah itu sampai ~ ke bawah rumahnya itu; ~ mata a) berhadapan muka, berpandang-pandangan; b) bertemu muka; bertentangan 1. = ~ dgn = bertentang-tentangan berhadap-hadapan, berhadapan: dia duduk ~ dgn aku; 2. sl berdekatan dgn: setelah itu maka sampailah kapal itu ~ dgn Gunung Sailan; 3. berlawanan (arah, kedudukan, dll): arah yg ~; sudut yg ~; 4. berlawanan, bermusuhan: mungkin kita dgn mereka kadang-kadang bergaduh dan ~, tetapi dgn mereka juga kita mesti makan, bekerja serta bermain-main; 5. tidak sesuai (cocok, selaras) dgn, bersalahan dgn: tiap-tiap kebebasan seseorang itu akan ~ dgn kebebasan seseorang yg lain; 6. berselisih (faham, pendapat, dll): kami berdua jarang ~ pendapat; menentang 1. memandang tepat-tepat pd, menatap: rupanya pun terlalu amat elok spt bulan purnama, gilang-gemilang, tiada dapat ditentang nyata; 2. mengarahkan pandangan kpd, melekatkan pandangan kpd: lapang hatinya dapat ~ wajah Dang Kenanga yg selalu tersenyum; 3. memberi perlawanan kpd, melawan, memerangi: mereka sedang ~ keganasan; 4. tidak menyetujui (pendapat, usul, perintah, dll), membangkang, menampik, mendaga, menolak (cadangan dll), menyanggah: dia menggunakan kesempatan yg baik ini utk ~ ajaran Hamzah; semua pekerja ~ peraturan-peraturan yg tidak berperikemanusiaan; 5. tidak mematuhi (undang-undang dll), menyalahi (aturan): barang siapa yg didapati ~ peraturan-peraturan bekerja ini akan didera; 6. menghadapi atau dgn sengaja menjumpai bahaya (bencana dll), menempuh (bencana): ~ marabahaya; 7. menghadapi, menjelang: hidup ~ mati; 8. mengarah, menuju: belayar ~ pulau; 9. menyongsong (angin, ombak, dll): belayar ~ angin; jangan ditentang matahari condong prb jangan dinanti atau dicari kemurkaan raja-raja atau kemarahan orang yg berkuasa; menentangi 1. menjumpai (bahaya, kesulitan, dll), menempuh, menghadapi: mereka sedikit pun tidak gentar ~ ancaman drpd pihak musuh itu; 2. melawan, memerangi; menentangkan menghadapkan, membawa ke muka: maka dihunusnya oleh Laksamana, lalu ditentangkannya di hadapan Seri Betara, lalu dipakainya; mempertentangkan menjadikan bertentangan (berlawanan), menyemukakan: Baharum Rangkuti yg ~ seni dgn propaganda; tertentang 1. dapat dilihat (dipandang), terlihat, terpandang; 2. dapat dilawan (disanggah), terlawan; tiada ~ mata a) tidak dilihat (dipan-dang); b) = tidak ~ muka tidak berani ber-hadapan muka; tentangan 1. darihal, tentang; 2. apa yg dipertaruhkan (dlm perjudian dll), imbangan, padahan, pasangan: kalau aku kalah, rumahkulah ~nya; 3. yg menjadi bandingan (imbangan): Pulau Pinang telah memberi-kan satu ~ hebat kpd Selangor dlm permainan bola sepak bulan sudah; 4. perlawanan, penampilan, sanggahan: ajaran wujudiyah Hamzah dan Shamsuddin telah mendapat ~ hebat drpd Nuruddin ar-Raniri; 5. (tempat dll) yg bertentangan dgn, (di) seberang, hadapan;pertentangan 1. perihal bertentang, perlawanan: ~ terhadap penjajahan barat; 2. perihal bertentangan, perselisihan (yg amat sangat), pertikaian (pendapat dll): orang Yunani memang mempunyai ~ politik dgn orang Turki; penentangan perihal (tindakan dsb) menen-tang, penolakan, perlawanan: tentera Belgium tidak menerima apa-apa ~; penentang (orang dll) yg menentang: aku mahu semua orang tahu kita ~ pendapat Wan Umar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenang | 1 tidak berkocak atau tidak berombak (ttg air, laut dll); teduh (ttg angin, ribut dll): Air yg ~ jangan disangka tiada buaya. | Kamus Pelajar |
terkocak | 1. tergoncang, tergerak: masukkan bahan kimia itu ke dlm air sedikit-sedikit supaya tidak ~ air itu; 2. menjadi tidak tenang (fikiran dll), menjadi kacau; ~ hati gelisah, tidak tenang hati (fikiran); badan ~ Mn sangat kurus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |