Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
teras (kata nama)
Bersinonim dengan asas, dasar, sendi, tapak, tonggak, lunas, pegangan, sandaran, landasan, tunjang, pokok, prinsip, rukun;,
Kata Terbitan : berteraskan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
teras1 bahagian yg keras dlm batang kayu; hati kayu. 2 besi dsb yg dililiti wayar (dlm elektromagnet atau dlm transformer) utk menguatkan medan magnetnya. 3 ki sesuatu yg terpenting atau yg utama; sesuatu yg menjadi asas atau dasar bagi sesuatu. ~ bumi bahagian di tengah-tengah bumi. berteras mempunyai atau ada terasnya: Pokok herba tidak ~. berteraskan mempunyai sesuatu sbg teras (asas dsb); berasaskan; berdasarkan: Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah ~ kebudayaan Melayu. menerasi menjadi teras (unsur pen­ting) kpd: Jelas kelihatan bahawa agama dan adat ~ keperibadian mereka. ~ bumi bahagian di tengah-tengah bumi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kader1. teras anggota tentera yg profesional dan terlatih yg menjadi asas utk melatih unit baru atau pengembangan lain; 2. anggota sesebuah parti politik, angkatan tentera, dsb yg sangat aktif dan terlatih: utk meneruskan perjuangan politik pd masa depan perlu dilatih ~-~ parti dr sekarang.Kamus Dewan Edisi Keempat
teras I1. bahagian yg keras dlm batang kayu, hati kayu: Sanah tidak sanggup membelah batang-batang pinang itu, kulitnya sama keras dgn ~ kayu nangka; 2. bahagian beras dll yg sudah dibersihkan; 3. ki sesuatu yg terpenting (terutama), isi yg terpenting (terbaik), sesuatu yg menjadi asas atau dasar (bagi sesuatu), intisari: pantunlah yg menjadi ~ puisi Melayu lama dlm kesusasteraan Melayu; orang-orang ini yg akan menjadi ~ negara; orang-orang Jepun tidak pernah lupa pd ~ sebenar kemajuan, iaitu membaca; ~ bumi bahagian tengah bumi yg cair; ~ terhunjam, gubal melayang, bertinting bertampi ~, gubal melayang ~ tinggal prb orang bangsawan akan lebih dimuliakan walaupun tidak berharta; meskipun tertimbun dlm tanah, namun ~ timbul juga prb orang yg berbudi baik itu sekalipun dlm keadaan melarat akan tetap berbudi dan berhati mulia; bertemu ~ dgn beliungnya prb dua orang yg berselisih dan sama-sama tidak mahu mengalah; berteras mempunyai (ada) terasnya: tumbuh-tumbuhan herba tidak ~; ~ ke dlm orang yg tidak kelihatan kekayaan atau kecerdikannya; ~ ke rusuk orang yg dikuasai oleh kaum keluarganya; ~ keluar bagai pimping prb tampak di luar sahaja bagus (kaya dll) tetapi sebenarnya melarat; di manakah ~ kayu mahang prb janganlah diharapkan yg mustahil; berteraskan ki mempunyai sbg teras (asas, dasar), berasaskan, berdasarkan: Rasulullah telah berjaya menyatupadukan ketiga-tiga kaum itu di bawah perpaduan yg ~ agama Islam; menerasi menjadi teras kpd: Islamlah yg ~ keperibadian Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
ingatan teras magnet(magnetic core memory)Sistem ingatan komputer yang menggunakan teras logam kecil feromagnet yang disimpai dalam bingkai bagi melambangkan bit komputer. Setiap teras boleh dimagnetkan kepada logik 1 atau logik 0. Sistem ini mula digunakan oleh Jay Forrester pada 1950 dalam sistem komputer Whirlwind 1, dan tidak digunakan lagi dengan adanya ingatan jenis mikroelektronik.Kamus Komputer
teras1 bahagian yg keras dlm batang kayu; hati kayu.Kamus Pelajar
litar tulang belakang(backbone circuit)1. Litar yang menjadi teras kepada sistem tertentu. Jika litar ini gagal, keseluruhan sistem akan gagal. 2. Sambungan litar rangkaian komputer kawasan setempat yang membentuk struktur tulang belakang.Kamus Komputer
pelunggolKl 1. pancang: ~ lembunya diperbuat drpd kayu; 2. ki sesuatu yg utama, teras, pusat: yg menjadi ~ negeri ini dlm perekonomian ialah getah dan timah.Kamus Dewan Edisi Keempat
pangsi I1. paku gasing, paksi; 2. (Kej) paksi pd motokar (enjin dll); berpangsikan ki menganggap atau menjadi­kan sesuatu sbg keutamaan (teras, dasar dsb), berteraskan, berdasarkan, bertunjangkan: gaya hidup yg ~ mutu telah mendorong ramai orang menggunakan kristal sbg hiasan; memangsikan memasang (mengenakan) pangsi pd, menempatkan di atas pangsi, mele­katkan (menyambungkan) dgn pangsi dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
peranti penunjuk lajur(column indicating device)1. Peranti yang digunakan untuk menunjukkan kedudukan lajur kad atau pita. 2. Peranti yang digunakan untuk menunjukkan taraf lajur ingatan teras bermagnet.Kamus Komputer
barisan1. banjaran, deretan, jajaran: ~ bukit; 2. pasukan: ~ pemain Malaysia; ~ penyerang; 3. pertubuhan (pergerakan) yg ditubuhkan dgn tujuan dan peranan yg tertentu: B~ Pembebasan Palestin; ~ belakang pasukan yg berada di garis belakang pertempuran; ~ depan pasukan yg berada di garis depan pertempuran; ~ kehormatan pasukan utk menghormati kedatangan orang besar; ~ pemadam kebakaran Id pasukan ahli bomba; ~ teras Id pasukan induk;Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas