tergegar | tergoncang, tergoyang: kerana kemalangan itu otaknya ~, maka terpaksalah ia dihantar ke rumah sakit gila; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tergesel | tersentuh, tergeser, tergosok; ~ kena miang, tergegar kena rebas prb sifat orang berkuasa (orang kecil itu tidak boleh sedikit pun bersalah kepadanya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tergoncang | tergoyang (tergerak) keras atau cepat-cepat, tergegar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gegar | gentar, goncang, goyang; bergegar bergoyang, bergoncang: rumah itu pun ~ akibat letupan bom;menggegar menggeletar, menggetar, gemuruh: bunyi letupan ~ hingga ke rumah-rumah yg berdekatan;menggegarkan menggoncangkan, menggoyangkan, menggetarkan: satu letupan ~ kapal itu; jeritan hatiku yg amat ~ jantung;tergegar tergoncang, tergoyang: kerana kemalangan itu otaknya ~, maka terpaksalah ia dihantar ke rumah sakit gila; gegaran perihal bergegar: rumah itu roboh kerana ~ gempa; penggegar unsur (orang atau alat) yg menggegarkan sesuatu: beliau bukan sahaja penyeri tetapi juga ~ gelanggang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gesel | (gésél) gosok, geser; bergesel bersentuh (dgn), bergosok (dgn), kena-mengena: makan minum terpaksa bersama-sama, kadang-kadang ~ badan; ~ bahu berhubungan erat, bergaul, bergandingan; bergeselan saling bersentuhan; gesel-menggesel saling menggesel; menggesel menggeser, menggosok: bola putih itu ~ bola biru; menggeselkan menggeserkan, menggosokkan: apabila tanduknya mula tumbuh, rusa itu ~nya pd batang-batang kayu; tergesel tersentuh, tergeser, tergosok; ~ kena miang, tergegar kena rebas prb sifat orang berkuasa (orang kecil itu tidak boleh sedikit pun bersalah kepadanya);geselan gesekan, geseran;pergeselan perihal bergesel: ~ personaliti juga boleh menimbulkan pelbagai masalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
goncang | 1. bergoyang dgn keras atau kencang, bergegar: pondok kecil itu ~ kerana ditiup angin kencang; dgn ~ kaki a) dgn berayun kaki; b) ki dgn mudah sahaja; 2. ki mudah berubah-ubah (pendirian dll), menjadi tidak aman (tetap, tenang, dll): hatinya ~ ketika mendengar berita bkn kematian kawannya; menggoncang, menggoncangkan 1. menggoyang(kan) dgn keras, menggerak-gerakkan hingga bergoncang; ~ botol mengocok botol; ~ loceng membunyikan (menggoyangkan) loceng; 2. ki menyebabkan tidak tenang (tetap dll): kenaikan cukai itu tidak ~ pasaran saham; 3. ki memeranjatkan, mengejutkan: pembunuhan Presiden Kennedy telah ~ dunia; ~ kepala menggelengkan kepala; ~ tangan menggerak-gerakkan tangan ketika berjabat tangan; tergoncang tergoyang (tergerak) keras atau cepat-cepat, tergegar;goncangan gerakan (goyangan) yg keras, gegaran;kegoncangan keadaan tidak tenteram (tidak aman dll);penggoncang 1. orang yg menggoncang; 2. bekas (alat) utk menggoncang sesuatu: ~ koktel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |