Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.bu.ka] | تربوک

Definisi : 1. tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan, dsb); 3. terkembang, terbentang (layar, payung, dsb); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan dsb), tersedia: peluang pekerjaan ~ luas kpd anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia dsb), terdedah, terbongkar: rahsianya telah ~; 6. tidak terhad (tersekat) kpd orang tertentu sahaja; rapat ~ rapat yg boleh dihadiri oleh setiap orang; rumah ~ rumah yg dapat dikunjungi oleh semua orang (biasanya pd hari-hari perayaan tertentu spt Hari Raya Aidil Fitri dsb); surat ~ surat kpd orang tertentu tetapi dihantar utk disiarkan dlm akhbar (sbg menyatakan bantahan dsb); ~ kpd dibenarkan (boleh) disertai oleh (orang yg dinyatakan dsb); 7. secara terang-terangan, tidak secara rahsia, tidak tersembunyi; perang ~ perang secara terang-terangan (bukan perang gerila dsb); 8. terus terang (sikap, kelakuan); 9. senang dan lega (fikiran, hati, dsb), lapang: fikiran yg ~; 10. luas: pandangan yg ~; laut ~ laut yg luas; 11. mudah menerima (pengaruh luar dsb), terdedah: masyarakat di pinggir bandar lebih ~ kpd pengaruh kemajuan di bandar; 12. timbul keinginan utk melakukan sesuatu (spt makan dsb): ~ nafsu (selera); ~ di hati terasa (timbul, terlintas) dlm hati (sanubari); ~ rezeki, mudah mendapat rezeki, murah rezeki; dgn tangan ~ a) dgn murah hati; b) dgn senang hati, dgn rasa gembira; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bu.ka] | تربوک

Definisi : 1 tidak tertutup lagi; sudah dibuka tutupnya. 2 tidak tersekat atau tidak terlarang; siapa-siapa pun boleh masuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbuka

Puisi
 

Kalau tidak kerana kunci,
     Tidak terbuka pintu almari;
Kalau tidak kerana budi,
     Manakan kami datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bandar terbuka dagangan murah,
     badan sudah tua.

Bermaksud :

Sudah terlambat.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terkelopakterbuka kelopaknya; terbuka kulit penutupnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terkelopakterbuka kelopaknya; terbuka kulit penutupnya.Kamus Pelajar
kembang I1. mekar terbuka (kuntum bunga), menjadi terbuka atau terbentang (bkn sesuatu yg kuncup atau terlipat spt payung, layar, dll): bunga yg telah ~; 2. menjadi besar atau luas (naik atau muai dsb): kepingan besi itu ~ setelah dipanaskan; adunan kuih itu dibiarkan beberapa jam supaya ~; 3. menjadi luas (maju dsb); ~ hatinya besar hatinya, berasa sukacita, men­jadi girang atau gembira hatinya; ~ hidung berasa bangga (kerana dipuji, dimuliakan, dsb); ~-kembut memancar-mancar dan mengedip-­ngedip; ~ rabu girang, gembira; ~ tengkuk berasa berdiri bulu roma (spt seseorang yg terlihat sesuatu yg menakutkan atau menge­rikan), seram bulu tengkuk (kerana keta­kutan); berkembang 1. kembang (terbuka atau ter­bentang): payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan; 2. menjadi makin sempurna (luas, maju, dsb), menjadi makin tersebar, meluas: fikiran dan pandangan Bidin mulai ~ dan maju; agama Islam ~ dgn pesatnya setelah Mekah dikuasai oleh Nabi; berkembangan berkembang (mekar) merata­-rata (di sana sini), banyak atau semuanya berkembang (terbentang, terbuka, dsb): di halaman rumah itu kelihatan bunga-bungaan yg ~ semerbak baunya; maka tombak pun diuraikan dan payung pun ~lah; mengembang menjadi besar (panjang, ter­buka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri; mengembangkan 1. membentangkan (layar, payung, dll), membuka (barang yg tertutup atau kuncup), memekarkan; ~ buku membuka buku; ~ mata membuka mata; ~ sayap a) membentangkan atau melebarkan sayap (spt burung yg hendak terbang); b) ki meluaskan pengaruh (usaha dll) ke daerah atau lapangan lain; 2. menjadikan besar (lebar, luas, dll): ukuran dada bertambah kira-kira tiga inci apabila dada dikembangkan; ~ hati menyu­kakan (menggembirakan, menyenangkan) hati; 3. menjadikan berkembang (maju, ter­sebar, dsb), memajukan, meluaskan, menye­barkan: Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya berazam hendak ~ bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama (memperluas pengaruhnya dan memperbanyak penganut­nya dsb); ~ pengaruh meluaskan pengaruh; memperkembangkan menjadikan makin berkembang, mengusahakan supaya berkem­bang dgn lebih luas (lebih pesat dsb): bahasa Malaysia perlu dirancang dan dibina serta diperkembangkan dgn rapi; terkembang terbuka menjadi lebar (bkn payung dll), terbentang (tidak kuncup, berlipat, dsb): surat khabarnya ~ di hadapannya; maka ~lah payung kerajaan iram-iram kekuningan; kembangan keadaan kembang: ~ zahir cecair itu ialah perbezaan antara pengembangan sebenar dgn pengembangan balang; perkembangan perihal (proses dsb) ber­kembang (menjadi maju atau tersebar, mem­biak, meluas, dsb), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dgn ~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yg dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan; pengembangan 1. perihal mengembang (men­jadi lebih besar, panjang, terbentang, dsb): ~ dan penguncupan benda-benda yg dipanaskan dan disejukkan ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita; ~ air (cecair, gas, pepejal, dll) perihal air (cecair, gas, pepejal, dll) menjadi bertambah banyak atau besar (kerana dipanaskan); 2. perihal (usaha, kegiatan, dsb) mengembangkan; ~ bahasa dan sastera usaha mengembangkan (memperluas) bahasa dan sastera; pengembang orang yg mengembangkan (memperluas pengaruh dsb): pengaruh drpd kesan tatabahasa Melayu tradisional menjadi amat kuat dgn Za’ba sbg ~nya; ~ agama orang yg mengembangkan agama (dgn me­nyebarkan ajarannya dan menambah bilang­an penganutnya).Kamus Dewan Edisi Keempat
terbuka kira-kiraterbuka fikir­annya;Kamus Dewan Edisi Keempat
terbelalakterbuka luas-luas (mata), terbuka besar-besar, terbeliak: matanya ~ memandang lawannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
membelalakterbuka luas-luas (mata), terbuka besar-besar, terbeliak: matanya ~ memandang lawannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
belalak Ibeliak, jegil;membelalak, terbelalak terbuka luas-luas (mata), terbuka besar-besar, terbeliak: matanya ~ memandang lawannya;membelalakkan membuka (mata) luas-luas, membeliakkan (mata): Basir terdiam dan ~ matanya kpd Shahar;belalakan pandangan dgn mata membelalak.Kamus Dewan Edisi Keempat
kembang I1 mekar terbuka (bkn kuntum bunga dll); menjadi terbuka atau terbentang (bkn payung, layar dll): Bunga itu sudah ~. 2 menjadi besar atau menjadi luas; muai atau naik (bkn adunan dll): Logam itu dipanaskan dahulu supaya ~. ~ kempis a. turun naik dadanya ketika bernafas dll. b. = ~ kuncup sekejap kembang (terbuka) dan sekejap kuncup (tertutup). berkembang 1 terbuka atau terbentnag: Payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan itu. 2 tersebar atau tersiar dgn luasnya (bkn agama dll): Agama Islam telah ~ ke seluruh dunia. berkembangan berkembang banyak-banyak atau di merata-rata: Bunga di taman itu ~ dan kelihatan indah sekali. mengembang menjadikan kembang: Besi ~ apabila dipanaskan dan mengecut apabila sejuk kembali. mengembangkan 1 membuka (payung, layar dll) supaya kembang: ~ payung; ~ sayapnya. 2 menjadikan besar (luas dll): Dia menarik nafas serta ~ dadanya. 3 menjadikan tersebar; memajukan; menyebarkan: ~ penggunaan bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama. 4 menghuraikan sesuatu sbg hasil selanjar atau sbg satu bentuk yg dipanjangkan (diluaskan): Kembangkan (x – 2) (2x + 3). memperkembang menjadikan lebih kembang: ~ dan memperkaya bahasa Melayu. terkembang terbuka menjadi besar (bkn payung, layar dll); terbentang: Maka ~lah payung kerajaan. perkembangan keadaan atau hal berkembang: ~ bahasa Melayu; ~ agama Islam. pengembangan perihal (perbuatan dsb) mengembang atau mengembangkan: ~ ajaran agama Islam. pengembang; ~ agama orang yg menyebarkan agama.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kelopaksesuatu yg tipis dan menjadi penutup atau pembalut sesuatu. ~ bunga helai kuntum bunga yg berwarna-warni; sari bunga. ~ jantung pembalut jantung pisang. ~ mata pelupuk mata. terkelopak terbuka kelopaknya; terbuka kulit penutupnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terkedip-kedipseketika terbuka seketika tertutup (bkn mata), pejam celik dgn pantas (bkn mata), seketika terbuka (terang) seketika padam (bkn lampu), ber­kelip-kelip, terkelip-kelip: matanya ~ apabila disinari cahaya dr lampu suluh itu; lampu-lampu yg menghiasi kedai itu ~; tidak ~ terbuka sahaja agak lama (bkn mata);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas