tercebik-cebik | mencebik spt hendak menangis: ia ~ menahan air matanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cebik | ; mencebik menyorongkan bibir bawah ke depan (spt orang mengejek atau hendak menangis), menjebik: dia bertanya mengejek dgn ~; mencebikkan 1. menyorongkan bibir bawah ke depan (kerana marah, benci, dsb): “Ah, bekerja buat apa!” katanya dgn ~ bibirnya; 2. menghina (mengejek dll) dgn bibir mencebik: kalau hendak dicebikkan orang, cakaplah macam itu; tercebik-cebik mencebik spt hendak menangis: ia ~ menahan air matanya; cebikan hasil perbuatan mencebik, apa-apa yg dicebikkan: dia bertanya dgn ~ kecil; sebik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |