terbina | 1. dibina, terbangun, terdiri: bangunan-bangunan tinggi yg ~ di bandar raya Kuala Lumpur; 2. terbentuk drpd beberapa unsur (bahan dll): bumi yg ~ drpd batu-batan dan logam yg keras; 3. ki (sudah) wujud: memupuk kasih sayang sehingga ~ istana cinta; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terjana | terbina, terjadi, telah diadakan, terhasil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berotot | mempunyai otot (yg terbina dgn baik): Betisnya ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
struktur | 1. cara sesuatu terbina atau terbentuk drpd pelbagai bahagian, unsur, atau aspek hingga menjadi suatu pola, sistem, atau bentuk tertentu: ~ bahasa Melayu; 2. sesuatu yg dibina atau didirikan, binaan, bangunan, rangka bangunan; 3. pola sesuatu (organisasi, masyarakat, dsb) yg terbentuk atau tersusun drpd pelbagai unsur yg mempunyai hubung kait antara satu dgn lain: ~ organisasi Jabatan yg baru; berstruktur mempunyai struktur, ada strukturnya; menstrukturkan menjadikan berstruktur, mewujudkan struktur pd: masyarakat kapitalis metropolis distrukturkan secara politik dan ekonomi oleh proses perjuangan kelas; penstrukturan perihal (perbuatan dsb) menstrukturkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mikrolitar(microcircuit) | 1. Litar yang terbina di dalam cip litar bersepadu. 2. Litar dalaman CPU yang menentukan suruhan bahasa mikroatur cara CPU. 3. Litar bagi sistem yang menggunakan mikropemproses sebagai nadi sistemnya. | Kamus Komputer |
jeleketan(cohesion) | Sifat perisian komputer yang terbina daripada modul yang mempunyai peranan dan fungsi yang sangat berkait rapat antara satu sama lain. | Kamus Komputer |
teori atom | (Fiz) teori yg menganggap bahawa semua jirim terbina drpd atom; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terdiri | 1 (tiba-tiba) berdiri atau didirikan: Sedang ia berjalan, ia berhenti dan ~ kerana terdengar akan suara orang meminta tolong. 2 (telah) didirikan atau dibina; terbina: Banyak bangunan tinggi yg ~ di tengah bandar itu. 3 (telah) dibentuk (ditubuhkan); terbentuk; tertubuh: Dlm tahun 1930, ~ sebuah persatuan panah diraja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jana | 1. hidup; 2. nyawa; ~-bijana tempat lahir; menjanakan menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; terjana terbina, terjadi, telah diadakan, terhasil; penjanaan perbuatan (tindakan dsb) menjanakan atau menghasilkan sesuatu: cawangan perusahaan ini meliputi segala kegiatan yg berkaitan dgn ~, pengasingan, atau pembersihan berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini telah menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula (Bio) pembentukan semula tisu atau organ yg tercedera (rosak) pd tumbuhan atau haiwan, mis pembentukan semula ekor cicak yg telah putus; penjana sesuatu (alat dll) yg atau utk menjanakan (kuasa dll): alat ini mempunyai sebuah ~ haba serta saluran cecair ammonia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terdiri | 1. (tiba-tiba) berdiri atau didirikan: Sedang ia berjalan, ia berhenti dan ~ kerana terdengar akan suara orang meminta tolong. 2. (telah) didirikan atau dibina; terbina: Banyak bangunan tinggi yg ~ di tengah bandar itu. 3. (telah) dibentuk (ditubuhkan); terbentuk; tertubuh: Dlm tahun 1930, ~ sebuah persatuan panah diraja. ~ atas ditubuhkan atau dibentuk dgn berdasarkan sesuatu (spt prinsip, asas dsb): Undang-undang negara ~ atas prinsip keadilan sosial. ~ di atas didirikan atau ditegakkan di atas sesuatu: Rumahnya ~ di atas bukit. ~ drpd terjalin atau terbentuk drpd beberapa unsur: Penduduknya ~ drpd berbagai-bagai bangsa. | Kamus Pelajar |