terburu nafsu | = keburu ~ Id berbuat sesuatu dgn tergesa-gesa kerana nafsu (dgn tidak berfikir panjang); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terburu-buru | dlm keadaan tergesa-gesa: fikirkan dgn tenang, jangan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terburu | Jk 1. (dapat) dikejar: tak akan ~ oleh kau kereta itu; 2. Jk ki melampau sangat (menghendaki sesuatu dll): ~ nafsu (hati); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejar | ; berkejar pergi ke sesuatu tempat dgn terburu-buru; pergi dgn segera: Kami semua ~ ke tempat kemalangan itu. berkejar-kejaran berlari buru-memburu antara satu dgn yg lain; berlari beramai-ramai: Kami bermain-main dan ~ di pantai. mengejar 1 berlari kerana hendak menangkap, menyerang dll; memburu: Seekor anjing garang telah ~nya. 2 ki berusaha sungguh-sungguh dan bersusah payah utk memperoleh sesuatu: Janganlah kita hanya ~ wang dan pangkat. mengejarkan membawa atau menghantar seseorang (sesuatu) dgn terburu-buru: Orang yg dilanggar motokar itu telah dikejarkan ke hospital. terkejar dpt dikejar; terikut: Dia berlari cepat benar sehingga tidak ~ olehnya. terkejar-kejar terburu-buru. kejaran gerakan utk mengejar; hal mengejar: Kerana ~ tentera Jepun terlalu pantas, mereka berpecah dan lari ke hutan Pahang. pengejaran perbuatan atau hal mengejar; pemburuan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kejar | berkejar pergi ke sesuatu tempat dgn terburu-buru; pergi dgn segera:Kami semua ~ ke tempat kemalangan itu. berkejar-kejaran berlari buru-memburu antara satu dgn yg lain; berlari beramai-ramai:Kami bermain-main dan ~ di pantai. mengejar 1. berlari kerana hendak menangkap, menyerang dll; memburu:Seekor anjing garang telah ~nya. 2. ki berusaha sungguh-sungguh dan bersusah payah utk memperoleh sesuatu:Janganlah kita hanya ~ wang dan pangkat. mengejarkan membawa atau menghantar seseorang (sesuatu) dgn terburu-buru: Orang yg dilanggar motokar itu telah dikejarkan ke hospital. terkejar dpt dikejar; terikut:Dia berlari cepat benar sehingga tidak ~ olehnya. terkejar-kejar terburu. kejaran gerakan utk mengejar; hal mengejar: Kerana ~ tentera Jepun terlalu pantas, mereka berpecah dan lari ke hutan Pahang. pengejaran perbuatan atau hal mengejar; pemburuan. | Kamus Pelajar |
kejar | hambat, buru; main ~-~ main hambat-menghambat (sj permainan kanak-kanak); berkejar pergi dgn terburu-buru (ke sesuatu tempat), meluru (ke sesuatu tempat), berlari cepat (utk mendapatkan seseorang): dua buah kereta bomba telah ~ ke tempat kebakaran itu; berkejaran, berkejar-kejaran berlari beramai-ramai (banyak-banyak), berlari hambatmenghambat (buru-memburu): dua tiga ekor ayam ~ apabila Majid menaburkan padi; beberapa orang kanak-kanak riuh berkejar-kejaran di halaman rumah; mengejar 1. berlari dll utk mengikuti (mendapatkan, menangkap) seseorang atau sesuatu, memburu, menghambat: polis sedang ~ penyamun-penyamun yg melarikan diri itu; 2. ki sangat kuat menginginkan, bersungguh-sungguh dan bersusah payah hendak memperoleh (mencapai): dia sekarang ~ wang; ~ kehormatan; ~ pangkat; putih di-kejar, hitam tak dapat = yg dikandung (dikendong) berciciran, yg dikejar tiada dapat prb keuntungan dll yg diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan dll yg di dlm tangan habis hilang; mengejarkan 1. menghantar atau membawa dgn seberapa segera (dgn terburu-buru): dia telah dikejarkan ke rumah sakit dlm keadaan luka parah; 2. membuat supaya mengejar (seseorang atau sesuatu); terkejar dapat mengikuti atau menghampiri (seseorang atau sesuatu yg lari dll), terhambat, tersusul; tidak ~ tidak terikut (tersusul); terkejar-kejar terlari-lari, terburu-buru, tergesa-gesa: pemuda itu datang ~ hendak menari dgn Jasmah; kejaran perihal berkejar, gerakan mengejar, hambatan: lari dr ~ musuh; seorang puteri telah dirampas dan dibawa lari, satu ~ berlangsung; pengejaran perihal (perbuatan) mengejar, pemburuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlalah | terburu-buru, terkejar-kejar; ~ terkejar tertangkap sewaktu melakukan kejahatan (tanda bukti hukum). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
galgal | terburu-buru dan kasar (bkn kelakuan, pekerjaan, dll), lekas marah: orang yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tergabas | terburu-buru, tergesa-gesa, tergopoh-gopoh: kerana takut, penuntut itu membuat pekerjaannya dgn ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gopoh | cepat-cepat, lekas-lekas (mengerjakan sesuatu); ~-gapah = ~-gapik = ~-mamang = gapah-~ = gopoh-gopoh; gopoh-gopoh tergesa-gesa, terburu-buru, lekas-lekas (dgn tidak cermat) membuat sesuatu: Dolah mengenakan pakaiannya dgn ~ dan kemudian berlari meninggalkan bilik itu; bergopoh-gopoh, bergopoh-gapah, tergopoh-gopoh, tergopoh-gapah gopoh-gapah: dgn tergopoh-gopoh, dia melompat ke bawah, kemudian berkejar ke arah Zaini; kegopohan perihal terburu-buru (tergesa-gesa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |