terhunjam | terlanggar pd tanah (bkn kepala dll); terpacak; terpancang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terhunjam | 1. (kepalanya dll) tertanam ke dlm tanah, terpacak, terpancang, tertancap (ke dlm tanah): akar umbinya ~ jauh ke dlm bumi; 2. (bkn perasaan) tertanam: kalau perasaan begini yg ~ di dlm hati sanubari, alamat dunia akan celaka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terhunjam | terlanggar pd tanah (bkn kepala dll); terpacak; terpancang. | Kamus Pelajar |
hunjam | ; menghunjam 1 turun atau terjun ke bawah dgn kepala dahulu; menjunam (spt helang menyambar ayam); menukik: Ada yg ~, ada pula yg melayang. 2 menikam atau menusuk lurus-lurus dr atas ke bawah; masuk lurus ke bawah: Akarnya ~ ke dlm tanah. menghunjamkan 1 menjadikan atau menyebabkan menghunjam; menjunamkan; menukikkan: ~ layang-layang menuju ke tanah. 2 menikamkan atau menusukkan (lembing dll) lurus-lurus dr atas ke bawah: Dihunjamkan lembingnya pd binatang itu. terhunjam terlanggar pd tanah (bkn kepala dll); terpacak; terpancang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teras I | 1. bahagian yg keras dlm batang kayu, hati kayu: Sanah tidak sanggup membelah batang-batang pinang itu, kulitnya sama keras dgn ~ kayu nangka; 2. bahagian beras dll yg sudah dibersihkan; 3. ki sesuatu yg terpenting (terutama), isi yg terpenting (terbaik), sesuatu yg menjadi asas atau dasar (bagi sesuatu), intisari: pantunlah yg menjadi ~ puisi Melayu lama dlm kesusasteraan Melayu; orang-orang ini yg akan menjadi ~ negara; orang-orang Jepun tidak pernah lupa pd ~ sebenar kemajuan, iaitu membaca; ~ bumi bahagian tengah bumi yg cair; ~ terhunjam, gubal melayang, bertinting bertampi ~, gubal melayang ~ tinggal prb orang bangsawan akan lebih dimuliakan walaupun tidak berharta; meskipun tertimbun dlm tanah, namun ~ timbul juga prb orang yg berbudi baik itu sekalipun dlm keadaan melarat akan tetap berbudi dan berhati mulia; bertemu ~ dgn beliungnya prb dua orang yg berselisih dan sama-sama tidak mahu mengalah; berteras mempunyai (ada) terasnya: tumbuh-tumbuhan herba tidak ~; ~ ke dlm orang yg tidak kelihatan kekayaan atau kecerdikannya; ~ ke rusuk orang yg dikuasai oleh kaum keluarganya; ~ keluar bagai pimping prb tampak di luar sahaja bagus (kaya dll) tetapi sebenarnya melarat; di manakah ~ kayu mahang prb janganlah diharapkan yg mustahil; berteraskan ki mempunyai sbg teras (asas, dasar), berasaskan, berdasarkan: Rasulullah telah berjaya menyatupadukan ketiga-tiga kaum itu di bawah perpaduan yg ~ agama Islam; menerasi menjadi teras kpd: Islamlah yg ~ keperibadian Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hunjam | menghunjam 1. turun atau terjun ke bawah dgn kepala dahulu; menjunam (spt helang menyambar ayam); menukik: Ada yg ~, ada pula yg melayang. 2. menikam atau menusuk lurus-lurus dr atas ke bawah; masuk lurus ke bawah: Akarnya ~ ke dlm tanah. menghunjamkan 1. menjadikan atau menyebabkan menghunjam; menjunamkan; menukikkan: ~ layang-layang menuju ke tanah. 2. menikamkan atau menusukkan (lembing dll) lurus-lurus dr atas ke bawah: Dihunjamkan lembingnya pd binatang itu. terhunjam terlanggar pd tanah (bkn kepala dll); terpacak; terpancang. | Kamus Pelajar |
hunjam | ; menghunjam 1. terjun atau turun dgn kepala dahulu, menjunam, menukik: ada yg ~ dan ada pula terbang begitu sahaja; 2. menikam (menusuk, menancap) lurus dr atas ke bawah, masuk (menancap) lurus ke bawah: turus-turus pagar itu dihunjam kemas-kemas ke tanah; akar yg ~ ke dlm tanah; 3. ki telah meresap (ke dlm hati), telah mendalam benar (ke dlm hati): rasa kasih sayangnya sudah ~ benar ke dlm hati sanubarinya; menghunjamkan 1. menjunamkan, menukikkan: ~ layang-layangnya menuju ke tanah; 2. menikamkan (menusukkan) lurus dr atas ke bawah, memancangkan (menancapkan) lurus ke dlm tanah dll: dihunjamkan lembingnya ke perut binatang itu; ~ galah ke dasar sungai; ~ lutut nan dua Mn berlutut; terhunjam 1. (kepalanya dll) tertanam ke dlm tanah, terpacak, terpancang, tertancap (ke dlm tanah): akar umbinya ~ jauh ke dlm bumi; 2. (bkn perasaan) tertanam: kalau perasaan begini yg ~ di dlm hati sanubari, alamat dunia akan celaka; hunjaman tusukan: teman-temannya bagai mahu menelanku dgn ~ pandangan mata yg menyala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |