Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok yg kulitnya boleh dibuat tali, cawat, dll), Artocarpus elasticus; getah ~ getah drpd pokok terap (utk menang­kap burung); menerap menggetah burung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj pokok yg kulitnya dpt dibuat tali, cawat dll, Artocarpus elasticus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terap
Kata Terbitan : menerapkan, penerapan,

Puisi
 

Pokok terap dipukul bayu,
     Bayu sampai ke kota raja;
Sudahlah adat kita Melayu,
     Pandai berpantun berguraulah senda.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Besar bungkus tak berisi.

Bermaksud :

Orang bodoh yang banyak bualnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah, b. Tong kosong berbunyi nyaring).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terap(térap) Kl, Tr mengemas dan menyusun (pinggan, periuk, dll): tolong ~ baik-baik sikit.Kamus Dewan Edisi Keempat
getah terapgetah drpd pokok terap (utk menang­kap burung);Kamus Dewan Edisi Keempat
terap IImenerap membentuk kuih dll dgn terap.Kamus Pelajar
terap IIIJh acuan kuih; menerap membuat kuih dgn menggunakan terap.Kamus Dewan Edisi Keempat
terap IIalat utk membentuk sesuatu (kuih dll); acuan. menerap mem­bentuk kuih dll dgn terap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terap Isj tumbuhan (pokok yg kulitnya boleh dibuat tali, cawat, dll), Artocarpus elasticus; getah ~ getah drpd pokok terap (utk menang­kap burung); menerap menggetah burung.Kamus Dewan Edisi Keempat
terap III; juru~ orang yg memasang dan membaiki jentera. menerap 1 memasang jentera. 2 mengikat bata dgn simen dll utk membuat dinding dsb. 3 mengikat permata pd cincin dsb. menerapkan 1 menyebabkan sesuatu diikat atau dipasang pd; mengenakan sesuatu pd. 2 ki memanfaatkan se­suatu teori (hasil penyelidikan dsb) utk sesuatu keperluan amali; mempraktikkan: ~ pengetahuan morfologi ke dlm penyusunan kamus. terapan 1 apa-apa yg diterap­kan; sesuatu yg dpt diterapkan. 2 hasil drpd menerap. penerapan 1 hal (perbuatan dsb) menerap atau menerapkan sesuatu; pemasangan. 2 hal atau perbuatan me­­ne­rapkan sesuatu teori dsb; hal mempraktikkan. penerap 1 orang yg kerjanya menerap bata, permata dsb. 2 orang yg menerapkan ilmu, nilai dll. 3 alat utk menerap sesuatu: ~ bata.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terap Inama sj pokok yg kulitnya dpt dibuat tali, cawat dll, Artocarpus elasticus.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terap IVjuru~ tukang yg memasang atau membaiki jentera (kereta dll), jurusawat, mekanik; berterap berukir; menerap 1. mengikat atau memasang per­mata pd cincin (keris dll), mengikat permata pd tempat ikatannya; 2. mengikat bata dll (utk lantai, dinding); 3. memasang enjin (mesin dll); menerapkan mempraktikkan, mengenakan pd, menyerapkan (memasukkan) ke dlm: gerakan koperasi sepatutnya ~ nilai-nilai dan falsafah Islam sebagai satu cara hidup serta menghayatinya; utk ~ keenam-enam aspek ini ke dlm sistem pendidikan, kita memerlukan satu penggubalan dan pen­takrifan yg menyeluruh; terterap (telah) diterapkan (dipraktikkan, diserapkan dsb): konsep pendidikan seumur hidup sudah ~ ke dlm minda masyarakat kita; di sebalik peristiwa itu, ~ unsur pemi­kiran, falsafah dan nafas keislaman yg menjadi pegangannya; terapan 1. keris yg bilahnya berlekuk panjang pd bahagian tengahnya; 2. penyalut pd sarung keris (drpd emas, perak, dll), penduk-penduk; 3. (sesuatu) yg lain diprak­tikkan, (sesuatu) yg digunakan atau dikenakan pd sesuatu lain, aplikasi: institusi perguruan mengadakan kursus linguistik asas dgn tumpuan pd tatabahasa ~ utk memberi pendekatan kpd pelatih tentang aspek-aspek asas dlm ilmu bahasa; leksikografi merupa­kan cabang ilmu linguistik ~; keterterapan perihal (keadaan atau sifat) dapat diterapkan; penerapan 1. perihal (perbuatan dsb) mene­rap atau memasang (enjin dll), pemasangan (enjin dll); 2. perihal (perbuatan dsb) mene­rapkan (mengenakan pd, menyerapkan, dsb), perbuatan dsb mempraktikkan: ~ nilai-nilai Islam ke dlm undang-undang dan pentad­biran negara; ~ corak pendidikan drpd masyarakat lain ke dlm sesuatu masyarakat yg berlainan kebudayaan dan aspirasinya hanya akan menimbulkan kekacauan; penerap 1. orang yg kerjanya menerap (bata, permata dsb): kita telah agak biasa dgn pekerja am mis seorang ~ bata; 2. orang yg menerapkan sesuatu (nilai, ilmu dsb): kita juga harus bertindak sbg ~ nilai-nilai yg murni dlm kehidupan keluarga dan masyarakat; 3. alat utk menerap sesuatu (bata dsb): alat ~ bata.Kamus Dewan Edisi Keempat
terap IIark; berterap berukir;Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas