terbantun | tercabut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cepol | Jw tercabut, terbantun (barang yg melekat dll), rosak; mencepol 1. menumbuk (kepala dll); 2. menarik dgn paksa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercabut | (telah) dicabut, terbantun, terhunus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bantun I | ; membantun mencabut dgn akar-akarnya: ~ rambut; membantuni mencabuti; terbantun tercabut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cabut I | 1. tarik; 2. keluar (pergi, lari) dr sesuatu tempat: anak abang itu jangan abang ~ dr sekolah supaya ada pelajarannya sedikit; ~ lari lari meninggalkan sesuatu tempat dgn segera; bercabut (telah) dicabut, terbantun, terhunus; mencabut 1. menarik (sesuatu) supaya terlepas (keluar, tertanggal) drpd sesuatu: ~ rumput; ~ ubi kayu; ~ keris; ~ pistol; ~ bulu ayam; ~ uban; ~ gigi; ~ paku; ~ nyawa ki mengambil nyawa orang, mematikan; 2. mengambil drpd kumpulan atau tompokan (daun terup dsb), menarik (undian dll): ~ daun; ~ nombor bertuah mengambil satu nombor drpd kumpulan utk menentukan yg bertuah memenangi sesuatu hadiah; ~ undi memilih dgn mengundi; ~ undian (loteri) a) menarik undian (loteri); b) menang loteri; ~ untung mendapat (menarik, memperoleh) keuntungan; 3. menarik kembali (apa yg telah diberikan, dikatakan, dikeluarkan, dll): ia tidak mahu ~ usulnya itu; 4. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan, meniadakan: sesuatu revolusi harus ditujukan utk membongkar dan ~ keburukan dgn akar umbinya sekali; 5. memetik, mengutip (drpd karangan dsb): puisi ini dicabut drpd majalah tersebut; mencabuti mencabut berkali-kali, mencabut banyak-banyak (sekali gus); mencabutkan mencabut (sesuatu) utk orang lain, menarikkan: Abu ~ kami beberapa perdu ubi keledek utk dibawa pulang; tercabut 1. sudah dicabut; 2. dapat (boleh) dicabut: keris itu tidak ~ drpd sarungnya; cabutan 1. apa yg (sudah) dicabut, diambil dr sesuatu; ~ bertuah undian yg dibuat dgn mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yg menawarkan hadiah tertentu; 2. petikan (drpd karangan dsb); pencabutan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) mencabut, penarikan (kembali), pembatalan, penghapusan; pencabut orang yg (alat utk) mencabut; ~ paku alat utk mencabut paku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |