tersentuh | 1. terkena (tersinggung) sedikit, terjamah; 2. terlanggar (terhantuk, terkena, tersandung) pd: kakiku ~ batu; 3. diperkata-kan secara sepintas lalu sahaja, tersebut (dlm sesuatu ucapan dll): sudah tentu ada ibu bapa yg menghadapi soal-soal yg tidak ~ lang-sung dlm buku ini; 4. ki tersinggung (perasa-an), terganggu (perasaan), terharu: dia lekas ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersinggung | 1 terkena sedikit; tersentuh. 2 disakiti hatinya: Dia mudah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terpesona | 1 terkena pesona (sihir, jampi, guna-guna); terpukau oleh jampi dll. 2 sangat-sangat terpikat atau tergoda oleh sesuatu: Kami ~ melihat kecantikan gadis itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terpalit | 1 terkena atau tersapu sesuatu ke badan; tercalit: Dia meraba-raba mukanya kalau-kalau ~ lumpur. 2 ki turut terlibat atau terseret sama; turut mendapat nama buruk dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tersinggung | 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlecah | 1. terkena lecah, terjatuh ke dlm lecah; 2. ki mendapat nama buruk, tercemar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkena | 1. telah dikenakan (dilekatkan, dipasang, dll): beberapa pakaian yg indah-indah ~ pd tubuh Ibrahim Kakan itu; 2. mendapat atau tertimpa sesuatu (spt penyakit dll): tujuan menyuntik penduduk kampung itu adalah utk melindungi mereka drpd ~ penyakit tersebut; 3. terpedaya, tertipu: hati-hati sebelum ~; berasa ~ a) berasa tertipu; b) berasa tersinggung; c) berasa kecewa, menyesal; 4. tersentuh (terlekat) pd: setengah-setengah butir debunga itu akan ~ pd stigma pokok yg berdekatan; 5. kena sampuk (diganggu makhluk halus): dia ~ di pokok itu; 6. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan: sakitnya spt rasa sakit ~ cubit; ~ beragih Mn a) berasa menerima bahagian yg terkurang drpd yg sewajarnya (sepatutnya); b) suram muram mukanya; ~ buat terkena jampi atau sihir; ~ pd ikan bersorak, ~ pd batang masam prb ketika untung bergembira dan ketika rugi marah-marah; sekali jalan ~, dua kali jalan tahu, (tiga kali ~ jera) prb kali pertama tertipu, kali kedua dan seterusnya sudah tahu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkena | 1 menderita atau tertimpa sesuatu: Badannya menjadi kurus setelah ~ penyakit itu. 2 tersentuh pd: Dia pengsan kerana ~ karan elektrik. 3 tertipu; terperdaya: Kali ini dia lebih berhati-hati supaya tidak ~ lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
serapah | 1 kata-kata yg diucapkan utk mengutuk atau utk menyumpah: sumpah ~ berbagai-bagai kutukan; kena ~ terkena kutuk atau terkena sumpah. 2 jampi atau mantera yg tidak menggunakan ayat-ayat Quran. menyerapah 1 mengeluarkan kata-kata utk mengutuk atau utk menyumpah. 2 membaca mantera utk mengubati orang sakit dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
serapah | 1 kata-kata yg diucapkan utk mengutuk atau utk menyumpah: sumpah ~ berbagai-bagai kutukan; kena ~ terkena kutuk atau terkena sumpah. | Kamus Pelajar |