Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ras] | ترس

Definisi : (téras) IB teres. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ras] | ترس

Definisi : 1. bahagian yg keras dlm batang kayu, hati kayu: Sanah tidak sanggup membelah batang-batang pinang itu, kulitnya sama keras dgn ~ kayu nangka; 2. bahagian beras dll yg sudah dibersihkan; 3. ki sesuatu yg terpenting (terutama), isi yg terpenting (terbaik), sesuatu yg menjadi asas atau dasar (bagi sesuatu), intisari: pantunlah yg menjadi ~ puisi Melayu lama dlm kesusasteraan Melayu; orang-orang ini yg akan menjadi ~ negara; orang-orang Jepun tidak pernah lupa pd ~ sebenar kemajuan, iaitu membaca; ~ bumi bahagian tengah bumi yg cair; ~ terhunjam, gubal melayang, bertinting bertampi ~, gubal melayang ~ tinggal prb orang bangsawan akan lebih dimuliakan walaupun tidak berharta; meskipun tertimbun dlm tanah, namun ~ timbul juga prb orang yg berbudi baik itu sekalipun dlm keadaan melarat akan tetap berbudi dan berhati mulia; bertemu ~ dgn beliungnya prb dua orang yg berselisih dan sama-sama tidak mahu mengalah; berteras mempunyai (ada) terasnya: tumbuh-tumbuhan herba tidak ~; ~ ke dlm orang yg tidak kelihatan kekayaan atau kecerdikannya; ~ ke rusuk orang yg dikuasai oleh kaum keluarganya; ~ keluar bagai pimping prb tampak di luar sahaja bagus (kaya dll) tetapi sebenarnya melarat; di manakah ~ kayu mahang prb janganlah diharapkan yg mustahil; berteraskan ki mempunyai sbg teras (asas, dasar), berasaskan, berdasarkan: Rasulullah telah berjaya menyatupadukan ketiga-tiga kaum itu di bawah perpaduan yg ~ agama Islam; menerasi menjadi teras kpd: Islamlah yg ~ keperibadian Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ras] | ترس

Definisi : Id simen yg dibuat drpd serbuk tanah yg keras (sj batu yg terjadi drpd pasir atau tanah, cadas). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ras] | ترس

Definisi : 1 bahagian yg keras dlm batang kayu; hati kayu. 2 besi dsb yg dililiti wayar (dlm elektromagnet atau dlm transformer) utk menguatkan medan magnetnya. 3 ki sesuatu yg terpenting atau yg utama; sesuatu yg menjadi asas atau dasar bagi sesuatu. ~ bumi bahagian di tengah-tengah bumi. berteras mempunyai atau ada terasnya: Pokok herba tidak ~. berteraskan mempunyai sesuatu sbg teras (asas dsb); berasaskan; berdasarkan: Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah ~ kebudayaan Melayu. menerasi menjadi teras (unsur pen­ting) kpd: Jelas kelihatan bahawa agama dan adat ~ keperibadian mereka. ~ bumi bahagian di tengah-tengah bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teras (kata nama)
Bersinonim dengan asas, dasar, sendi, tapak, tonggak, lunas, pegangan, sandaran, landasan, tunjang, pokok, prinsip, rukun;,
Kata Terbitan : berteraskan,

Puisi
 

Kalau tidak teras bintang,
     Suluh menyuluh luar perahu;
Kalau hendak sendiri datang,
     Suruh menyuruh kita tak tahu.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Diindang ditampi teras,
     dipilih antah satu-satu.

Bermaksud :

Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gubal Ikayu yg lembut di antara kulit dgn teras; teras terunjam, ~ melayang prb penduduk bumiputera akan tetap tinggal di negerinya sedangkan orang asing akan keluar.Kamus Dewan Edisi Keempat
teras(téras) IB teres.Kamus Dewan Edisi Keempat
teras cecawan(cup core)Bentuk peranti ingatan teras yang digunakan untuk meningkatkan kelajuan pencapaian data dalam ingatan teras.Kamus Komputer
ingatan teras magnet(magnetic core memory)Sistem ingatan komputer yang menggunakan teras logam kecil feromagnet yang disimpai dalam bingkai bagi melambangkan bit komputer. Setiap teras boleh dimagnetkan kepada logik 1 atau logik 0. Sistem ini mula digunakan oleh Jay Forrester pada 1950 dalam sistem komputer Whirlwind 1, dan tidak digunakan lagi dengan adanya ingatan jenis mikroelektronik.Kamus Komputer
teras bumibahagian di tengah-tengah bumi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
teras IIId simen yg dibuat drpd serbuk tanah yg keras (sj batu yg terjadi drpd pasir atau tanah, cadas).Kamus Dewan Edisi Keempat
teras bumibahagian tengah bumi yg cair;Kamus Dewan Edisi Keempat
terasberteras mempunyai atau ada terasnya: Pokok herba tidak ~.Kamus Pelajar
teras ~ bumi bahagian di tengah-tengah bumi.Kamus Pelajar
teras3 ki sesuatu yg terpenting atau yg utama; sesuatu yg menjadi asas atau dasar bagi sesuatu.Kamus Pelajar
12345

Kembali ke atas