tercipta | sudah diciptakan (dibuat, dijadikan), terwujud; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tergubal | terbentuk, tercipta, tersusun (peraturan, formula, dll): dgn itu ~lah siri abjad Jawi yg lengkap bagi bahasa Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terjelma | termasuk (ke dlm sesuatu), terlahir (di dlm sesuatu), tercipta, terwujud; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imaginatif | 1. mempunyai imaginasi: Baha Zain mengatakan bahawa betapa kreatif dan ~nya seseorang pengarang, ia tidak boleh lari jauh drpd bahasa masyarakatnya; 2. terhasil (tercipta) drpd imaginasi atau daya khayalan, menunjukkan imaginasi atau daya kreatif yg berasaskan khayalan: romantisisme mempunyai ciri kehibaan yg lebih emosional dan ~ serta mementingkan unsur-unsur keindahan dan keseronokan indera; kekuatan seseorang penulis menyampaikan perutusan melalui bahasa yg kreatif dan ~; pembaharuan ~ dlm organisasi sosial. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gubal III | ; menggubal membuat, menyusun, mencipta (undang-undang, perlembagaan, dll), membentuk dan mengatur (menyusun): jawatankuasa itu telah ~ satu perlembagaan yg baru; terpulanglah kpd kerajaan kelak utk ~ dasar-dasar utk menggalakkan bumiputera dlm perniagaan dan perdagangan; tergubal terbentuk, tercipta, tersusun (peraturan, formula, dll): dgn itu ~lah siri abjad Jawi yg lengkap bagi bahasa Melayu; penggubalan perihal (perbuatan, tindakan,dsb) menggubal;penggubal orang yg menggubal: ~ istilah; ~undang-undang orang yg menggubal undang-undang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jelma | ; menjelma 1. lahir (kembali): orang Hindu percaya bahawa orang yg mati itu akan ~ balik; 2. masuk ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll): jiwanya ~ dlm tubuh seekor kera; 3. muncul (di dlm hati, ingatan, dll), timbul atau muncul (bkn sesuatu kejadian dll): ada perasaan lain lebih dahulu yg ~ ke dlm hatinya; wajah ibunya sedikit demi sedikit datang ~ ke dlm ingatannya; kemakmuran ini menjadi latar kpd malapetaka yg akan ~; 4. berubah menjadi makhluk (benda) yg lain, bertukar bentuk (rupa dll): Krishna ~ menjadi Rama; ulat ~ menjadi kupu-kupu; menjelmakan ark 1. melahirkan sesuatu di dlm, memasukkan sesuatu ke dlm: faham politiknya dijelmakan dlm novel-novelnya; 2. melahirkan, mewujudkan, mencipta (karya dll): penulis-penulis muda itu belum lagi dapat ~ suatu karya yg bermutu; terjelma termasuk (ke dlm sesuatu), terlahir (di dlm sesuatu), tercipta, terwujud; jelmaan sesuatu yg telah menjelma, hasil drpd menjelma; batu ~ (Geo) sj batu yg telah berubah bentuknya (rupanya dll) akibat kuasa matahari dan air serta udara dll; penjelmaan 1. perihal menjelma, perihal lahir (kembali), tubuh atau benda yg terjadi drpd jiwa yg menjelma: di dlm hatinya ia berfikir entahkan mereka ini dewa-dewa dlm ~; 2. perihal masuknya jiwa ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll); 3. (Bio) perihal perubahan bentuk (rupa, corak, dll) drpd sesuatu: perubahan rupa mulai drpd telur menjadi serangga itu dipanggil ~; 4. perihal menjelmakan (mewujudkan) cita-cita dll, pelaksanaan: sistem pelajaran sekarang ini adalah ~ sistem pelajaran Inggeris yg sangat merugikan kita; 5. ciptaan, karya, perwujudan cita-cita: novelnya yg pertama itu merupakan ~ seluruh peribadinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cipta | angan-angan (khayalan), cita, fikiran, renungan; daya ~ kebolehan fikiran utk mereka sesuatu (karya seni dll); mencipta menerbitkan atau menghasilkan sesuatu dgn daya fikiran atau imaginasi (khayalan): utk dapat ~ cerita yg baik, diperlukan fantasi; guru hendaklah menggalakkan kebolehan ~ di kalangan kanak-kanak; menciptakan 1. mewujudkan (mengadakan, membuat, menjadikan) sesuatu dgn fikiran (kekuatan batin): dunia diciptakan oleh Tuhan dgn kuasanya yg Maha Besar; 2. mewujudkan (melahirkan, membuat, menjadikan) sesuatu yg baru: Karl Marx bercita-cita ~ masyarakat yg sama rata; 3. membuat (menjadikan) sesuatu drpd bahan-bahan yg lain: drpd keledek pula ia ~ hasil-hasil spt sebatian getah yg berharga, kanji, halia tiruan, perekat, dll; 4. menghasilkan karya seni (mengarang sajak, menggubah lagu, dll): hanya dgn bakat sahaja sasterawan tidak dapat ~ novel yg bernilai; kalau mahu mendapat penghargaan, seniman mestilah ~ karya yg mengagumkan manusia; tercipta sudah diciptakan (dibuat, dijadikan), terwujud; ciptaan sesuatu yg diciptakan, hasil kesenian: lagu-lagu ~ seniman agung P.Ramlee;ia tidak mengharapkan siapa-siapa punmembeli atau memuji ~nya yg tergantung di bilik pameran itu; penciptaan perihal (usaha dsb) mencipta(kan); pencipta (orang) yg menciptakan (menjadikan, membuat, mewujudkan): ~ fesyen pakaian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |