terangkum | termasuk dlm lingkungan sesuatu: Perkara itu ~ dlm bab 9. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terangkum | termasuk dlm lingkungan sesuatu, tercakup: ~ dlm konsep mendengar ialah beberapa aspek lain lagi, antaranya menangkap sesuatu yg didengar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ATAU terangkum(inclusive OR) | Pengendali logik aljabar Boolean yang memberikan nilai output benar jika salah satu atau kesemua inputnya benar. Nilainya palsu jika kesemua inputnya palsu. Pengendali ATAU inklusif biasanya dilambangkan dengan tanda tambah (+). | Kamus Komputer |
ATAU(OR) | Lihat ATAU terangkum. | Kamus Komputer |
hiponim | ist kata yg maknanya terangkum dlm makna kata lain, mis kambing, lembu dan rusa ialah hiponim drpd binatang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keberkalaan | keadaan (hal) berkala: ~ yg terangkum dlm alam fizikal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hiponim | (Lin) kata yg maknanya terangkum dlm makna kata yg lain, mis kambing, lembu dan rusa adalah hiponim drpd binatang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rangkum | ; merangkum 1 membawa (mengangkat) dlm pelukan: Ia ~ longgokan kain itu dan membawanya ke perigi utk dicuci. 2 memeluk: Kedua-dua belah tangannya ~ anaknya. 3 meliputi atau melingkungi (beberapa hal, tempat dll); mencakup; meliputi: Penerangan itu ~ beberapa perkara. merangkumkan memasukkan ke dlm satu lingkungan; mengumpulkan menjadi satu: Penduduk yg terdiri drpd pelbagai kaum di negara ini dpt dirangkumkan sbg satu bangsa. terangkum termasuk dlm lingkungan sesuatu: Perkara itu ~ dlm bab 9. rangkuman pelukan; lingkungan. serangkum sebanyak yg terbawa (terambil, terangkat) dlm rangkuman: ~ kain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kala I | masa, waktu, ketika; ada ~nya, ada masanya (ketikanya), kadangkadang; barang ~ sebarang waktu; dahulu ~ zaman dahulu, purbakala; pd ~ pd masa, pd waktu; sekala; projek ~ projek yg dilaksanakan sekali sahaja dgn peruntukan khas; sekali ~ sekali-sekali, kadang-kadang; berkala (keluar, terbit, dsb) berulang-ulang pd waktu yg tetap (mengikut jangka waktu yg tertentu); majalah ~ majalah yg terbit berulang-ulang pd waktu yg tetap (pd tarikh yg ditetapkan); tiada ~ tiada tetap waktunya; berkala-kala terkadang-kadang, dr semasa ke semasa; keberkalaan keadaan (hal) berkala: ~ yg terangkum dlm alam fizikal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rangkum I | ; serangkum sebanyak yg terbawa (terangkat) dlm pelukan: ~ kain kotor; merangkum 1. membawa (mengangkat) dlm pelukan tangan: longgokan kain kotor itu dirangkumnya lalu dibawa ke pembasuhan; 2. memeluk: kedua-dua belah tangannya ~ gadis itu; 3. ki mengambil (memiliki, menguasai) hak orang dll, membolot: Sofia ~ wang itu kesemuanya; 4. = merangkumi melingkupi, melingkungi, mencakupi, mencangkum: sistem insurans kebangsaan amnya ~ semua orang antara umur bersekolah dan umur bersara; siaran berita harus ~ peristiwa-peristiwa penting di dunia; merangkumkan 1. merangkum sesuatu utk (dengan); 2. memasukkan ke dlm (lingkungan) bersama-sama, mengumpulkan menjadi satu: sembahyang lima waktu boleh dirangkumkan atau dipendekkan ketika dlm pelayaran; 3. meringkaskan, mengikhtisarkan; terangkum termasuk dlm lingkungan sesuatu, tercakup: ~ dlm konsep mendengar ialah beberapa aspek lain lagi, antaranya menangkap sesuatu yg didengar; rangkuman 1. ki pelukan, lingkungan: menyatukan manusia dlm suatu ~ kehidupan cinta kasih dan saling mengerti; 2. ringkasan, ikhtisar (dr huraian dll); perangkuman perbuatan merangkumkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |