terbau | 1. tercium bau, terhidu bau: ~ oleh sang kancil harimau datang; 2. diketahui (orang), terbongkar: akhirnya ~ juga apa yg telah dibuatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terhidu | 1. terbau sesuatu dgn tiba-tiba: sedang dia duduk-duduk, dia ~ bau kemenyan; 2. tersedut (gas atau udara) melalui hidung: mereka diberi rawatan segera kerana ~ sejenis gas beracun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hidu | ; menghidu 1. mencium, membaui (tembakau, bunga, dll): sambil berjalan ia ~ bau wangi kemejanya; 2. menyedut (udara dll); 3. mengesan sesuatu dgn mencium bau yg ditinggalkan: anjing itu dapat ~ ke mana larinya pengganas itu; 4. ki mengetahui atau dapat mengesan sesuatu yg menjadi rahsia sesuatu pihak dgn bertanya-tanya, merisik-risik, memerhatikan gerak-geri pihak tersebut dsb: rancangan jahat mereka telah dapat dihidu oleh polis; terhidu 1. terbau sesuatu dgn tiba-tiba: sedang dia duduk-duduk, dia ~ bau kemenyan; 2. tersedut (gas atau udara) melalui hidung: mereka diberi rawatan segera kerana ~ sejenis gas beracun; penghidu orang yg menghidu (membaui) sesuatu kerana ketagih: ~ gam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bau I | sesuatu yg tercium oleh hidung (spt wangi, hanyir, dll): sambil berjalan, ia menghidu-hidu ~ wangi di kemejanya; ~ setahun pelayaran sangat busuk baunya; ~ daun semberu Kl kaum kerabat yg jauh; ada ~-~ bacang ada pertalian saudara (tetapi sudah jauh); sudah tercium ~nya ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ busuk tidak berbangkai prb fitnah (celaan) yg tidak beralasan; ayam terlepas, tangan ~ tahi prb orang yg hendak mencemarkan seorang gadis tetapi tidak sampai maksud hanya beroleh malu; jauh ~ bunga, dekat ~ tahi prb berkasih-kasihan itu lebih kekal dr jauh drpd berdekatan; umpama kesturi, kerana ~ hilang nyawanya prb orang yg menunjukkan sesuatu yg berharga kpd orang yg tidak dapat dipercayai hingga mendapat bencana sendiri;sebau 1. serupa baunya; 2. ki agak serupa (sifatnya dsb), sesuai dgn, sejenis; seragam ~ sejenis (sama sifatnya), bersesuaian (antara satu sama lain); berbau 1. mempunyai bau (busuk), mengeluarkan bau (busuk): janganlah kain-kain dan sarung bantal terbiar kotor dan ~; 2. tercium bau, terhirup bau: dr jauh ~ olehku asap setanggi; 3. bersifat, mempunyai unsur: pidatonya itu ~ perkauman; 4. ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ dua prb dikatakan kpd orang yg telah berbuat kesalahan secara sulit; bakar tiada ~ prb menyatakan tidak percaya pd cerita orang; bersuris bagai pasir, ~ bagai membacang prb kejahatan yg sudah cukup bukti dan keterangan; tiada ~ telunjuk saya prb menyatakan tidak percaya pd sesuatu cerita (khabar dll); membaui 1. mencium-cium (bau), menghidu-hidu (bau): anjing itu ~ bangkai; 2. menyelidiki secara sulit, merisik, mengesani: mereka sampai ke tempat persembunyian yg tidak dapat dibaui oleh Jepun;terbau 1. tercium bau, terhidu bau: ~ oleh sang kancil harimau datang; 2. diketahui (orang), terbongkar: akhirnya ~ juga apa yg telah dibuatnya; bauan, bau-bauan segala yg berbau wangi, minyak wangi atau bunga yg harum dll: banyak digunakan kayu gaharu, setanggi, kemenyan dan jenis ~ lain;pembau (Bio) deria badan yg berfungsi utk membaui sesuatu: saluran ini menggunakan deria sentuhan, rasa, dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |