terbayang-bayang | 1. seakanakan tampak: wajah anaknya ~ di matanya: 2. kelihatan, tampak: pd mukanya ~ cahaya gembira; 3. (sudah) ada tanda-tandanya, (sudah) kelihatan tetapi tidak dgn jelas sekali: konsep struktur dalaman dan struktur permukaan diperkenalkan dgn tegas dlm versi ini walaupun konsepnya telah ~ dlm versi 1957; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
termimpi-mimpi | 1 bermimpi kerana selalu teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu. 2 terbayang-bayang dlm ingatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
termimpi-mimpi | 1. bermimpi kerana teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu; 2. tampak terbayang-bayang dlm ingatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
termimpi-mimpi | 1 bermimpi kerana selalu teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu. 2 terbayang-bayang dlm ingatan. | Kamus Pelajar |
bayang | , = bayang-bayang 1 tempat yg tidak mendapat cahaya kerana dilindungi oleh sesuatu benda: Jangan selalu makan dlm ~. 2 bentuk hitam yg terjadi drpd sesuatu benda yg menahan cahaya: Orang yg berdiri dlm gambar ini tingginya 6 kaki dan bayang-bayangnya 12 kaki panjang. 3 gambar sesuatu benda spt yg dpt dilihat dlm cermin, air dsb: Orang tamak selalu rugi, spt anjing dgn ~. 4 lembaga yg kelihatan gelap tetapi tidak berapa jelas: Saya ternampak ~ orang berjalan di lorong yg gelap itu. berbayang kelihatan sbg bayang-bayang dlm air dll: Pohon-pohon yg tumbuh di tepi-tepi sungai itu kelihatan ~ dlm air. membayang 1 dpt dilihat spt bayang-bayang; kelihatan samar-samar: Kerana bajunya tipis, maka susuk tubuhnya tampak ~. 2 dpt ditanggap keadaannya; tergambar: Segala penderitaan yg hendak disembunyikannya itu ~ pd wajahnya. membayangi 1 menutupi atau melindungi dgn bayang-bayang: Pd waktu petang pula, pohon ketapang itu ~ bahagian belakang rumah kami. 2 ki mengikut jejak langkah; mengawasi: Ke mana saja dia pergi, ada saja orang yg ~nya. membayangkan 1 menggambarkan sesuatu dlm fikiran: Dlm menungannya, ia ~ dirinya sbg pengusaha yg berjaya mengurus perusahaannya. 2 menyatakan sesuatu tidak dgn terus terang: Dia telah ~ hasratnya hendak bertanding dlm pilihan raya yg akan datang. terbayang 1 seakan-akan dpt dilihat: Wajah anaknya ~ di ruang matanya. 2 kelihatan bayangnya; tampak berbayang. bayangan 1 bayang; bayang-bayang. 2 sesuatu atau apa-apa yg dibayangkan. pembayangan perbuatan atau hal membayangkan. pembayang sesuatu yg membayangkan keadaan yg sebenarnya: ~ maksud. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bayang | =bayang-bayang 1. tempat yg tidak mendapat cahaya kerana dilindungi oleh sesuatu benda: Jangan selalu makan dlm ~. 2. bentuk hitam yg terjadi drpd sesuatu benda yg menahan cahaya: Orang yg berdiri dlm gambar ini tingginya 6 kaki dan bayang-bayangnya 12 kaki panjang. 3. gambar sesuatu benda spt yg dpt dilihat dlm cermin dsb: Orang tamak selalu rugi, spt anjing dgn ~. 4. lembaga yg kelihatan gelap tetapi tidak berapa jelas: Saya ternampak ~ orang berjalan di lorong yg gelap itu. berbayang kelihatan sbg bayang-bayang dlm air dll: Pohon-pohon yg tumbuh di tepi-tepi sungai itu kelihatan ~ dlm air. membayang 1. dpt dilihat spt bayang-bayang; kelihatan samar-samar: Kerana bajunya tipis, maka susuk tubuhnya tampak ~. 2. dpt ditanggap keadaannya; tergambar: Segala penderitaan yg hendak disembunyikannya itu ~ pd wajahnya. membayangi 1. menutupi atau melindungi dgn bayang-bayang: Pd waktu petang pula, pohon ketapang itu selalu ~ bahagian belakang rumah kami. 2. ki mengikut jejak langkah; mengawasi: Ke mana saja dia pergi, ada saja orang yg ~nya. Membayangkan 1. menggambarkan sesuatu dlm fikiran: Dlm menungannya, ia ~ dirinya sbg pengusaha yg berjaya mengurus perusahaannya. 2. menyatakan sesuatu tidak dgn terus terang: Dia telah ~ hasratnya hendak bertanding dlm pilihan raya yg akan datang. terbayang 1. seakan-akan dpt dilihat: Wajah anaknya ~ di ruang matanya. 2. kelihatan bayangnya; tampak berbayang. bayangan 1. bayang; bayang-bayang. 2. sesuatu atau apa-apa yg dibayangkan. pembayangan perbuatan atau hal membayangkan. pembayang sesuatu yg membayangkan keadaan yg sebenarnya: ~ maksud. | Kamus Pelajar |
bayang | 1. tempat yg tidak kena sinar kerana terlindung oleh sesuatu benda: jangan engkau makan dlm ~; 2. lembaga gelap yg wujud pd suatu latar belakang kerana sesuatu benda menahan sinar: ~ orang; 3. gambar pd cermin (air dll): melihat ~ sendiri di air; 4. rupa yg tidak jelas dlm gelap: ternampak ~ orang datang dlm gelap; 5. ki gambaran dlm fikiran, khayal: sudah ada ~ dlm ingatanku;~ disangka tubuh prb mengharap sesuatu yg belum pasti; ~ sepanjang badan (tubuh) prb sesuatu yg dikerjakan hendaknya berpadanan dgn kekuatan diri; ~ tidak sepanjang badan prb berbuat sesuatu yg melebihi kemampuan; dimabuk ~ prb ingin akan sesuatu yg mustahil; takutkan ~ sendiri prb takut kerana perbuatan buruknya sendiri;berbayang, berbayang-bayang 1. kelihatan spt bayang-bayang: tampak ia berjalan ~ di dlm kabut; 2. tampak dlm fikiran dll: ~ dlm ingatannya apa yg akan terjadi kalau ia pergi;membayang menyebabkan adanya bayang-bayang, spt bayang-bayang: ia menjaga supaya penanggungan batinnya tidak ~ keluar;membayangi, membayang-bayangi mengenakan bayang-bayangnya pd, menggelapi dgn bayang-bayangnya akan sesuatu: pokok itu tidak subur hidupnya kerana sentiasa dibayangi pokok-pokok lain; tidak boleh ~ orang sedang makan;membayangkan, membayang-bayangkan 1. membuat gambaran dlm fikiran: dapatkah engkau ~ apa yg akan terjadi kalau meletus perang dunia sekali lagi? 2. menyatakan sesuatu tidak dgn terang: dlm percakapannya dibayangkannya sedikit tentang kehendaknya; 3. mencerminkan, memberikan gambaran: wajahku ~ apa yg tersembunyi di dlm perasaan hatiku;terbayang, terbayang-bayang 1. seakanakan tampak: wajah anaknya ~ di matanya: 2. kelihatan, tampak: pd mukanya ~ cahaya gembira; 3. (sudah) ada tanda-tandanya, (sudah) kelihatan tetapi tidak dgn jelas sekali: konsep struktur dalaman dan struktur permukaan diperkenalkan dgn tegas dlm versi ini walaupun konsepnya telah ~ dlm versi 1957;terbayangkan dapat dibayangkan (dlm fikiran);bayangan 1. bayang-bayang; 2. tanda-tanda tentang sesuatu (mis kejadian yg akan berlaku, tindakan atau keputusan yg akan diambil, dll);pembayangan perihal membayang(-bayang)-kan;pembayang sesuatu yg memberi bayangan tentang sesuatu yg lain, sesuatu yg membayangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mimpi | 1 sesuatu yg seolah-olah dialami atau dilihat sewaktu tidur. 2 khayalan; angan-angan. bermimpi 1 melihat atau mengalami sesuatu dlm mimpi: Ia ~ bermandi-manda di sebuah sungai. 2 berangan-angan; berkhayal. memimpikan 1 bermimpi akan sesuatu. 2 mencita-citakan atau mengharapkan sesuatu (yg bukan-bukan): Ia selalu ~ kehidupan yg mewah. termimpi-mimpi 1 bermimpi kerana selalu teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu. 2 terbayang-bayang dlm ingatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mimpi | 1. sesuatu yg terlihat atau dialami dlm tidur: ia melihat segala-galanya dlm ~; 2. ki angan-angan; berkelahi dlm ~ prb sesuatu perbuatan atau perkataan dgn tiada usul periksa tiba-tiba menjadi gaduh; bermimpi 1. melihat sesuatu dlm mimpi: maka ia ~ dirinya berpandangan dgn Rasulullah; 2. ki berangan-angan; memimpikan 1. = bermimpikan bermimpi akan sesuatu: malam itu Bidin tidur bermimpikan lampu-lampu hijau merah bergayutan; 2. ki mencita-citakan atau mengharap-harapkan sesuatu (yg bukanbukan atau yg amat sukar dicapai): drpd sikap acuh tak acuh itu, terkeluar kata-kata yg sama sekali tidak kumimpikan; Sigmund Freud mengatakan seniman selalu ~ ke-hormatan, kekuasaan, kekayaan, kemasy-huran, dan cinta wanita; termimpi terlintas dlm fikiran, terfikirkan sbg sesuatu yg mungkin dapat dicapai (diperoleh dsb): kalau dahulu tidak ~ manusia boleh menjejakkan kaki ke bulan, kini rancangan sedang disusun utk pengembaraan ke bin-tang yg lain pula; termimpi-mimpi 1. bermimpi kerana teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu; 2. tampak terbayang-bayang dlm ingatan; termimpikan dimimpikan: satu ketika da-hulu, dia tidak pernah ~ hak ini; mimpian 1. apa yg dilihat (dialami) dlm mimpi, khayalan; 2. ki cita-cita (yg mustahil); impi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cermin I | 1 = ~ muka kaca yg digunakan utk melihat bayang diri sendiri; kaca muka: Ia membawa bedak, sisir dan ~ kecil dlm begnya. 2 benda keras yg mudah pecah dan biasanya jernih, lejas atau lesam dan dpt digunakan utk membuat penutup tingkap dsb; gelas; kaca: Bilik pegawai itu berdindingkan ~. 3 = ~ mata kaca yg diberi berbingkai dan dipakai utk menambah daya penglihatan dsb; kaca mata. 4 ki sesuatu yg menggambarkan (membayangkan) keadaan sesuatu: Sastera ialah ~ masyarakat pd sesuatu zaman. ~ cekung cermin yg melengkung ke dalam. ~ cembung cermin yg melengkung ke luar. ~ seraga cermin yg dipasang pd bantal seraga. bercermin 1 melihat bayang diri sendiri dlm cermin. 2 memakai cermin; ada cermin pdnya; mempunyai cermin: Almari itu ~. ~ bangkai ki mendapat malu. mencerminkan membayangkan sesuatu keadaan; menggambarkan: Jumlah kaum yg diambil bekerja itu hendaklah ~ imbangan peratus drpd jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia. tercermin terbayang; tergambar: Pergolakan jiwanya ~ dlm lukisannya itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |