terhampir | terdekat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hampir | 1. berdampil (dgn seseorang), berdamping (dgn seseorang), dekat, rapat: marilah anakanda ~ dgn ayahanda; ~ kpd mendekati; 2. tidak jauh (bkn jarak, perhubungan), dekat, rapat: Petaling Jaya bandar yg ~ sekali dgn Kuala Lumpur; Nabi Muhammad SAW mula-mula menyampaikan ajaran Islam kpd orang yg paling ~ dengannya iaitu isterinya Khadijah; 3. kurang sedikit drpd (waktu, bilangan berikutnya, kuantiti, jumlah seluruhnya), dekat: sudah ~ setengah jam dia menunggu di situ; ~ seratus orang hadir dlm majlis itu; mangkuk getahnya ~ penuh dgn susu getah; 4. nyaris, sedikit lagi akan ...; ~ mati nyaris mati; 5. tidak lama lagi akan, dlm sedikit masa lagi: sekolah sudah ~ dibuka; ~ siap dibina; ~ selesai; ~ gurun (Geog) (kawasan, daerah) yg berhampiran (dan keadaan iklimnya hampir sama) dgn gurun; wang ~ (Eko) harta yg mudah dijadikan wang; hampir-hampir akan berlaku sesuatu, nyaris-nyaris, cemas-cemas: masih sempat menyelamatkan isterinya yg ~ tenggelam itu; mereka ~ sepakat; hampirkan hampir akan; berhampiran = ~ dgn berdekatan (dgn), tidak berapa jauh (dr): pulau-pulau yg ~ dgn Australia; sungai yg ~ dgn rumah; menghampiri mendekati, datang mendekati, merapati: perempuan itu datang ~ saya; menghampirkan mendekatkan, mendampingkan, merapatkan: maka usungan pun dihampirkan orang; terhampir terdekat; hampiran tempat yg dekat, dekatan; kehampiran perihal (keadaan, kedudukan, dsb) hampir atau dekat dgn; penghampiran proses (hal) menghampirkan atau menghampiri sesuatu: alam nyata ini boleh diketahui melalui proses ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |