terdepan | di depan sekali: Askar-askar dlm barisan yg ~ selalu kena tembak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terdepan | (yg) di depan sekali: askar-askar kita yg di medan perang ~ semuanya berjaga-jaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terdepan | di depan sekali: Askar-askar dlm barisan yg ~ selalu kena tembak. | Kamus Pelajar |
layar cucur | layar segi tiga (yg dipasang pd tiang yg terdepan), jib; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jib | layar yg berbentuk segi tiga (dipasang pd tiang yg terdepan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cucuk II | Jw 1. paruh, patuk; 2. barisan (pasukan) yg terdepan: Patih Karma Wijaya berjalan dahulu menjadi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haluan | 1. bahagian depan perahu (kapal, bot dsb), lwn buritan: ia berdiri di ~ perahu; angin ~ angin yg datang dr depan (perahu dll); 2. yg terdahulu atau terdepan; ~ kata kata pendahuluan; 3. arah, hala, jurusan: mereka lari lintang-pukang tiada tentu ~nya; mengambil ~ mengarah ke; mengubah ~ mengubah arah; 4. cita-cita, maksud, tujuan: engkau datang ke negeriku ini apatah ada ~mu; berpaling ~ mengubah sikap dll; menukar ~ a) mengubah arah; b) menukar cita-cita (maksud, tujuan); 5. bahagian sebelah hadapan tubuh manusia, bahagian tubuh binatang dekat dgn kepalanya; ~ dempak = ~ pepat = ~ tegak haluan yg pepat; ~ hidup cita-cita hidup; ~ politik arah tujuan politik; ~ sembah NS pegawai yg menjadi perantaraan bagi orang yg hendak menghadap raja (undang); sehaluan searah, secita-cita, setujuan: mereka nampaknya ~ dan sefahaman; berhaluan mempunyai haluan: parti politik yg ~ kanan; menghaluankan mengarahkan, mencita-citakan, menujukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
depan | hadapan; muka: Selepas makan, mereka berbual-bual di ruang ~. minggu (bulan, tahun) ~ minggu (bulan, tahun) yg akan datang. berdepan 1 bertemu muka; bersua: Dia berasa takut apabila ~ dgn gurunya. 2 ki berlawan; beradu; bertarung: Ada perajurit Majapahit yg ingin ~ dgn pahlawan Melaka. berdepan-depan berhadap-hadapan; bersemuka. mendepan menghadap (menghala) ke sesuatu arah: Dia ~ saya apabila dia menceritakan hal itu. mendepani berhadapan dgn: ~ masalah. terdepan di depan sekali: Askar-askar dlm barisan yg ~ selalu kena tembak. di depan di hadapan; di muka: Dia berdiri ~ pintu melihat suaminya pergi. ke depan ke hadapan; maju; mara: Dia ~ menemui lawannya. mengedepankan 1 meletakkan (menempatkan) di hadapan: Dia ~ kerusi itu. 2 mengemukakan; mengutamakan: Mereka ~ cadangan-cadangan yg baik itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
depan | hadapan; muka: Selepas makan, mereka berbual-bual di ruang ~. minggu (bulan, tahun) ~ minggu (bulan, tahun) yg akan datang. berdepan 1. bertemu muka; bersua: Dia berasa takut apabila ~ dgn gurunya. 2. ki berlawan; beradu; bertarung: Ada perajurit Majapahit yg ingin ~ dgn pahlawan Melaka. berdepan-depan berhadap-hadapan; bersemuka. mendepan menghadap (menghala) ke sesuatu arah: Dia ~ saya apabila dia menceritakan hal itu. terdepan di depan sekali: Askar-askar dlm barisan yg ~ selalu kena tembak. di depan di hadapan; di muka: Dia berdiri ~ pintu melihat suaminya pergi. ke depan ke hadapan; maju; mara: Dia ~ menemui lawannya. mengedepankan 1. meletakkan (menempatkan) di hadapan: Dia ~ kerusi itu. 2. mengemukakan; mengutarakan: Mereka ~ cadangan-cadangan yg baik itu. | Kamus Pelajar |
layar | 1. kain penampung angin (utk menjalankan perahu, kapal): setelah itu sauh dibongkar, ~ pun ditarik, belayarlah geliung panjang itu; kapal ~ kapal yg menggunakan layar; 2. tirai, penutup jendela, dll, langsir; 3. = ~ perak (putih) kain tempat menayangkan wayang gambar (wayang kulit dll): bintang-bintang lawak di ~ perak cuma berada di bibir mulut peminat-peminat filem selagi mereka berlakon; 4. = kain ~ sj kain tebal (utk dibuat layar); ~ agung layar yg terbesar (pd kapal); ~ apit layar pendua (bagi layar agung); ~ batang layar yg dipasang pd kayu yg menghubungkan tiang dgn hujung layar itu; ~ bubutan (temberang) layar dekat layar agung (utk membelok); ~ bulu ayam layar pengimbang (pd tali penyokong tiang); ~ cucur layar segi tiga (yg dipasang pd tiang yg terdepan), jib; ~ dastur (pinggir) layar kecil sbg pembantu layar yg besar; ~ gap (gusi) layar yg dipasang pd canggah yg dilekatkan di bahagian atas tiang kapal; ~ padau layar yg dipasang ketika angin ribut; ~ pengapuh layar yg dipasang di atas layar terbawah; ~ penyorong (baksi) layar yg dipasang pd tiang belakang jib; ~ pucuk jala (tanjak, tanjung) layar besar di belakang jib; ~ sabang layar yg dipasang pd tiang perahu kecil di belakang; ~ terbang (top) layar segi empat yg dipasang melandai pd tiang; ~ topang layar yg terbesar pd tiang depan; ~ menimpa tiang prb seseorang yg diharapkan menjadi pembelot; berlayar menggunakan layar (perahu, kapal): perahunya lilin ~ kertas; belayar 1. berjalan atau bergerak (bkn kapal atau perahu): kapal itu sedang ~ menuju ke pelabuhan Kelang; 2. pergi (berpergian) dgn kapal atau perahu: mereka akan ~ ke India dgn menaiki kapal penumpang; ~ dulu ki meninggal dunia; ~ ke pulau kapuk tidur; ~ atas angin prb berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain; ~ bernakhoda, berjalan dgn yg tua prb segala pekerjaan lebih baik diusahakan di bawah pimpinan orang yg lebih berpengalaman; ~ sambil memapan, merapat sambil ~ prb sekali melakukan kerja, dua tiga maksud tercapai; berbuat di alang tahun, ~ di luar musim prb mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak pd waktunya tentu tidak mendapat hasil; melayari belayar di (laut, sungai) dgn kapal atau perahu, mengharungi: tiga hari sudah mereka ~ laut lepas dgn tiada diganggu oleh apa-apa jua; ~ Internet mencari dan mendapatkan maklumat, data dsb dlm Internet; melayarkan membuat supaya belayar (kapal, perahu), menjalankan (kapal, perahu), membawa belayar: kapal itu dilayarkan kembali ke pangkalannya; pelayaran perihal belayar, perjalanan kapal dsb: pejabat ~; sekolah ~; selama dlm ~ itu, ia tidur atau duduk sahaja; orang ~ orang yg kerjanya belayar, pelayar; berpelayaran ark telah biasa atau selalu belayar; pelayar 1. orang yg kerjanya belayar; 2. (Komp) sj program komputer yg digunakan utk melayari Internet: laman Web ini hanya boleh dibuka dgn menggunakan ~ Netscape Navigator sahaja; 3. (Komp) orang yg melayari Internet: ~ boleh mendapatkan maklumat dr laman Web; kepelayaran hal, sifat dsb yg berkaitan dgn pelayar: semuanya bermula drpd sifat kepahlawanan dan ~ orang Melayu pd waktu itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |