tercela | tercacat, dapat (patut) dicela: kelakuannya tidak ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mazmumah | Ar tercela, terkeji, terhina; sifat ~ sifat tercela, terkeji, atau terhina. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tercacat | tercela; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sifat mazmumah | sifat tercela, terkeji, atau terhina. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suci | 3 tidak berdosa; tidak tercela atau tidak ternoda; soleh: orang ~; hidup ~. | Kamus Pelajar |
maksum | Ar terpelihara atau bebas drpd dosa, tidak tercela, tidak berdosa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suci | 1 bersih (dr segi agama); tidak najis: air ~; makanan ~. 2 (dlm hal yg berkaitan dgn agama) unggul; mulia: ayat ~; kitab ~; tanah ~. 3 tidak berdosa; tidak tercela atau tidak ternoda; soleh: orang ~; hidup ~. 4 bersih drpd segala rupa kejahatan, kekotoran dll: hati yg ~. bersuci 1 membersihkan diri sebelum bersembahyang; mengambil air sembahyang; berwuduk. 2 membersihkan diri drpd sebarang kekotoran. 3 berkhatan; bersunat. menyucikan 1 membuat sesuatu menjadi suci (dr segi agama). 2 membuat sesuatu menjadi bersih drpd sebarang kekotoran dll. kesucian keadaan suci; kebersihan. persucian hal bersuci. penyucian perbuatan (hal dsb) menyucikan. penyuci apa-apa yg digunakan ketika bersuci atau utk menyucikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cela | 1. kekurangan, cacat, cedera: tidak ada cacat ~nya sedikitpun; 2. aib, noda (bkn perbuatan dll); 3. kecaman, kritik: puji dan ~ tidak bercerai; bercela mempunyai cela (cacat dll); mencela mengecam, mengkritik (dgn memburuk-burukkan sahaja), mencaci, mencacat: mengapa kau ~ dia? cela-mencela saling mencela, caci-mencaci; tercela tercacat, dapat (patut) dicela: kelakuannya tidak ~; celaan kecaman, kritikan (yg memburuk-burukkan sahaja), cacian; kecelaan 1. cela, cacat, kecacatan; 2. keaiban: mendatangkan ~ kpd keluarga; berkecelaan bercacat, dapat (patut) dicela; pencelaan perihal (perbuatan dsb) mencela; pencela orang yg mencela, pengkritik (yg suka memburuk-burukkan sahaja), pencaci. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cacat | kekurangan atau keadaan kurang sempurna (lengkap, baik) pd badan (benda, perbuatan, akhlak, batin, dll), cela; barang ini ~ sedikit rosak (kurang elok) sedikit; apa ~nya kalau kita menjemput dia apa buruknya (malunya, ruginya, celanya) kalau menjemput dia; ~nya sedikit, lampu di situ agak terang sayang lampu di situ agak terang; ~ akal tidak waras; ~ anggota cacat pd anggota (spt tidak bertangan dll); ~ cedera (cela, cida) bermacam-macam cacat; bercacat mempunyai cacat, bercela; mencacat mengatakan keburukan seseorang atau sesuatu, mencela: bangsa Melayu tidak dicacat dan dibencinya; mencacati 1. menyebabkan sesuatu cacat, melukai (merosakkan dsb): jangan dicacati pokok kayu di perkarangan itu; 2. mencabul, menodai: ~ nama baiknya sendiri; ~ undang-undang melanggar undang-undang; mencacatkan menjadikan atau menyebabkan cacat: rokok juga boleh ~ bayi; tercacat tercela; cacatan celaan, kecaman, kritik: jika mendapati apa-apa perkara yg tidak munasabah dlm cerita ini, janganlah hendaknya menjadi ~; kecacatan perihal (keadaan, sifat, dsb) kurang sempurna, kekurangan atau keadaan (yg menjejaskan sesuatu): ~ ini tidak zahir pd mata ramai kerana Sulung sangat pandai melindungkan kekurangannya; ~ pd anggotanya tidak sedikit pun menghalangnya mencapai cita-citanya; ~ sembahyang fardu yg tidak disengajakan, kerana lupa, rosak bacaan, dll; pencacat orang yg suka mencacat(i), pencela, pencerca. | Kamus Dewan Edisi Keempat |