terbayar | 1. mampu (berupaya) membayar; 2. dibayar: kegigihan dan usahanya selama ini sudah ~ dgn berbagai-bagai anugerah yg diterima; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lunas II | terbayar (ttg hutang); langsai; selesai: Hutangnya di kedai itu baru ~. melunaskan 1 membayar hutang dll hingga habis; menjelaskan; menyelesaikan. 2 menunaikan janji (kewajipan dsb). 3 menebus kesalahan dll: ~ dosa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbeli | (dapat) dibeli, (dapat) dibayar, terbayar: ikan juga tidak pernah ~; ambil sajalah, tak usah ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalaupun | walaupun, jika pun, sekalipun: ~ ada, tidak terbayar kita harganya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beli | ; = membeli; berjual ~ menjual dan membeli;berbeli (dapat) dibeli, (dapat) dibayar, terbayar: ikan juga tidak pernah ~; ambil sajalah, tak usah ~;berbeli-belian 1. saling membeli; 2. ark berbelanja: ~ di pasar;membeli 1. memperoleh barang dgn membayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada);membelikan 1. membeli utk: ia jarang-jarang ~ isterinya barang perhiasan; 2. menggunakan wang utk membeli sesuatu: wang tiadalah banyak, saya hematkan dr sedikit ke sedikit, itulah yg dibelikan rumah;terbeli 1. mampu (sanggup) membeli, sanggup dibeli; 2. tidak sengaja telah membeli sesuatu: ~ barang tiruan; 3. makan suap, menerima sogokan; belian 1. benda yg sudah dibeli: kita harus dapat menaksir berapa banyak barang dagangan patut dibeli utk bulan depan, supaya ~ tidak berlebihan; budak ~ hamba (yg dibeli); 2. = beli-belian bp membeli-beli, berbelanja; harga ~ bayaran barang pd masa membeli;pembelian 1. perihal (perbuatan) membeli: pembicaraan mereka beralih kpd ~ tanah; ~ dapur gas; 2. benda yg dibeli: tilam itu ~ ibunya;pembeli 1. orang yg membeli: ada ~ datang ke rumahnya utk membeli sayur-sayuran; 2. alat (wang dll) utk membeli: wang itu utk ~ makanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hutang | 1. wang dll yg dipinjam drpd orang lain: jangan-jangan ~ itu tak terbayar lagi; belian (jualan) ~ belian (jualan) yg bayarannya ditangguhkan; membayar ~ mengembalikan wang dll yg dipinjam dr orang lain; memberi ~ memberi pinjaman wang; menagih ~ memungut (menuntut kembali) wang yg dipinjamkan; mendapat ~ mendapat pinjaman wang; 2. kewajiban (perasaan berkewajiban) membayar balik sesuatu yg diterima; ~ bercagar hutang yg diberikan dgn si berhutang mencagarkan sesuatu (spt barang-barang kemas, rumah, tanah, dsb); ~ budi kebaikan yg diperoleh dan yg harus dibalas; ~ darah tuntutan bela (atau bayaran) terhadap seseorang (pihak dll) yg telah melakukan kekejaman dll; ~ lapuk hutang yg tidak berbayar; ~ piutang (wang) yg dipinjam dr dan yg dipinjamkan kpd orang lain, berbagai-bagai hutang; ~ (di) sekeliling pinggang terlalu banyak hutang; surat ~ surat pengakuan hutang; ~ biduk belum langsai, ~ pengayuh tiba pula = ~ samir belum langsai, ~ kajang datang pula = ~ tembilang belum langsai, ~ tajak tiba pula prb hutang yg lama masih belum habis dibayar datang pula orang menagih hutang yg baru; ~ sebelit (selilit) pinggang = ~ tiap helai bulu = sebanyak ~ si Jibun prb seseorang yg sangat banyak hutangnya; berhutang mempunyai hutang (kpd), meminjam wang dll drpd seseorang: ia pernah ~ pd ceti; si ~ orang yg berhutang; tempat ~ orang dll yg memberi hutang; ~ berbaris bp berhutang banyak-banyak (drpd berbagai-bagai punca); ~ budi menerima kebaikan orang lain (wajib membalas kebaikan orang); ~ nyawa terselamat hidupnya (terselamat oleh pertolongan orang); menghutangkan, memperhutangkan meminjamkan wang atau benda kpd seseorang; terhutang 1. sudah berhutang; 2. ~ budi sudah menerima kebaikan orang (tetapi belum berbalas); hutangan Id wang (benda) yg didapati kerana berhutang; orang ~ Id ark orang yg berhutang; perhutangan perihal hutang-berhutang; orang ~ Id ark orang yg memberi hutang (peminta, pemungut, atau penagih hutang); penghutang orang atau pihak yg berhutang, peminjam wang: cagaran merupakan jaminan utk pemiutang jika ~ tidak memenuhi kewajiban atau gagal membayar kembali pinjamannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pura I | Mn 1. pundi-pundi yg diperbuat drpd kain (tempat wang), kantung kecil, dompet; 2. ark tempat memperjualbelikan saham, tempat saudagar-saudagar besar berjual beli, bursa; 3. ark wang yg disediakan atau dikumpulkan utk sesuatu tujuan, dana: sekali membuka (mengorak) ~ dua tiga hutang terbayar prb sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalau | 1. kata penghubung (kata sendi) utk menyatakan syarat (sebagaimana yg dihuraikan berikutannya), jika, jikalau: pekerja-pekerja akan berhenti mogok ~ pihak majikan menerima tuntutan mereka; 2. seandainya, sekiranya, misalnya: ~ begitu tentu Sutan tak akan lama tinggal di rumah bukan? 3. bagi..., menurut pendapat..., sekiranya (saya dll) yg terlibat atau yg memutuskan dsb: ~ saya, budak itu sudah patut dihukum; kalau-kalau barangkali, jangan-jangan, takut-takut, adakah (apakah)...: ia bimbang ~ ada orang yg melihatnya; segala menteri dan penggawa pergi mencari paduka anak-anda baginda pd segenap rimba dan padang ~ ada jatuh diterbangkan Dewa Sukma Belantara; kalaupun walaupun, jika pun, sekalipun: ~ ada, tidak terbayar kita harganya; berkalau-kalau mengatakan sesuatu yg tidak pasti dgn mengatakan kalau berkalikali, atau memberikan pelbagai alasan: mengapa pula ~ Fikri?; budaya ilmu menjauhkan masyarakat drpd membuat serkap jarang, ~ dan berpura-pura. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bayar | ; ~ waktu terima bayaran dibuat secara tunai sewaktu barangan diserahkan kpd pembeli;berbayar dijelaskan, dilunaskan: hutangnya di kedai itu belum ~ lagi;membayar 1. memberi wang utk harga barang yg diterima (utk menyelesaikan hutang, sbg upah kpd seseorang, dll): ~ gaji; ~ hutang; ~ bil elektrik; 2. menunaikan (janji, kaul, dll): ~ niat; 3. membalas (kebaikan dll): ~ budi; ~ ansur membayar sedikit-sedikit; ~ derau membalas budi (pertolongan beramai-ramai); ~ di belakang membayar sesudah menerima barang dll; ~ di muka membayar sebelum menerima barang dll; ~ hajat = ~ kaul = ~ nazar = ~ niat melepaskan (menunaikan) hajat (kaul dll); ~ kontan Id = ~ tunai membayar pd ketika menerima barang;membayarkan 1. memberikan (wang dll) utk membayar: dgn apa engkau ~ harta orang yg telah rosak itu?; ~ nyawa mengorbankan nyawa; 2. membayar utk: kami terpaksa ~ dia bil elektriknya itu;terbayar 1. mampu (berupaya) membayar; 2. dibayar: kegigihan dan usahanya selama ini sudah ~ dgn berbagai-bagai anugerah yg diterima; bayaran 1. (wang) yg dibayar: mereka dikenakan ~ RM5.00 seorang; 2. (orang) yg dibayar: serdadu ~; 3. gaji, upah, biaya: pd akhir bulan kami menerima ~;pembayaran perihal (tindakan dsb) membayar, penjelasan (harga barang dll), pelunasan (hutang): ~ harus dilakukan pd akhir bulan;pembayar 1. orang yg membayar: pemerintahlah ~ segala wang belanja selama aku belajar; ~ cukai; 2. wang (harta dll) yg digunakan utk membayar: wang ~ hutang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |