terkerat | terpotong; terpenggal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terkerat | terpotong (kayu, jari, dll), terpenggal (kepala), terhenti (percakapan, perbualan) kerana sesuatu gangguan: banyak panglimanya mati ~ kepala mereka; percakapan mereka ~ oleh keriuhan di luar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkerat | terpotong; terpenggal. | Kamus Pelajar |
kudung | terkerat atau terpotong (kaki, tangan, jari dll): Sebelah tangannya ~. mengudungkan mengerat atau memotong sesuatu (kaki dll) supaya kudung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kudung I | terkerat atau terpenggal (kaki, tangan, jari, dll), terpotong pd hujungnya: kedua-dua belah kaki pengemis itu ~; bagai si ~ mendapat cincin prb beroleh untung tetapi tidak dapat merasai nikmatnya; sekudung sekerat, sepenggal, sepotong; ~ limbat, ~ lintah prb goyang atau tidak teguh pendiriannya; mengudungkan mengerat (memotong) hujung sesuatu (spt jari, tangan, kaki, dll): berperanglah tetapi jangan ~ anggota badan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rompong | rosak atau terkerat pd cuping atau hujungnya (hidung, belalai, dll): maka diparang seorang lagi, kena hidungnya ~; merompongkan mengerat (hujungnya): kepadanya aku balaskan hatiku yg amarah itu sebab ia ~ hidung adikku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terhiris | 1 terpotong atau terkerat sedikit. 2 ki terasa luka atau sakit hati; terasa pilu dsb: Hatinya ~ oleh kata-kata yg menghina itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
punggal II | Jk terpotong atau terkerat (hujung, pucuk, dll); memunggal memotong, mengerat, mematahkan (pucuk dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terhiris | 1. terpotong atau terkerat sedikit. 2. ki terasa luka atau sakit hati; terasa pilu dsb: Hatinya ~ oleh kata-kata yg menghina itu. | Kamus Pelajar |
tokong I | 1. tidak ada ekornya (ayam dll); 2. terkerat rambutnya (orang perempuan sbg satu hukuman); 3. memakai rambut pendek (orang perempuan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |