tambat | bertambat terikat (pd pokok, tiang, pancang, dll), berlabuh dan terikat pd sesuatu (kapal): kapal itu pun masuk ke kuala pelabuhan negeri Labuhan Puri dan terus rapat dan ~ di pangkalan besar; bertambatan bertalian, terikat pd; perahu ~ dagang bertepatan prb melakukan sesuatu hendaklah sesuai dgn tempatnya; menambat 1. mengikat dgn tali pd pancang (tiang dll): dia membiarkan Umbang turun ke pantai ~ perahu; 2. ki memikat, menawan, menarik (hati dll): dia telah berjaya ~ hati pembaca dan menimbulkan perasaan ngeri sampai akhir cerita; menambati sl menambat sesuatu pd: segala pohon kayu itu sekaliannya ditambati puntung api; tertambat 1. terikat (pd): seekor kerbau ~ pd sebatang pokok; perahu itu ~ pd sebatang tiang; 2. ki terpikat, tertawan, tertarik (hati, perhatian, dll): hatinya telah ~ dan bulat kpd Ismayatim; tambatan 1. pancang dll utk menambatkan binatang (perahu dll): dr situ, mereka berjalan kaki menuju ke ~ kapal; 2. sesuatu (spt tali dsb) utk menambat: mereka kemudian membuka tali ~ yg terlilit-lilit pd pokok pisang itu; 3. = ~ jiwa = ~ larat orang yg dikasihi (dicintai), kekasih; pertambatan ikatan, pertalian, perkaitan; penambat 1. alat utk menambat, pengikat: telah putuskah tali ~ kerbau itu? 2. ki orang yg menambat (hati), pemikat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terikat | 1 (telah) diikat; tertambat: Kedua-dua belah tangannya ~ ke belakang. 2 tidak bebas drpd sesuatu; tertakluk: Semua pelajar ~ pd peraturan sekolah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terikat | 1. (telah) diikat: tangannya ~ ke belakang dgn dawai halus; 2. tertakluk (kpd), tidak bebas drpd, terkongkong oleh: orang berhutang ~; tidak ~ kpd peraturan-peraturan yg telah ditetapkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terikat | 1. (telah) diikat; tertambat: Kedua-dua belah tangannya ~ ke belakang. 2. tidak bebas drpd sesuatu; tertakluk: Semua pelajar ~ pd peraturan sekolah. | Kamus Pelajar |
bertambat | terikat (pd pokok, tiang, pancang, dll), berlabuh dan terikat pd sesuatu (kapal): kapal itu pun masuk ke kuala pelabuhan negeri Labuhan Puri dan terus rapat dan ~ di pangkalan besar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keterikatan | perihal terikat (berkaitan erat), keadaan (unsur-unsur dll) terikat antara satu sama lain, terikatnya: ~ episod demi episod hanyalah atas kepentingan adegan tersebut; ~ kita yg begitu kuat kpd tradisi telah mengeratkan hubungan kekeluargaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tergabung | 1. terikat menjadi satu (seberkas), disatukan (dlm satu ikatan); 2. terikat (tercantum) dlm satu kumpulan (golongan) yg lebih besar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ku | 1 kep aku (digunakan sbg awalan yg terikat dgn kata kerja pasif): ~lihat; ~dengar. 2 kep aku (digunakan sbg akhiran yg terikat dgn kata yg mendahuluinya): rumah~; kpd~; menemani~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ku | 1. kep aku (digunakan sbg awalan yg terikat dgn kata kerja pasif): ~lihat; ~ dengar. 2. kep aku (digunakan sbg akhiran yg terikat dgn kata yg mendahuluinya): rumah~; kpd~; menemani~. | Kamus Pelajar |
gabung | ikat, berkas: tiga ~ tebu;bergabung 1. terikat dlm satu berkas, berikat: batang-batang tebu yg ~; 2. bersama-sama menjadi atau bertindak sbg satu kumpulan (golongan): rakyat drpd berbagai-bagai kaum ~ utk menyuarakan ikrar kebangsaan; 3. bercantum atau bersekutu (menjadi satu, segolongan, atau sekelompok), bersatu: kalau parti tuan hendak berkuasa ada baiknya ~ dgn parti kami;menggabung 1. mengikat (beberapa batang tebu dll) menjadi satu, memberkas; 2. = menggabungkan;menggabungkan 1. mengikat (mengumpulkan) menjadi satu (seberkas); 2. mencantumkan (menyekutukan) dlm satu kumpulan atau golongan yg lebih besar, menyatukan: langkah-langkah yg diambil utk ~ badan-badan seni patutlah dipergiat lagi; ia mulai ~ semua perusahaan saudagar di bawah satu perbadanan; ~ diri dgn menyekutukan diri dgn, bersatu dgn, menyertai: orang-orang muda diminta ~ diri dgn angkatan bersenjata Malaysia; tergabung 1. terikat menjadi satu (seberkas), disatukan (dlm satu ikatan); 2. terikat (tercantum) dlm satu kumpulan (golongan) yg lebih besar;gabungan 1. berkas, ikat(an): lidi-lidi yg diikat ini agak besar ~nya; 2. persatuan yg terjadi drpd ikatan (persekutuan) beberapa buah pertubuhan atau kesatuan: G~ Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung; 3. cantuman atau satuan yg terdiri drpd dua atau beberapa unsur dsb: ~ pemikiran antara ahli profesional drpd berbagai-bagai organisasi dan institusi;pergabungan perihal bergabung (bercantum atau bersekutu): ~ beberapa buah pertubuhan dan persatuan;penggabungan perihal atau perbuatan menggabungkan (supaya menjadi satu ikatan atau perkumpulan yg besar): mesyuarat ~ badan-badan kesenian telah diadakan di Kuala Lumpur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |