terbiasa | telah menjadi biasa (umum, lazim, dll): di negerinya, bermadu itu sudah lazim ~, tersimpul dlm adat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keterbiasaan | perihal (keadaan) terbiasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keenakan | 1. kesedapan; 2. kesenangan, keseronokan; 3. Jk menjadi terbiasa (biasanya hal yg kurang baik): jangan dibiasakan memanjakan anak, nanti dia ~ bermanja-manja dgn orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermadu | mempunyai madu (bkn isteri yg suaminya beristeri lagi): di negerinya ~ itu sudah lazim terbiasa, tersimpul dlm adat; dia minta cerai jika saya kahwin lagi, ~ itu pahit baginya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
madu II | 1. wanita lain yg menjadi isteri kpd suami sendiri; 2. ki saingan dlm percintaan; bermadu mempunyai madu (bkn isteri yg suaminya beristeri lagi): di negerinya ~ itu sudah lazim terbiasa, tersimpul dlm adat; dia minta cerai jika saya kahwin lagi, ~ itu pahit baginya; memadu memadukan: Usinah yg tidak mahu dimadu, diceraikannya; memadui 1. menjadi madu kpd, bermadu dgn; 2. memberi bermadu (suami terhadap isterinya); memadukan menjadikan sbg madu: isteri-nya tidak rela dimadukan; mempermadukan menjadikan (membiarkan) bermadu dgn: seboleh-bolehnya, jangan sampai Ramlah dipermadukan; permaduan 1. perihal bermadu: masa dlm tangan mandur besar dahulu, enam orang madu saya, dlm ~ itulah saya abang ambil; 2. perihal beristeri lebih drpd satu pd satu ketika (laki-laki), poligami: ~ dianggap kolot sekarang ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biasa | 1. spt sediakala, seperti yg sudah-sudah: keadaan huru-hara di negeri itu pulih spt ~; kelakuannya tidak spt ~ pd hari itu; 2. kerap kali atau selalu terjadi, lazim: kekalahan merupakan perkara ~ dlm pertandingan; spt ~, dia membaca akhbar sebelum makan pagi; 3. tidak asing lagi kerana sudah kerap kali bergaul (bersama dsb): dia tidak kekok lagi bergaul dgn orang-orang kenamaan kerana sudah ~; 4. tidak istimewa drpd yg lain: corak batik itu ~ sahaja; 5. seperti yg selalu dan sepatutnya berlaku atau wujud (bkn sesuatu keadaan dsb): suhu ~ badan manusia; 6. sudah ada mengalami (melakukan, melihat, menikmati, dsb), pernah: saya ~ tidur di masjid; luar ~ berlainan drpd biasa; alah bisa tegal (kerana, oleh) ~ prb segala kesukaran dsb tidak lagi terasa sesudah biasa (mengalami, melakukan, dsb sesuatu); biasanya spt yg selalu dilakukan atau yg sudah teradat, selalunya: kursus itu ~ dijalankan selama dua minggu; membiasakan 1. menjadikan umum (lazim, teradat, dll): pepatah ini ialah mengenai perkara yg telah teradat atau peraturan yg sudah dibiasakan; 2. menjadikan biasa (utk mengerjakan sesuatu), melatih supaya biasa: Basir berdiri sebentar utk ~ pemandangannya di dlm dewan yg kelam itu; ~ diri bergaul dgn orang atasan; 3. menjadikan biasa (dgn keadaan cuaca, suasana, dsb), menyesuaikan: dia tidak dapat ~ dirinya dgn cuaca yg terlalu panas di Mekah; terbiasa telah menjadi biasa (umum, lazim, dll): di negerinya, bermadu itu sudah lazim ~, tersimpul dlm adat; keterbiasaan perihal (keadaan) terbiasa; kebiasaan hal yg biasa dilakukan: adat ~; sudah menjadi ~ bagi tuan rumah itu utk datang tepat pd awal bulan; ~nya adatnya, biasanya;pembiasaan perbuatan atau hal membiasakan, pelaziman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
enak | (énak) 1. sedap, nyaman (rasa dll): nasi lemak yg dijual oleh seorang Melayu di kedai kopi itu sangat ~ rasanya; makanan yg ~; 2. senang (badan, hati, dll): gurunya memerhatikan muka mereka dgn pandangan yg kurang ~; Cik Salmah sedang ~ menonton di panggung Capitol; ~ hati senang hati; tak ~ badan sakit sedikit; seenak sama enaknya (dgn); seenaknya sesenang hati, sesedap (sesuka, sekehendak) hati: tidak satu pun peluru itu mengenai kapal terbang yg terbang dgn ~ sahaja menuju ke selatan; enak-enakan makanan dll yg enak-enak, sedap-sedapan;berenak-enak bersenang-senang, melakukan sesuatu dgn senang hati: ia sedang ~ duduk di kebun bunga itu; mengenakkan 1. menjadikan enak (sedap, senang), menyedapkan, menyenangkan: masukkanlah sedikit pati rasa utk ~ lagi masakan itu; pendengarannya janggal dan tidak ~; 2. menyatakan (berpura-pura) enak: makanan itu dienakkannya juga, walaupun pahit bagai hempedu; terenak 1. yg paling enak; 2. memperoleh kesedapan (kesenangan dll); keenakan 1. kesedapan; 2. kesenangan, keseronokan; 3. Jk menjadi terbiasa (biasanya hal yg kurang baik): jangan dibiasakan memanjakan anak, nanti dia ~ bermanja-manja dgn orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |