merentang | 1. membentang panjang, ter-letak memanjang: satu banjaran gunung ~ di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu; dawai telefon yg ~ dr rumah ke rumah; tugas hidupku ~ di depanku; 2. menggalang, menghalang, melintang (di jalan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengembang | menjadi besar (panjang, terbuka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rentang | terhulur panjang, terhulur memanjang; se~ perjalanan Mn beberapa lamanya (jauhnya) berjalan; se~ ayam selama (sepusing) menyabung ayam; merentang 1. membentang panjang, ter-letak memanjang: satu banjaran gunung ~ di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu; dawai telefon yg ~ dr rumah ke rumah; tugas hidupku ~ di depanku; 2. menggalang, menghalang, melintang (di jalan dll); ~ antap ark memotong (memintas) jalan; ~ jalan membuat jalan; ~ jambatan membuat jambatan; ~ panjang menghuraikan (menceritakan) panjang lebar; merentangi 1. merentang pd: mereka membina sebuah jambatan gantung yg ~ sungai; jalan kereta api Trans-Siberia yg lurus ~ kawasan ini; 2. menghalangi, merintangi: beberapa banyak kesukaran yg ~ usahanya telah dapat diatasi; merentangkan 1. menarik atau memasang kawat (benang, tali, dll) tegang-tegang, meregangkan: ~ kawat; ~ tali; maka diregangkan oleh Benderang dgn Badang rantai itu dan direntangkannya; 2. menghulurkan (tangan, kaki) ke hadapan dll: ia mulai bergerak, ~ tangan, dan menganjurkan kaki; 3. menerangkan dgn panjang lebar, menghuraikan: pandai ~ cerita; terentang 1. sudah direntangkan, terbentang: gunung itu ~ dr utara ke selatan melalui tanah besar Asia Tenggara; 2. tergalang, terhalang; perentangan perbuatan dsb merentangkan: kegiatan pengedaran dan penampalan poster dan ~ sepanduk di merata-rata tempat; perentang sesuatu (benda atau orang) yg merentang (menghalang), penghalang: rantai ~ itu dapat diputuskan; kenangan hitam itu berjaya menjadi ~ utama bagi Babu drpd berkahwin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sinus I | (Mat) fungsi trigonometri bagi sudut tirus pd segi tiga bersudut tegak, iaitu nisbah panjang sisi yg bertentangan dgn sudut terhadap panjang hipotenus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seluar | sj pakaian, celana; ~ dalam = ~ katuk seluar yg dipakai yg ter-hampir sekali dgn bahagian kulit; ~ lemang seluar yg kecil kaki-nya; ~ panjang seluar yg panjang kakinya; ~ pendek (pandak, sampak) seluar yg pendek kakinya; berseluar memakai seluar: ia ~ panjang warna kuning. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sajak I | 1. persamaan bunyi pd suku kata (dlm syair, pantun, dll): ~nya janggal, banyak yg tidak kena; 2. = sanjak ark puisi moden (ber-beza drpd pantun atau syair) yg digubah dlm bahasa yg indah utk menyatakan fikiran (perasaan, pengalaman, dsb); ~ kabur sajak yg tidak jelas maksud atau maknanya; 3. ark irama (lagu): ~ tarinya; bersajak 1. bersesuaian bunyi suku kata (dlm pantun, syair, dll): kata lengang ~ dgn kata awang; 2. berbentuk sajak (pantun, syair, dll): cerita ~; 3. menyajak: sejak mula ~ dulu, sajaknya panjang-panjang; 4. mengungkap-kan atau mendeklamasikan sajak: dlm majlis itu, ada yg berpantun, ~ atau bersyair; menyajak mengarang (menggubah) sajak: pengalaman ~; menyajakkan 1. menjadikan bersajak (karang-an), menyesuaikan bunyi: kedua-dua rangkap itu dipilih utk ~ bunyi pepatah itu; 2. mengarang dlm bentuk sajak; persajakan perihal bersajak (menyajak), hal-hal yg berkaitan dgn sajak: dia juga ter-kenal dlm bidang ~; ia membicarakan ~ Islam benar-benar secara teoretis; persajakan perihal bersajak (menyajak), hal-hal yg berkaitan dgn sajak: dia juga ter-kenal dlm bidang ~; ia membicarakan ~ Islam benar-benar secara teoretis; penyajak orang yg mengarang sajak, pengarang sajak, penyair: seorang ~ menggunakan bunga-bunga bahasa utk mengindahkan sajaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hering | sj burung (yg memakan bangkai); ~ paruh panjang, Gyps indicus; ~ tongkeng putih, Gyps bengalensis; ada bangkai, adalah ~ prb di mana ada perempuan jahat di situ terdapat lelaki jahat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ringkik | bunyi kuda yg bunyinya kuat, langsing dan panjang, biasanya apabila dlm keadaan ketakutan atau teruja; meringkik berbunyi ringkik (kuda dll): seekor kuda ~ diiringi uakan beberapa ekor lembu; ringkikan bunyi kuda meringkik, ringkik: beliau berangkat sendirian sambil menajamkan pendengaran kalau-kalau terdengar bunyi ~ kuda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malar | 1. tetap, tidak berubah, terus-menerus: kulit mengawal suhu badan manusia supaya ~ walaupun suhu alam di kelilingnya ber-ubah; ~ hijau sentiasa berdaun (hijau) sepanjang tahun (bkn tumbuh-tumbuhan yg tertentu); 2. = malar-malar lebih-lebih lagi, malahan; memalarkan membuat supaya tetap dan tidak berubah: suhunya dimalarkan; kemalaran perihal malar; pemalar kuantiti yg tidak berubah, lazimnya diwakili oleh simbol tertentu (bergantung pd bidang ilmu yg diperkatakan) | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kembang I | 1. mekar terbuka (kuntum bunga), menjadi terbuka atau terbentang (bkn sesuatu yg kuncup atau terlipat spt payung, layar, dll): bunga yg telah ~; 2. menjadi besar atau luas (naik atau muai dsb): kepingan besi itu ~ setelah dipanaskan; adunan kuih itu dibiarkan beberapa jam supaya ~; 3. menjadi luas (maju dsb); ~ hatinya besar hatinya, berasa sukacita, menjadi girang atau gembira hatinya; ~ hidung berasa bangga (kerana dipuji, dimuliakan, dsb); ~-kembut memancar-mancar dan mengedip-ngedip; ~ rabu girang, gembira; ~ tengkuk berasa berdiri bulu roma (spt seseorang yg terlihat sesuatu yg menakutkan atau mengerikan), seram bulu tengkuk (kerana ketakutan); berkembang 1. kembang (terbuka atau terbentang): payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan; 2. menjadi makin sempurna (luas, maju, dsb), menjadi makin tersebar, meluas: fikiran dan pandangan Bidin mulai ~ dan maju; agama Islam ~ dgn pesatnya setelah Mekah dikuasai oleh Nabi; berkembangan berkembang (mekar) merata-rata (di sana sini), banyak atau semuanya berkembang (terbentang, terbuka, dsb): di halaman rumah itu kelihatan bunga-bungaan yg ~ semerbak baunya; maka tombak pun diuraikan dan payung pun ~lah; mengembang menjadi besar (panjang, terbuka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri; mengembangkan 1. membentangkan (layar, payung, dll), membuka (barang yg tertutup atau kuncup), memekarkan; ~ buku membuka buku; ~ mata membuka mata; ~ sayap a) membentangkan atau melebarkan sayap (spt burung yg hendak terbang); b) ki meluaskan pengaruh (usaha dll) ke daerah atau lapangan lain; 2. menjadikan besar (lebar, luas, dll): ukuran dada bertambah kira-kira tiga inci apabila dada dikembangkan; ~ hati menyukakan (menggembirakan, menyenangkan) hati; 3. menjadikan berkembang (maju, tersebar, dsb), memajukan, meluaskan, menyebarkan: Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya berazam hendak ~ bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama (memperluas pengaruhnya dan memperbanyak penganutnya dsb); ~ pengaruh meluaskan pengaruh; memperkembangkan menjadikan makin berkembang, mengusahakan supaya berkembang dgn lebih luas (lebih pesat dsb): bahasa Malaysia perlu dirancang dan dibina serta diperkembangkan dgn rapi; terkembang terbuka menjadi lebar (bkn payung dll), terbentang (tidak kuncup, berlipat, dsb): surat khabarnya ~ di hadapannya; maka ~lah payung kerajaan iram-iram kekuningan; kembangan keadaan kembang: ~ zahir cecair itu ialah perbezaan antara pengembangan sebenar dgn pengembangan balang; perkembangan perihal (proses dsb) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dsb), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dgn ~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yg dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan; pengembangan 1. perihal mengembang (menjadi lebih besar, panjang, terbentang, dsb): ~ dan penguncupan benda-benda yg dipanaskan dan disejukkan ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita; ~ air (cecair, gas, pepejal, dll) perihal air (cecair, gas, pepejal, dll) menjadi bertambah banyak atau besar (kerana dipanaskan); 2. perihal (usaha, kegiatan, dsb) mengembangkan; ~ bahasa dan sastera usaha mengembangkan (memperluas) bahasa dan sastera; pengembang orang yg mengembangkan (memperluas pengaruh dsb): pengaruh drpd kesan tatabahasa Melayu tradisional menjadi amat kuat dgn Za’ba sbg ~nya; ~ agama orang yg mengembangkan agama (dgn menyebarkan ajarannya dan menambah bilangan penganutnya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |