terabadi | dapat diabadikan (dikekalkan): dgn usahanya itu ~ terus cerita-cerita rakyat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
abadi | Ar 1. ada permulaan yg tiada pengakhiran (bkn masa, kehidupan, kenangan dsb): kehidupan akhirat adalah kehidupan yg ~; 2. wujud atau berterusan utk selama-lamanya (sepanjang hayat dsb), tidak berkesudahan, kekal: keamanan yg ~; kasih sayang yg ~; mengabadikan 1. menjadikan abadi, mengekalkan: kasih sayangnya terhadap gadis itu tidak dapat diabadikannya; 2. menjadikan peringatan (kenangan) yg kekal: hasil-hasil sastera itu diabadikan melalui percetakan; sebuah tugu utk ~ jasa askar-askar yg terkorban; terabadi dapat diabadikan (dikekalkan): dgn usahanya itu ~ terus cerita-cerita rakyat; keabadian kewujudan yg abadi, kekekalan: ~ kasih sayang seorang ibu; ~ perdamaian dan keamanan; pengabadian perihal mengabadikan, pengekalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |